pages

Thursday, May 31, 2018

Masa tepat Umno, Pas bergabung: Tajuddin


SUNGAI MANIK - Umno dan Pas perlu bergabung pemikiran dan tenaga untuk mewujudkan satu blok baru yang kuat, berperanan menjaga kepentingan Melayu.



Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, meskipun dua parti itu mempunyai kaedah politik berbeza, namun masih punya persamaan dalam memperjuangkan hak Melayu dan Islam.

Menurutnya, gabungan itu diyakini boleh memberi cabaran besar kepada kerajaan Pakatan Harapan dan penyokongnya yang sejak akhir-akhir ini mula berani menyuarakan desakan yang menghina kaum dan agama.

“Isu dan tuntutan yang dibuat dalam tempoh satu dua minggu ini agak mengancam survival umat Islam, ini bahaya kepada kita.

Saya fikir orang Pas pun dah sedar sekarang ni, akar umbi juga sedia untuk kerjasama, ada ruang-ruang yang boleh dilakukan tanpa perlu tunggu jangka waktu yang lama.

“Jika terus nak tunjuk kehebatan masing-masing, kita tak akan berupaya hadapi tentangan lawan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Umno Bahagian Pasir Salak, malam tadi.

Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, melihat kemenangan kerusi Pas dan Umno baik di peringkat negeri mahupun Pusat, dua parti itu sebenarnya boleh menjadi gabungan kuat.

“Cara Umno kini kena berubah, harus lebih pintar dalam menggunakan kaedah baru, satu daripadanya mencari rakan seperjuangan.

“Sebagai pembangkang pun, jika Umno dan Pas bergabung satu semangat, satu hati pasti akan dapat beri saingan kepada kerajaan Pakatan Harapan,” katanya. - SH

9 comments:

  1. I am a malaysian, ethnically a malay whose faith is Islam. I do not give a damn about umno's and pas' way of thinking of mslay race and islam.

    Is not the thief a muslim malay. Is not a person who declares his bedding partner a kafir before?

    Umno and PAS equal hypocrisy and superficiality

    ReplyDelete
  2. I also think like you. It is better that we support the Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
  3. Salam Bro,hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong......

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bergabung boleh tapi buatlah survey dari rakyat dulu,boleh ke kami terima idealogi lama tu,kalau barisan kepimpinan pas dan umno pasca pru 14 lepas di ganti dgn muka baru fresh intelektual dan bersih dari penyakit,mungkin kot.Itupun kalau ku li setuju dgn pandangan ini,

      Delete
  4. Aku ingat la, Lupekan la. Ingat Kata Arwah, lagi pun tuan guru hadi ni mcm Lalang la. Parti Yg penting kan diri sendiri . Apa Jadi Kat gagasan sejahtera Dia org. Mana Kerusi Yg boleh menang dia sapu. Tinggal la tempat Yg 90% hilang deposit... Nanti bile pru 15 mula la Bercakaran... Baik Korang tarik kerpercayaan rakyat kalau nak menang...

    ReplyDelete
  5. UMNO dan PAS wajib berhenti serta merta daripada membancuh racun perkauman untuk diberi minum kepada generasi baru yang ada,jika sekiranya kamu benar-benar beriman,dan memperjuangkan Islam yang suci.Bukan itu caranya untuk menjadi khalifah di muka bumi.Parti kamu digagalkan oleh sifat iblis yang ada dalam diri sendiri.

    ReplyDelete
  6. You are not give a damm. sabar you are going to get a bloody damm.mat salleh pun anggap org islam ni pengganas tiba2 hang tu lebih pada mat salleh pula

    ReplyDelete
  7. Bergabung lah, ada kami kisah?
    Bodoh + Bodoh = Bertambah Bodoh

    ReplyDelete
  8. Umno ni, instead of trying to do some soul searching, they seem to prefer denying the facts that lead to their downfall and only focus on how to attack the other political block (i.e. the Government of the day).

    Kalau Umno nak berjaya semula, perkara pertama Umno perlulah mintak maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana:

    1) terus-menerus menyokong Najib dan konco-konconya menutup skandal 1mdb
    2) menutup mata kepada rasuah dan power abuse among top govt officials
    3) tidak pertahankan atau membela nasib rakyat daripada polisi-polisi kerajaan UmnoBN yang menekan hidup rakyat seperti GST dan projek-projek mega yang beyond our means.

    Mintak maaf laa

    Akui kesilapan anda

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com