pages

Friday, May 18, 2018

Kenapa Beri Anwar Ibrahim Layanan Istimewa? PRU14 Bukanlah Mengenai Anwar Ibrahim


Peguam Siti Kasim mempertikaikan “layanan istimewa” yang dinikmati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mendapatkan Pengampunan DiRaja yang menurut Siti Kasim, hanya kerana beliau mahu menjadi ahli politik.

Siti Kasim berkata, “Saya bersependapat dengan mantan hakim yang mempersoalkan mengapa Anwar Ibrahim perlu diberi layanan istimewa dalam mendapat Pengampunan DiRaja.” 


“Hanya kerana dia mahu menjadi seorang ahli politik?

Bagaimana dengan mereka yang sedang menunggu hukuman mati? 

Penjara seumur hidup? 

Sebagai seorang peguam, saya amat merasakan bahawa semua ini adalah salah.”

Aktivis peguam yang lantang bersuara itu berpendapat bahawa Ketua Umum PKR itu sepatutnya menjalani prosedur yang betul dan mengikut undang-undang. 


“Saya percaya beliau perlu menjalani prosedur yang betul. Saya bukanlah menentang pengampunan beliau sekiranya itu benar-benar berpatutan tetapi ia haruslah menerusi prosedur yang sepatutnya dan mengikut undang-undang.” 

“PRU 14 ini bukanlah mengenai Anwar Ibrahim. Ia mula kelihatan seperti itu,” katanya lagi. - MENARA

2 comments:

  1. Betul!

    PRU14 is not about Anwar. Rasa yakin majoriti pengundi yang mengundi PH melakukannya kerana faktor rasuah & penyalahgunaan kuasa yang berleluasa, faktor 1MDB dan yang penting sekali faktor kos sara hidup/inflasi yang semakin meningkat.

    Dalam kepala kami tak terfikir langsung ttg Anwar. Hanya orang2 PKR ajer yg fikir begitu.
    Kenapa ramai calon PKR yang menang?

    Sbb:
    1) Kami undi calon PH yang guna lambang yang sama. Kami tak tahu pun calon tersebut dari parti mana.

    2) Majoriti calon dari parti Amanah dan Bersatu bertanding di negeri2 di Utara dan Pantai Timur di mana PAS memecahkan undi dan taktik PAS menakut-nakutkan majoriti Melayu Muslim ttg Dap. So, ramai calon Amanah dan Bersatu kalah.

    Saya PKR tidak akan terlalu sombong.

    ReplyDelete
  2. Perkenan DYMM Agung itu adalah diatas permohonan dan nasihat oleh PM, jadi apa masalahnya? Sesiapa saja yang mempertikaikan keputusan DYMM Agung, boleh saja dianggap sebagai telah menentang DYMM Agung itu sendiri. Mana boleh disamakan status pengampunan tahanan yang hanya menjalani hukuman penjara dengan hukuman mati, beri komen itu biarlah berakal!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com