pages

Thursday, May 10, 2018

(((LIVE))) Majlis Angkat Sumpah Tun M sebagai PM ke 7 hari ini jam 9.30 malam






Bermula sekitar jam 9.00 malam ini, rakyat turun di sekitar Istana Negara menyatakan sokongan kepada Tun M yang akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-7


Suasana sebelum berlangsungnya Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Negara.







Setelah terpaksa menunggu keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga ke jam 5 pagi, kini rakyat Malaysia menunggu lagi.


Sejak jam 4.40 petang, pihak media dimaklumkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun tiba di Istana Negara bagi upacara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Upacara pada awalnya dikatakan bakal berlangsung jam 5 petang, namun maklumat terbaharu kepada pihak media memaklumkan bahawa ia ditangguh ke jam 9.30 malam.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut menggesa agar istiadat pengisytiharan ini disegerakan dan berharap agar kerajaan baharu segera dibentuk hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun mahu agar proses peralihan disegerakan dan tidak boleh dilengahkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak sihat yang mampu menjejas ketenteraman awam dan keselamatan.

Netizen rata-rata juga bimbang kesihatan Tun M yang dilihat tidak mendapat rehat yang cukup sejak hari mengundi pada 9 Mei.

1 comment:

  1. Malam ini Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7.

    Sebagai Perdana Menteri beliau bersumpah menjaga kepentingan hak rakyat.

    Beliau telah berjaya melakukannya sebagai PM ke 4.

    Persoalannya,

    Adakah umno najib melakukan perkara yg sama? Bagaimana dengan 1mdb? Berapa banyak tanah milik rakyat yg telah dijual? Bagaimana dengan perjanjian negara China? apakah disebalik perkara tersembunyi termeterai?

    Bagaimana pula dengan penipuan bersiri? Penyelewengan dan salahgunakuasa dilakukan oleh umno najib? Apakhabar AG Pandi? Apakhabar Tan Sri Khalid bekas IGP? Kenapa ketua hakim hampir besara dilanjutkan tempoh perkhidmatan, tiada calon lain? Kenapa KSU terlibat dengan politik? Bagaimana pula dengan mufti? Adakah mereka berkhidmat untuk rakyat atau umno najib?

    Siapakah sebenarnya tuan dinegara ini? Rakyat atau umno najib?

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com