innity

pages

Wednesday, May 16, 2018

[KAMI RAKYAT SAYANG TUN M] "Teliti Dokumen Sampai Lewat Malam, Saya risaukan kesihatan Tun' - Tun Dr. Siti Hasmah


Tun Siti Hasmah hari ini meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kesihatan suaminya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang tidak cukup rehat sejak menjawat semula jawatan itu pada 10 Mei lalu. 

Menurut Tun Dr. Siti Hasmah, suaminya banyak menggunakan waktu tidurnya untuk meneliti dokumen-dokumen kerajaan sehingga awal pagi.

"Saya risaukan kesihatan Tun yang tidak cukup tidur. Waktu tidur beliau digunakan untuk teliti setiap dokumen kerajaan. 

"Dalam satu malam, beliau teliti lebih 200 dokumen sehingga jam 4-5 pagi. Jam 7 pagi, beliau sudah ada di pejabat," kata Tun Dr. Siti Hasmah yang dimuat naik di laman Facebook Kelab Che Det hari ini. 

Di ruangan komen, netizen juga risau dengan keadaan Tun yang sudah berusia 92 tahun terpaksa menggalas tanggungjawab yang besar untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. 

"Harap semua rakyat Malaysia yang sayangkan Tun Mahathir mendoakan yang terbaik untuknya dan negara Malaysia dalam setiap solat kita. For non muslims, you can also pray for him and this country in your own way," tulis Nooraini Ahmad. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dalam program MeleTOP semalam berkata, Tun Mahathir yang berusia 92 tahun itu berbasikal setiap pagi Sabtu dan menunggang kuda pada setiap pagi Ahad.

"Saya tengok dia, saya pun boleh rasa penat. Tun Mahathir memang tegas, sangat menepati masa. Tetapi pada masa sama, beliau sangat 'chill' dan kelakar.

"Mutu kerja dia begitu baik, ia memberi inspirasi kepada saya. Dia bekerja dan tidak berhenti bekerja. Tun M walaupun berumur 92 tahun, dia seperti terperangkap dalam jasad 92 tahun. Semangat dia macam umur 30 tahun," katanya. - thereporter

9 comments:

  1. Tulah tengok dokumen berjaga malam , patutnya banyakkan solat tahjud dan toubat. Jgn jadi mereka yg rugi, sesungguhnya mati itu adalah pasti. Sekadar nasihat dr anak kepada tok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibadah tuh sesungguhnya dalam bentuk untuk meneliti bagi memperbetulkan keadaan dan kesalahan pentadbir terdahulu demi negara adalah ibadah...kamu ingat solat jer ke ibadah 11:47?

      Satu lagi, yang muda sihat pun boleh saja terpeliok mati...pasti jugak tuh!

      Doa kan saja Tun M diberi kekuatan dan tenaga untuk betul kan kerosakan yang di lakukan seperti KJ-Bangla pun dah mengaku....tuh pun setelah kalah, kalau tidak mungkin saja barisan pemimpin bersama KJ-Bangla nih sekali terus terusan mengutuk Tun M, tak gitu?

      Delete
    2. Bodoh. Anon 1147. Itu la tanggongjwb pada negara. Bukan mcm lebai pas. Tunggangtebalik solat negeri mundur. Last2 Q7, Vellfire ada. Rezeki Allah atau rezeki Rasuah???

      Delete
    3. menjaga dan menguruskan dan membimbing negara bukan ibadah ke? itu bukan dikira satu perjuangan ke?ingatlah kata2 alim ulama, 'hubbul watan minal iman'.ini merupakan tugas dan amanah yang berat, perlu dilaksanakan dengan betul dan teliti sebab jadi pemimpin adalah amanah Allah.patutnya ko bagi sokongan kat tun, ini terbalik pula..

      Delete
    4. Sempitnya fikiran dia ini. Inilah yg dikatakan tin kosong memang kuat bunyinya. Pandai tak boleh diikut. Dia ingat hanya Solat saja yg akan memasukkan dia ke syurga kelak.

      Delete
  2. dah lama dahhh...
    jerat tak pernah lupakan pelanduk


    salam reformasi

    ReplyDelete
  3. Profesor kangkung dari UUM itu, bolehkah dia buat kerja macam yang Tun buat tu? Tun memang manusia hebat di kurun ini, hanya profesor kangkung itu saja yang bodohnya setaraf dengan Wan Rosli.

    ReplyDelete
  4. Bukan senang nak cuci taik yang ditinggalkan oleh BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak senang nak cuci taik yg ditinggal BN
      ..22 tahun jer taik dari PM sekarang....sedey

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com