pages

Tuesday, May 15, 2018

‘Langkah Pandan’ untuk Anwar jadi PM?

Susulan kemenangan pertama pembangkang dalam 61 tahun yang menyaksikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ke-7, fokus kini beralih kepada janji pilihan raya untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin negara.
Anwar yang sedang menunggu pengampunan diraja selepas menjalani hukuman penjara ke-2 atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, mungkin berehat selepas dibebaskan dan sebelum memulakan misinya menjadi perdana menteri.
Penganalisis politik, Khoo Kay Peng percaya Timbalan Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengosongkan kerusinya di Pandan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding.
“Ia pelik jika beliau tidak berbuat demikian dan akhirnya Anwar menjadi PM, isterinya sebagai TPM dan anak perempuannya (Nurul Izzah Anwar) terbabit dalam politik negara juga.
“Persoalan timbul sama ada mereka bertiga sesuai berkhidmat dalam kerajaan secara serentak. Kontroversi seperti ini yang mahu dielakkan kerajaan baru,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, pilihan raya kecil mungkin diadakan di Parlimen Pandan, sama seperti pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Mei 2015 untuk membolehkan Anwar memasuki Parlimen.
Ia sebahagian daripada manifesto PH,” katanya ketika ditanya jika langkah itu akan diterima rakyat.
Khoo berkata, rakyat tahu ini proses peralihan untuk Anwar menjadi perdana menteri.
“Ia sudah diterima (rakyat) yang Dr Mahathir tidak akan berkhidmat untuk penggal penuh. Ini akan mengambil 1 hingga 2 tahun dan peralihan sepatutnya berlaku selepas separuh penggal Dr Mahathir. Inilah masanya Anwar akan muncul.”
Khoo menolak kemungkinan Anwar akan menggunakan pendekatan dilantik sebagai senator untuk menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
“Beliau tentu mahu mandat daripada rakyat. Ia sangat luar biasa jika itu adalah laluan yang akan diambilnya.”
Media melaporkan petisyen pengampunan untuk Anwar sudah dikemukakan atas alasan beliau “tidak mendapat keadilan” dan ketua umum PH itu mungkin dibebaskan esok.
Anwar merupakan pilihan pertama PH sebagai calon perdana menteri mengikut rancangan asal gabungan 4 parti itu untuk pilihan raya umum ke-14.
Dr Mahathir, 92, yang merupakan perdana menteri tertua di dunia, akan menyerahkan jawatannya selepas Anwar layak dilantik perdana menteri ke-8.
Anwar ialah timbalan Dr Mahathir dari 1993 hingga 1998 sebelum beliau dipenjarakan atas tuduhan meliwat. Beliau dibebaskan pada 2004 dan mengetuai pembangkang di bawah perjuangan “Reformasi” dalam cubaan melakukan pembaharuan di negara ini. - FMT

1 comment:

  1. Rakyat'khusus nya dikawasan kubu umno undi PH masa PRU lalu bukan kerana suka sgt kat Anuar ibrahim tapi kerana menyampah dgn Najib Razak dan faktor Tun M akan mengetuai kerajaan. Nak buat by election semata² nak seorang pesalah undang² nak jadi perdana menteri²

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com