pages

Wednesday, May 30, 2018

Menang PRU14: Faktor TUN M Tiada Boleh Nafi (Kajian Empirikal Rafizi Tak Mampu Tangkap Ini)


oleh: WAN FAYHSAL

TUN MAHATHIR DAN UNDI MELAYU 

1. Dua minggu sebelum PRU-14, saya dijemput untuk beforum bersama-sama aktivis BERSIH, Clare Sarawak Report, Dr. Syed Syed Abdul Khaliq (AMANAH) dan Dr. Chin Huat di London (rujuk rakaman "GE14: The Malay-Islam dynamics in Malaysian Politics" : https://goo.gl/YhLnKv). 

2. Dalam forum tersebut saya bercakap terus terang kepada hadirin yang rata-rata adalah warga Malaysia bukan Melayu berkenaan tabiat dan pemikiran orang Melayu dalam menyantuni politik khususnya demokrasi liberal di Malaysia.

3. Orang Melayu kebanyakannya tidak memberi pemberat pun tentang "nilai demokratik" yang BERSIH perjuangkan. Bukan mereka rasa tak penting tapi mereka tak anggap nilai demokrasi liberal yang menjadi teras kepada perjuangan PKR, DAP dan AMANAH (versi Islam) sebagai hujah dan alasan yang kuat untuk mereka bangun dan membuat keputusan untuk kalahkan UMNO dan BN.

4. Begitu juga dengan isu "bread and butter"/kos sara hidup yang dibangkitkan Rafizi. Orang Melayu kebanyakan rasa terhimpit tapi untuk gunakan hujah itu sebagai penentu utama  mereka bangkit dan undi Pakatan Harapan juga tidak cukup kuat.

5. Anda boleh tengok sampai sekarang golongan yang menyokong UMNO dan PAS - tak kisah berlatar belakang profesional, ustaz-ustaz Al-Azhar, pondok, The Patriots, Profesor worldview of Islam, ISMA, dan sebagainya - mereka bukan tidak faham skandal 1MDB, isu kos sara hidup akan tetapi mereka melihat semua itu sebagai hanya satu juzuk daripada pertimbangan "bay'ah" (allegiance) yang mereka perlu beri dalam mengundi PRU-14. 

6. Pendek kata orang Melayu kebanyakan ini boleh bertoleransi dengan kebobrokan UMNO-BN dengan syarat hak dan ketuanan Melayu/Islam masih terjamin. Korupsi Najib Razak dan kos sara hidup adalah masalah tetapi ianya belum cukup untuk "nudge" orang Melayu keluar mengundi Pakatan Harapan.

7. Jadi bagaimana "swing" undian Melayu itu akhirnya berlaku? Kerana Tun M (dibantu PPBM + Ustaz Nik Omar).

8. Saya beritahu banyak kali dalam ceramah bahawa Tun M adalah sebuah institusi Melayu, bukan sekadar pemimpin politik. Kepimpinan yang Tun M miliki dan trampilkan (embodied dan exudes) adalah keyakinan, keselamatan dan kedaulatan politik Melayu. Keberadaan beliau dalam Pakatan Harapan telah mengikat dan memperkuatkan "disparate coalition" antara AMANAH, PKR dan DAP

9. Ringkasnya Tun M membawa "tamkīn" Melayu ke dalam Pakatan yang berdiri atas nilai-nilai demokratik liberal.

10. Inilah "deal breaker" pengundi Melayu kepada UMNO. Bila ada Tun M dan PPBM dalam Pakatan Harapan, ianya memberi keyakinan kepada ramai pengundi Melayu atas pagar (yang benci Najib Razak dan merana sara hidup tapi masih boleh bertoleransi kepada semua itu) bahawa kini sebuah pakatan yang terkenal dengan nilai dan prinsip liberal demokrasi itu akhirnya akan dilenturkan (modulate and undergird) dengan kekuatan dan pengaruh Politik "Ketuanan" Melayu (Custodianship bukan Supremacy) yang Tun M dan PPBM bawa.

11. In short, Tun M (and PPBM) provides that elusive "Malay legitimacy" to Pakatan which had never existed before be it under DS Anwar Ibrahim and PAS. Without this, many Malays would not dare to abandon UMNO still as they can live and tolerate with Najib Razak as long as the Malay rights and privileges are being guaranteed.

12. Hal sebegini sukar nak ditangkap menggunakan kajian dan model empirikal seperti yang INVOKE buat. Ianya memerlukan kajian mendalam menggunakan kerangka yang non-empirikal dan non-positivistik seperti psikoanalisis Freud, "thick description" Geertz dan phenomenology. Semua ini tidak mampu ditangkap, meminjam Max Weber oleh "zweckrational" (instrumental rationality). 

13. Pendek kata ahli sains politik yang tidak memahami "Budi" dan Pandangan Alam Melayu sukar untuk memahami secara tuntas faktor kebatinan, supra-rational, subsconscious Melayu dan kaitannya dengan politik mereka. 

14. Tun M adalah (Ultra) Nasionalis Melayu dan sekaligus Modenis. An intelligent one not vulgar like Jamal Yunos. Karisma kepimpinan "ketuanan" Melayu beliau bukan "spectacle" tapi "confidence". Semua kualiti kepimpinan Tun M yang berpuluh tahun menyerap dalam fabrik sosial masyarakat Melayu (sama seperti  TG Hj Hadi, TG Nik Aziz juga) itulah yang menjadikan beliau sebagai sebuah institusi politik, bukan sekadar aktor. 

15. Jadi orang Melayu yang memang tak boleh terima dengan DAP, dan segala macam faham liberal demokrasi ini akhirnya - "subconcsciously speaking" beralih sokongan juga kerana mereka nampak sosok dan institusi politik "Ketuanan" Melayu Tun M dan PPBM itu akan menyokong dan pertahankan hak mereka dalam ekosistem Pakatan Harapan. 

16. Neo-feudalism of the Malays will always remain relevant in Malaysian politics. PPBM, UMNO and PAS will always be relevant to the Malays if they are to remain loyal to the classical foundations of Malay and Islamic Politics.

9 comments:

  1. Analisis yang cantik dan tepat. Its not that i respect Rafizi less but I believe in reality, facts and truth more......wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. Diving deep into the malays' thought...a good dive indeed!

    In simple layman's term, Anwar Ibrahim with his might and pulling power just could not match the intellectual capacity of a 93 years old INSTITUTION ie. Tun Dr Mahathir Mohammad!

    ReplyDelete
  3. Whatever have been done by Mahathir to save this nation will be destroyed by Anwar. His barking dog Rafizi who did exceptionally well before GE14 has gone berserk at the behest of Anwar. Of course Anwar gets support from those in Umno....well including zahid etc.

    Moga Allah Mahathir diberi kesihatan yang baik dari Allah swt agr terus jalankan urusan penyelamatan negara malaysia yang kita cintai ini

    Benar kat bijak pandai, a crook will always remain a crook.....Anwar please sedar diri sapa anda

    ReplyDelete
  4. Ini satu perkara yang tak tercapai dek akal si Rafizi.Untuk jadi pemimpin,bukan sekadar pandai ilmu kira-kira dan audit sahaja wahai Rafizi.

    ReplyDelete
  5. Berubahlah kamu wahai orang melayu, berubahlah sifat metaliti subsidi kamu!

    Berubahlah kamu wahai melayu beragama islam, apabila uitm dibuka untuk kaum bukan bumi, maka gegak gempita alumini uitm diketuai dato zaini utusan malaysia!

    Ingatlah!

    30% melayu islam undi pemimpin2 umno bernama najib yg merompak, menganaiya menzalimi rakyat dan merupakan penipu bersiri!

    30% lagi melayu beragama islam undi PAS yg terang dan jelas penerima habuan, laba dari najib si pencuri.

    Apakah fahaman agama islam kamu sebenarnya? Apabila kemungkaran dan maksiat ditegah, dilarang Allah SWT?

    ReplyDelete
  6. sudah mula bibit perpecahan PH. kera'jaan yg bertunjangkan sentimen persepsi fitnah jijik tak kekal lama

    janji tinggal janji, rakyat digula gulakan dengan janji palsu, islam lansung tak kedengaran lagi, mufti agamawan islam dll sunyi sepi.

    dah 2 minggu atok u turn lansung tak berani cakap pasal Islam sbb anak perempuan penyokong COMANGO dan liberalisme islam.

    SELAMAT KAN MALAYSIA

    ReplyDelete
  7. This is IT.
    Ini sebenarnya yang dinantikan orang Melayu yang mahukan perubahan. Yang di bandar memang tak perlukan faktor Mahathir. Tapi yang di bandar kecil dan luar bandar memang menunggu seruan yang mereka percaya tiada terdapat pada PR ataupun PH tanpa Dr.Mahathir.

    Rafizi yang lebih difahami oleh Melayu bandar tidak terjangkau analisa invoke nya terhadap apa yang diulas dalam article (forum) ini. Invoke Rafizi juga yakin PAS bakal kalah teruk tetapi yang berlaku sebalik nya. Rafizi ni patut nya dah boleh bisu kan diri sementara waktu.

    Sekarang apa yang diidam dah termakbul. Toksah cakap sana cakap sini macam masih di bangku pembangkang. Jadikan PH ni (dengan kebijaksanaan Mahathir bin Mohamad) kerajaan yang bertanggung jawab memenuhi aspirasi rakyat Malaysia keseluruhan nya. Kita semua ingat bagaimana Dr.Mahathir mengumudikan Malaysia yang kita nikmati sehingga hari ni.

    There will be naysayers. Let them be.
    Making the Manifesto takes time. Sadly some dungus in PH talked as if working out the GST and toll abolishment like flicking a switch. Ni cakap kurang cerdik. (inherent characteristics of PKR yang pinjamkan logo mata for PRU14).

    ReplyDelete
  8. Aku undi PH oleh kerana Tun Mahathir Ada disitu dan bukan kerana yang lain......!!

    ReplyDelete
  9. Absolutely agreed with this article.. sbb sye sendiri tergolong dlm golongan Melayu yg begitu.. only Tun M fact yg boleh menyebabkan ramai Melayu yg tinggal di pinggir bandar, mdpt didikan agama n akademik berteraskan Islam n Melayu but little bit moderated, yg terdidik dgn ajaran keluarga n komuniti Melayu klasik tetapi rasional n also now run my own business..
    Syukur Alhamdulillah sbb didorong kuat oleh faktor Tun M lah yg membuatkan sye berani keluar dr 'secured-zone'..
    So pls la PKR, Anwar n Rafizi etc., jgn harap golongan Melayu mcm sye ni nak terpesona or terpana dgn ideologi politik yg x brapa 'ummpphh' tu... Melayu tulen ni normally ada pertimbangan physical n spritual... so Rafizi, s3belum smpai level lembu Kak Ijat, better muhasabah diri sendiri dulu..pls..

    Utk anon 10:08am, cukup2 la ngn atuk awk tu... klau x mampu berhujah dgn fakta yg tepat, awk elok balik kampung n duduk je ngn atuk awk..

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com