SILA KLIK

pages

Saturday, May 12, 2018

(((LIVE))) Majlis angkat sumpah Ketua Menteri Sabah malam ini









Shafie dikatakan mendapat perkenan daripada YDP Sabah untuk mengangkat sumpah selepas mendapat majoriti mencukupi bagi menubuhkan kerajaan
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Shafie Apdal memasuki perkarangan Istana Negeri, kira-kira jam 8.16 malam tadi dengan diiringi pasukan polis bermotosikal.
Beliau dijadualkan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah di depan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin 9.00 malam ini.Terdahulu, turut dilihat memasuki perkarangan Istana Negeri Sabah ialah pemimpin-pemimpin daripada Warisan, DAP, PKR, dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).
Shafie sebelum ini dikatakan mendapat perkenan daripada YDP Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai KM selepas mendapat majoriti mencukupi bagi menubuhkan kerajaan.
Bagaimanapun, pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai KM Khamis lalu petang tadi menegaskan beliau masih belum meletakkan jawatannya itu.
Sekiranya ia benar, ini bermakna Sabah akan memiliki 2 KM sejurus selepas Shafie mengangkat sumpah, sebentar lagi.





No comments:

Post a Comment

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com