pages

Wednesday, May 30, 2018

Laporan: Bank Negara TERLEBIH BAYAR untuk pembelian tanah MOF


Bank Negara dipercayai terlebih bayar dalam pembelian tanah 67.41 ekar oleh Kementerian Kewangan (MOF) bernilai RM2.066 bilion, yang perolehannya digunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB, lapor sebuah harian berbahasa Inggeris.
Sumber dipetik sebagai berkata, walaupun penjualan dipersetujui pada RM703.44 kaki persegi, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan oleh MOF, sebelum ini meminta bayaran “empat angka untuk satu kaki persegi”.
Sumber-sumber berkata, Bank Negara mahukan tanah itu, yang terletak bersebelahan Kompleks Sasana Kijang di Kuala Lumpur, hanya untuk tujuan latihan, kerana “tiada keperluan” untuk membayar wang itu.
Pada 24 Mei, Menteri Kewangan Minister Lim Guan Eng mengesahkan dana Bank Negara dan Khazanah digunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC). - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com