innity

pages

Wednesday, May 16, 2018

Mahu dakwa Najib punca Gani Patail dipecat - Tun M


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara ketika dalam proses untuk mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan penyelewangan 1MDB.

"Beliau mendakwa dalam proses mahu mendakwa Najib dan pagi itu beliau dapat tahu telah dipecat," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Ditanya sama ada Abdul Gani ada menunjukkan dokumen berkaitan kes itu semasa pertemuan dengannya pada Selasa, Dr Mahathir berkata tiada sebarang dokumen dikemukakan.

"Dia hanya beritahu secara verbal sahaja, tiada dokumen. Saya tidak minta sebarang dokumen," katanya.

Mengikut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa memaklumkan perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015  atas sebab-sebab kesihatan.

Ali berkata Abdul Gani akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

Susulan itu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa 27 Julai 2015.

Pelantikan Mohamed Apandi dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat Najib selaku perdana menteri ketika itu

4 comments:

  1. Kalau betullah Ghani Patail sudah mula hendak medakwa Najib, semasa dia dipecat dulu...
    Maka apa perlu nya Tun bekata dua tiga hari lepas, bahawa dia (Tun) percaya pendakwa raya akan menyediakan bukti yang kokoh untuk pendakwaan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BANGANG PUNYA KOMEN,PENDAKWA RAYA ORANG LAIN, GHANI PATAIL BEKAS PEGUAM NEGARA DAN BUKAN PENDAKWA RAYA..KO NI SEKOLAH KE TIDAK?KALO ADA 10 ORANG MCM KO DALAM MALAYSIA, LINGKUP NEGARA..

      Delete
  2. Takkan nak pakai ckp ayaq liuq ja bang..mesti la buat siasatan yg baru..Ghani Patail pon dah bukan AG..kertas siasatan semua mana dia pegang..hatta laporan audit 1MDB pon baru ja diklasifikasikan sebagai terbuka 2 ari lepas..

    Hang pi baca dulu la laporan audit tu dulu baru hang paham ada kes ka dak..igt ya..laporan ni disediakan oleh siapa? Jgn ckp laporan ni tak betui pulakkk..
    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  3. Ada lagi anjing umno dlm nlog ni ha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com