SILA KLIK

pages

Monday, May 14, 2018

KP SPRM Menamatkan Pertukaran Sementara BUKAN Letak Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam


KENYATAAN MEDIA SPRM
PENAMATAN KONTRAK KETUA PESURUHJAYA SPRM
Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memaklumkan bahawa saya telah menyerahkan surat penamatan kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, hari ini.

Penamatan kontrak itu berkuat kuasa mulai hari ini dan saya akan melaporkan diri kembali ke Pejabat Peguam Negara esok.

Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SPRM yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh perkhidmatan saya mulai 1 Ogos 2016.

Saya berharap seluruh warga SPRM akan terus memikul amanah dan tanggungjawab dalam usaha memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini bersama kepimpinan baharu.

Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7 selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei yang lalu.

TAN SRI DZULKIFLI AHMAD
KETUA PESURUHJAYA

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
14 MEI 2018

-----------------------------------------------------------------------------
JAWATAN TERBUKA

Jawatan terbuka adalah jawatan yang tetap dan grednya telah ditentukan, namun pengisiannya tidak ditentukan untuk skim perkhidmatan yang khusus. 

Pengisiannya boleh dibuat dari mana-mana skim perkhidmatan yang diputuskan oleh pihak tertentu. 

Jawatan ini diwujudkan untuk membolehkan agensi pelaksana mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berkelayakan dan sesuai untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dalam sesuatu jangka masa. 

Jawatan ini tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Peminjaman dan Pertukaran Sementara

Peminjaman atau pertukaran sementara adalah merupakan salah satu daripada  kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah  agensi  untuk mendapatkan  perkhidmatan  pegawai  yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa  dan  bersesuaian  dengan  keperluan  agensi  berkenaan. 

Ia  juga  merupakan  langkah  jangka  pendek  untuk membantu  sesebuah  agensi, terutamanya agensi yang baru ditubuhkan bagi memantapkan operasi masing­masing. 

Pertukaran  tetap  pula  ialah  kaedah  pelantikan  secara  tetap  pegawai  yang sedang dipinjam/ ditukar sementara ke jawatan yang disandang di agensi peminjam.

Peminjaman Ke Agensi Swasta 

Pegawai awam  boleh  dipinjamkan  ke agensi  swasta  termasuk pertubuhan  bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di Malaysia tertakluk dengan syarat Kerajaan  mempunyai kepentingan ke atas agensi berkenaan atau/dan Kerajaan mendapat faedah  daripada peminjaman tersebut. 

Definisi

"peminjaman" bermaksud pelantikan mana-­mana pegawai mengikut Fasal (1)  Perkara 132  Perlembagaan Persekutuan iaitu  pegawai  dalam perkhidmatan  angkatan tentera, perkhidmatan  kehakiman  dan  perundangan, perkhidmatan  awam Persekutuan, pasukan polis dan perkhidmatan pelajaran ke: 

(a)  perkhidmatan awam tiap-­tiap satu negeri;  
(b)  Pihak Berkuasa Berkanun;  
(c)  Pihak Berkuasa Tempatan; atau  
(d)  mana­mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia, 

untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dengan 
perkhidmatan  hakikinya, termasuk pelantikan  pegawai  perkhidmatan  awam  bersama  ke  perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan atau mana­  mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia.

"pertukaran sementara" bermaksud  pelantikan  seseorang pegawai  Perkhidmatan Awam Persekutuan ke perkhidmatan yang lain dalam angkatan  tentera, perkhidmatan  kehakiman  dan perundangan, perkhidmatan awam  Persekutuan, pasukan  polis  dan  perkhidmatan  pelajaran  atau  pelantikan  ke  suatu  jawatan  dalam skim perkhidmatan  yang lain  di  bawah  Pihak Berkuasa  Melantik yang sama untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai  itu dengan perkhidmatan  hakikinya

Pemendekan / Penamatan  Pertukaran Sementara  

Agensi  peminjam, agensi  pembekal  atau  pegawai  boleh  memohon  untuk menamatkan  atau  memendekkan tempoh  pertukaran  sementara  ini  pada  bila-­bila masa  dengan  memberi notis 30 hari. 

Kembali Ke Jawatan  Hakiki 

Apabila tamat  tempoh  pertukaran  sementara  ini, pegawai akan  kembali  berkhidmat  dengan  perkhidmatan  hakiki  dan menerima gaji, elaun dan kemudahan  yang layak pegawai  terima  seolah-­olah pegawai  tidak pernah ditukar sementara. 

5 comments:

  1. Dia boleh kembali ke pejabat peguam negara jika kontraknya ditamatkan atas arahan kerajaan.

    Jika sendiri tamatkan, bererti dia telah meletak jawatan dan tiada lagi tempatnya di pejabat AG.

    Sila betulkan jika salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg salah... kontrak dia ni bukan mcm kontrak KSN dan KSN iaitu orh yg dh pencen...dia belum pencen dia gi jd kp utk isu open post.. mana2 pgw utk isi open post..SPA akan buat "kontrak" utk cth tenpoh 2 tahun saja..lepas tu balik ke perkhidmatan asal..ni ni kira pendekkan pengisian open post saja

      Delete
  2. aku lngsung xpercaya dengan propa rejim mahafiraun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tada kena mengena regime tun m...dia sendiri yg tak nk jd KP SPRM dah..nk balik service asal dia..dia masih penjawat awam

      Delete
  3. Don say no to pm

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com