pages

Thursday, May 24, 2018

(MOHON TUN M)Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib


"RAMAI KUNCU-KUNCU KSN DINAIKKAN PANGKAT DENGAN TERGESA-GESA SEBELUM PRU14 DEMI MEMBERI REWARD KEPADA MEREKA". Pegawai Khas KSN, Dato Nor Azman dinaikkan pangkat terlalu tinggi hingga JUSA B hanya memegang jawatan Pegawai Khas KSN. Ramai pegawai yang menjilat dinaikkan pangkat melompat dari Gred 48 ke Gres 54 secara hakiki.

"JANGAN LUPA, KSN DAN KPPA TELAH MEMECAT PEGAWAI PTD HANYA MENULIS 5 PATAH PERKATAAN IAITU KESIAN, HILANG KAWAN, HILANG DEPOSIT", BETAPA ZALIMNYA KSN DAN KPPA HANYA DEMI MRNJILAT NAJIB

Bekas pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara tidak langsung menggambarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pemain utama dalam kalangan “badut dan boneka” dalam kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Tan Sri Alwi Jantan dalam kenyataan hari ini berkata beliau malu melihat pegawai tertinggi kerajaan menjadi “badut dan boneka” parti pemerintah.

Beliau menggesa penyingkiran dijalankan dalam perkhidmatan awam, mengatakan kerajaan baru perlu “membersihkan” perkhidmatan awam daripada “watak tidak boleh dipercayai” bagi memulihkan imej dan moral perkhidmatan awam.

“Ada juga yang bertindak melangkaui tanggungjawab apabila berkempen secara terbuka untuk mereka. Mereka mengecilkan amanah dan kesaksamaan ke tahap ketidakajujuran dan tidak bermoral,” katanya.

Beliau menambah tidak ada keperluan untuk menamakan mereka terlibat kerana perbuatan mereka mendapat liputan meluas media.

Ahli kumpulan G25 yang diterdiri daripada pesara pegawai tinggi kerajaan dan ahli akademi ini berkhidmat untuk kerajaan selama 32 tahun, bermula sebagai pegawai di Pejabat Penubuhan Persekutuan pada 1958 sehingga bersara pada 1990 sebagai ketua pengarah JPA.

Beliau tidak menyebut nama Ali Hamsa dalam kenyataannya, tetapi berkata ketua setiausaha kepada kerajaan, “sebagai ketua perkhidmatan awam, mungkin boleh menghentikan salah laku ini, tetapi beliau sendiri adalah pemain utama”.

Beliau menyeru kerajaan Pakatan Harapan “membersihkan” perkhidmatan awam daripada watak-watak seperti itu.

“Mereka bukan sahaja tercemar dan kesetiaan diragui, cara ini akan memulihkan imej dan semangat perkhidmatan awam ke tahap kemegahan dulu.”

2 comments:

  1. I wud rather have TDM who was alleged to have BLEMISHED RECORDS than a proven convicted and jailed SODOMIST AS A LEADER OR PM.

    The sodomist was pardoned thru the effort of the blemished TDM

    ReplyDelete
  2. ali hamsa x diperlukan utk menjilat tun. so paham2 la bai. bai pon dh ada buat practical jd promoter di pasar jualan murah sblm pru dulu. igt lg x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com