innity

pages

Tuesday, May 29, 2018

[JIKA JUJUR] ANWAR TIDAK PERLU PERGUNA RAFIZI, Anwar anggota Majlis Presiden PH (TOP 6)



Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menggunakan platform Majlis Presiden Harapan sebagai medium pemantau bagi kerajaan baharu itu.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Anwar sebagai barisan Top 6 Majlis Presiden Harapan pada 17 Mei lalu.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, keanggotaan Anwar dalam barisan utama Majlis Presiden memudahkan beliau membuat kritikan dan saranan terhadap kepimpinan hari ini secara dalaman.

Menurutnya, sebagai Top 6 dalam Majlis Presiden Harapan, Anwar akan sentiasa bertemu dan berbincang bersama Mahathir; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar juga boleh menggunakan platform forum-forum rasmi yang dihadirinya untuk mengutarakan pandangan dan nasihat kepada kerajaan Harapan,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Marthada mengingatkan Anwar supaya tidak mengkritik pimpinan dan kerajaan secara terbuka dalam tempoh terdekat ini.

“Paling penting dalam tempoh terdekat ini, beliau harus mengkritik secara dalaman sahaja supaya tidak timbul persepsi, kononnya pentadbiran kerajaan baharu ini tidak mendapat sokongan penuh daripada pemimpin Harapan sendiri.

“Nak kritik boleh, tapi memandangkan beliau bakal perdana menteri, dibimbangi kerajaan hari ini akan dianggap tidak kuat. Biasalah setiap kritikan akan menimbulkan persepsi kurang baik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Anwar juga boleh berfungsi sebagai penganalisis politik, bagaimanapun statusnya lebih tinggi kerana beliau bekas timbalan perdana menteri dan bakal perdana menteri.

“Jadi, impak pemantauan dan kritikan Anwar lebih berkesan kerana status dipegangnya,” katanya.

7 comments:

  1. Isu guna jet gomen mcm x jwb je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu guna jet gomen atas urusan rasmi ke pergi shopping di Australia, Itali dll???

      Kalau urusan rasmi apa salahnya. Kalau urusan shopping lepas tu kata buat album ada peminat fanatik beli album sampai berjuta-juta memanglah salah!!!

      Delete
    2. Nak jawab apanya lagi?? Tengin Haprakk

      Delete
  2. Anwar tetap akan pecahkan Pakatan Harapan,kerana pecah belah adalah sifat semulajadinya.Dia bukan seorang berjiwa besar seperti Mandela.Ungkapan memaafkan Mahathir sekadar ayat-ayat sasteranya sahaja,dan bersifat mitos.Dia akan merampas kemenangan rakyat Malaysia menjadi kemenangan keluarganya.Tidak susah untuk meramal tindak tanduk orang ini.Generasi baharu tidak kenal dia yang sebenar,melainkan apa yang dipropagandakan sahaja.Anwar bekerja setelah kemenangan dicapai.Lembu punya susu,sapi punya nama,...itulah Anwar semasa menjadi TPM dahulu,dan selamanya.Ini adalah peluang keemasan untuk dia menewaskan Mahathir dengan pukulan maut.Kenapa Mahathir memberi bola tanggung ini?Kita tengok siapa yang kena jual nanti.

    ReplyDelete
  3. lagi satu contoh politik bodoh anwar.ubah la strategi bro.sekarang ni bukan masa tunjuk hebat.masa untuk kerja.tapi yelah bekas banduan bukan senang dpt kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rasa pandai takyah komen macam darjah 4,masuk politik baru tau makna politik,takat kerja rezeki bukan ko yg bagi,

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com