SILA KLIK

pages

Thursday, May 10, 2018

[KONTRAK AG HINGGA 2021] AG jamin jadi Penasihat kepada Kerajaan PH, buat PENDAKWAAN tanpa mengira Politik

Pejabat Peguam Negara (AGC) kekal berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan Pakatan Harapan dan melakukan pendakwaan ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tanpa mengira senario politik semasa.
Susulan keputusan PRU14 semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi jaminan bahawa AGC bebas daripada cengkaman politik.
"AGC bukan badan politik, kami adalah penasihat undang-undang dan pada masa sama adalah pendakwa bagi kesalahan jenayah yang ditentukan oleh undang-undang.
"Kita akan terus memastikan peraturan undang-undang (ditegakkan), tanpa rasa takut atau berpihak," katanya.
Apandi turut mengingatkan moto AGC adalah "Kami akan berusaha menegakkan undang-undang" yang akan dilakukan pada setiap masa, tanpa mengira senario politik.
AG sekarang adalah bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan dilantik ke jawatan itu oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang disingkirkan.
Kontraknya baru-baru ini diperbaharui oleh kerajaan sehingga tahun 2021. - MK

1 comment:

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com