pages

Saturday, May 12, 2018

Kembalikan integriti SPRM, ada yang memihak, tak layak - Bekas Pengarah BOK SPRM

BACHOK: Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain menyifatkan usaha Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjalankan siasatan semula berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tepat.
Bahri berkata, setiap individu yang melakukan kesalahan wajib disiasat dan dibawa ke mahkamah mengikut peruntukan undang-undang.
Katanya, tindakan terhadap pesalah tiada batas masa selagi individu itu masih hidup, saksi masih ada dan bukti kukuh yang layak dibawa ke mahkamah.
"Bagaimanapun, siasatan bergantung pada Jabatan Peguam Negara (AGC), AGC kena keluarkan sebutan kes semula, sebenarnya itulah yang saya selalu doakan kerana kita sudah tidak ada tempat lain nak rujuk, sebelum ini AGC terlalu bergantung pada yang dituduh.
"Sebab dalam SPRM sendiri ada yang terlalu memihak kepada pihak tertentu, apabila dia memihak pada mana-mana pihak, dia tak layak jadi SPRM," katanya ketika ditemui dalam Majlis Kesyukuran dan sambutan hari lahir kakitangan Akademi Memandu KIST (AMKIST), Telong, Kandis, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri yang akan menjalankan siasatan semula 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bahri antara individu yang mengejutkan negara apabila bertindak bersara awal selepas mengendalikan kes 1MDB.
Sebelum ini, beliau yang berkhidmat dalam SPRM sejak 33 tahun lalu menyertai BOK yang ditubuhkan SPRM bagi menjalankan siasatan kes berprofil tinggi membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta termasuk 1MDB.
Mengulas lanjut, Bahri turut mendedahkan ada segelintir pegawai SPRM yang dilihat berat sebelah dengan hanya menjalankan siasatan terhadap pihak tertentu sahaja.
"Ucapan Dr Mahathir supaya menangkap mana-mana pegawai yang memihak pada satu pihak sahaja umpama kata keramat.
"Saya rasa jika SPRM dibebaskan dari mana-mana pihak dan pegawainya ada keberanian, kita akan setanding dengan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Indonesia, Hong Kong dan Singapura," katanya - BH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com