SILA KLIK

pages

Sunday, May 13, 2018

Laluan masuk kediaman peribadi Najib mula dikawal polis hari ini

Kediaman Najib dikawal oleh pihak polis. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Polis hari ini mula mengawal laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata ia dilakukan bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.

Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati  lima anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu.

Polis turut menempatkan balai polis bergerak selain membuat pemeriksaan ke atas setiap individu mahupun kenderaan yang ingin masuk ke laluan itu.

Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan mulai malam tadi.

Susulan itu, pengamal media yang berkumpul di kawasan kediaman itu juga tidak dibenarkan memasuki laluan berkenaan berbanding semalam yang mana wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan pintu pagar kediaman tersebut bagi membuat liputan. - Bernama

5 comments:

  1. laluan jalan rumah najib dah tutup.. laluan jambatan bengkok bila mau buka...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bengkok akal pendek kamu kut....

      Delete
    2. Bodo tu simpat sikit bole tak?

      Delete
  2. Dari panglima bugis turun pangkat menjadi pendekar bugis dan sekarang nampaknya macam pondan bugis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pondan bugis!!!hehehe dulu kini dan selamanya...

      Delete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com