pages

Wednesday, May 16, 2018

(((LIVE))) Anwar Ibrahim BEBAS, Langsung dari Hospital Rehalibitasi Cheras


Ikuti siaran langsung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Hospital Rehalibitasi Cheras, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR: Pasti ramai rakyat Malaysia yang menantikan saat ini, saat pemimpin yang disanjung tinggi akhirnya dibebaskan daripada hukuman penjara.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada Februari 2015, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Detik bersejarah buat Malaysia ini turut mencuri tumpuan media yang pada pagi ini setia menunggu untuk membawakan berita terkini dari Hospital Rehabilitasi Cheras di mana Anwar sedang menerima rawatan.
Ada juga agensi media antarabangsa yang sudah lama tiba sejak bermulanya musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berakhir baru-baru ini.

Anwar ketika ini masih meneruskan rawatan fisioterapi bagi bahu kanannya di hospital tersebut, setelah menjalani pembedahan November lalu.

Anwar mengalami kecederaan kecil di bahunya selepas kenderaan Jabatan Penjara yang membawanya pulang ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan jalan raya September lalu. - 

2 comments:

  1. Tak lama lg ada lg berita bersejarah n reporter dari luar negeri akan dtg..MO1 akan didakwa di mahkamah..

    ReplyDelete
  2. Maknanya abg Non dah mengaku kesalahan meliwat dan mohon pwngampunan.period.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com