SILA KLIK

pages

Thursday, May 17, 2018

(JANGAN MAIN BELAKANG) Jangan Tikam Belakang PM, Amaran kepada PH


Seorang ahli biro politik PKR berasa malu apabila ada pemimpin Pakatan Harapan (PH) bersikap seperti pembangkang dan tidak menyokong Perdana Menteri.

Latheefa Koya berkata tindakan pemimpin PH membantah tindakan polis menyerbu kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam tadi itu, memalukan.

“Tidak jelas dengan konsep, mengambil keterangan dilakukan ketika waktu pejabat, tetapi tidak boleh lakukan pencarian.
“Tidak ada yang salah untuk polis ke rumah Najib pada jam 10 malam ke atas. Apa yang begitu teruk sangat,” katanya di Twitter.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, Latheefa dipercayai merujuk kepada kenyataan Nurul Izzah Anwar dan Khalid Samad.

Izzah dan Khalid membantah tindakan polis menyerbu kediaman Najib pada lewat malam memandangkan kedua-duanya pernah menjadi mangsa serbuan polis.

“Sebagai bekas mangsa serangan di awal pagi, saya harus tegaskan bahawa saya tidak bersetuju dengan menggeledah mana-mana rumah pada masa yang tidak sesuai,” kata Izzah.

Serangan melalui media terhadap Perdana Menteri dalam pakatan yang sama merupakan satu tindakan yang keliru atau seolah-olah ada gerakan untuk memburukkan nama Perdana Menteri, Tun Mahathir atas alasan kita tidak ketahui.

Hentikanlah serangan kepada pemimpin sendiri secara terbuka di media. Tun Mahathir sudah maklumkan akan serah jawatan Perdana Menteri dalam tempoh satu hingga dua tahun.



DALAM MESYUARAT PEMIMPIN PKR TIDAK BANTAH

Hari ini pula, sebaik sahaja perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau akan menyandang jawatan Menteri Pendidikan, seorang pemimpin pemuda PKR Pahang menyuarakan bahawa ia adalah bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Wong Chun Yuan menjelaskan bahawa manifesto PH 'Buku Harapan' secara jelas menyatakan bahawa 'perdana menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan menteri kewangan'.

"Saya kecewa dengan pengumuman Dr Mahathir bahawa beliau akan memegang jawatan menteri pendidikan.

"Ia bukan sahaja bertentangan dengan agenda reformasi PH yang mengelak daripada pemusatan kuasa perdana menteri, tetapi ia berlawanan dengan manifesto pilihan raya PH," katanya menerusi ikenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Sebelum Perdana Menteri mengumumkan perkara itu, perbincangan telah diadakan yang melibatkan semua parti komponen termasuk PKR dan tiada bantahan ketika mesyuarat tersebut dari PKR.

Sebelum ini juga, semasa cadangan pelantikan tiga menteri kanan, PKR telah membantah melalui Rafizi secara terbuka melalui media dan kemudiannya Azmin menyatakan itu pandangan peribadi. Namun Rafizi berkeras menyatakan itu pandangan PKR tetapi disuarakan melalui Rafizi kerana beliau tidak bertanding dalam PRU14.

44 comments:

  1. Ketua Umum kena kawal le peradaban budak2 dia tu.. Dulu boleh la bagi alasan pergerakan terhad.. Sekarang kan dah bebas.. Atau memang sengaja taktikal macam tu?

    ReplyDelete
  2. 1 atau 2 tahun bukan lah suatu masa yg lama sangat untuk rakyat menunggu? Ketika itu mungkin rumah mereka pula diserbu untuk mencari bukti kes pembunuhan Memali, kes kerugian RM30 billions FOREX atau sebagainya. Kali ini jgn lagi bagi peluang? Sama2 kita berdoa dibuka ramadhan yg penuh berakah ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda kes..kalau ada bukti time zaman PM sebelum ni sudah pasti Tun dah kena serbu awal2 lg..tak payah lah nak spin isu forex n memali..tak habis2..malah RCI pon dah jelas keluar laporan yg Tun tak salah..kalau benar org islam, anda kena move on or instead minta maaf di dlm bln ramadhan ni pada Tun...sedarlah hukuman fitnah di akhirat itu amat dahsyat sekali..nauzubillah..elakkan diri kita drpd dosa fitnah..biar mereka yg mereka/mencipta fitnah ini menanggung dosa..jgn kita mahu tumpang sekaki tanggung dosa fitnah itu..

      Delete
    2. la.. sebelom ni kenapa tak serbu je rumah dia time dia belom berkuasa kenapa harus tunggu 1 2 tahun?setakat untuk balas demdam baik toksah buatnya kena lesing je dgn rakyat yang cerdik.

      Delete
    3. Mohamed Nor.. apa ko ckp ni...ko ni reti tk pentadbiran negara... Pasukan Polis sblm ni bawah kdn diketuai zahid...yg juga bawah PM.. ko nk suruh polis siasat najib semasa dia berkuasa sbg. PM.. mmg ko bru keluar hutan agaknya

      Delete
    4. Helo sedara baca dan faham kan sape yang aku maksudkan..kau ni budak taik lagi agaknya.aku tujukan untuk mamat yang 11.46 la...

      Delete
    5. Mohamed Nor maksudkan serbu Tun lah..

      Delete
    6. Hoi Anon 1146. Tak habisx Forex. Tun dah disiasat dan Nor Mohamad Yaacob dah mengaku sampai hilang jawatan dalam Khazanah. Apa lagi nak ungkit. Kita tengok pula kes najib ni, Kalau nanti tak ada bukti kesalahan, Ok lah. Aku SIKU DAHI kau baru tahu. Bodoooh.

      Delete
    7. 7.25am,5 star untuk anda kerana cerdik...

      Delete
  3. Mahathir satu atau dua tahun sahaja, kenapa mau pegang 2 jawatan. Satu sudah cukup untuk mudahkan proses handover....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia mampu galas tugas tersebut apa salahnya dan contoh dalam islam pun kalau mampu digalakkan berbini lebih dari satu dan selalunya yang tak mampu je berlagak macam mampu hihihi

      Delete
  4. Salam..kalau.tun nak mentransformkan kem. Pendidikan.itukan lebih.baik. kenaoa nak.bising bising. Nak membina anak.bangsa pun macam macam.prangsangka. Bodohkan Betul.

    ReplyDelete
  5. Saya pun hentam kuat kuat Wong Chen ahli parlimen Subang kerana sokong kawan baik dia RR. Semua ahli dari party mana pun mesti hormat dan percaya kepada Tun Mahatir. Bukan suka suka pergi kepada wakil media dan ucap yg bukan bukan untuk malukan TM. Saya pun gembira kebebasan dsai tapi tak suka dgn ucapan beliau apa maksud UMNO 2 seolah olah tuju kepada veteran seperti Tun Daim dan TSRA. sekarang macai macai pkr pun ikut sama kata UNNO 2. Amaran dari rakyat jangan hina Tun Mahatir yg banyak berjasa dan sedang buat segala gala untuk Rakyat. Kami sayang TM. Dan tak akan sokong pkr kalau mereka tak henti main politik dgn part sekutu mereka.PM ada hak untuk lantik siapa saja kalau PM tahu boleh laksanakan tugas dgn baik. Kalau cabinet gagal PM kena bertangung jawab bukan PKR.

    ReplyDelete
  6. Kau orang nak komen apa pun, ada aku kisah? Yang aku nak bangkitkan di sini adalah rasa kesian aku pada satu makhluk tu. Dia nak melaram tunjuk muka depan khalayak umum pun merasa ralat hatinya disebabkan segala barang kemas, jam tangan dan handbag mewah semuanya telah disita. Kesian kan...
    Kah kah kah kah kah......

    ReplyDelete
  7. Jerat tak pernah lupakan pelanduk dua serupa. Ketajaan yang lahut atas dasar fitnah tak kekal lama.
    bangkit lawan fitnah

    ReplyDelete
  8. Jangan jadi umno2.0 la bodoh. Nak kritik pun tak boleh. Tun sebagai pm lebih tahu apa yang dilakukan dan berpengalaman sebagai pm selama 22 tahun. Selagi kritikan yang tidak menggangu pentadbiran Tun sebagai PM itu tiada masalah. Jangan jadi sebagai pak turut dalam pentadbiran PH seperti yang diamal BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh..sapa kata kritik tk boleh...kerajaan PH mmg alualukan kritikan ...tapi melalui medium yg sesuai... kritik secara terbuka d media terhadap pemimpin sendiri bukan caranya

      Delete
    2. cuba bayangkan ..pemimpin pkr kritik PM...lepas tu pemimpin Dap kritik menteri dr Amanah...amanah kritik menteri dari PKR...semua secara terbuka d media...sudah tentu akan kecoh dan pakatan akan hancur...simple saja kenapa tak boleh fikir...maklumlah tak pernah mmerintah sblm ni..tu dh jd kerajaan pon masih perangai pembangkang...kalau mcm ni aku kecewa dgn PH

      Delete
    3. baik tak payah ada mesyuarat antara 4 parti dlm PH..guna media je...

      Delete
    4. Tun pengalaman 22 tahun...93 tahun ko tk hingat..satu hari kita manusia akan dikubur kn juga...masa tu
      .ada sesiapa ng boleh buat mcm tun....yg sekarang diam ketakutan..akan bangkit
      .serang menyerang..iti akan pasti
      .dikem ph ada 3 kumpulan
      .setiap 1 kumpulan menyokong kumpulan berbeza..masa ni sape yg majoriti akan berkuasa..melayu pecah kepada
      Pas.bn..yg pkr,pbbm pecah lagi 4...melayu berpecah 6 bahagian..siapa yg moleh menyatukan..anuar..ki ki ki..porak peranda..

      Delete
  9. Kita lihat ramai yang cuba tunjuk pandai mengarah kerajaan diketuai tun buat itu buat ini. Duduk diam sudah. Polis tahu buat kerja. Polis dah jumpa harta karun milik najib. Siap ada mesin kira duit. Mari kita tunggu polis kira berapa jumlah sebenar hasil rampasan. Itu baru sebahagian kecil. Belum masuk harta2 lain. Diingatkan sekali lagi kepada mereka yang perasan bijak pandai...duduk diam! Polis tahu buat kerja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fotnah mmg tk lepas dr mulut bau tahi ph..walau pn di bulan puasa..atau kapir korg ni

      Delete
  10. KENYATAAN MEDIA LOKMAN ADAM
    BERHUBUNG TUDUHAN ANGKA EKONOMI PALSU DAN RAMPASAN ASET DI PAVILION CONDO
    18hb Mei, 2018
    2.46 am

    Saya agak terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PPBM semalam. Tun Mahathir telah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dengan mengatakan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi tahunan negara yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini adalah palsu termasuk beberapa angka ekonomi lain.

    Sebagai salah seorang yang bertanggungjawab menerangkan tentang Dasar Ekonomi Negara sebelum ini, selaku Bekas Pengarah Komunikasi MOF, saya telah mengambil inisiatif untuk menghubungi Ketua Perangkawan Negara, Dato’ Sri Dr Uzir bin Tengku Dato' Ubaidillah bagi mendapatkan pengesahan data-data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, sekiranya benar sepertimana tuduhan Tun bahawa ianya telah dipalsukan. Ini disebabkan, segala data-data yang telah dikeluarkan berhubung soal Keluaran Dalam Negara Kasar datangnya dari hasil bancian dan dapatan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

    Walaupun Ketua Perangkawan kini bukan lagi berkhidmat dibawah Kerajaan Barisan Nasional, beliau secara jujur telah menegaskan bahawa angka Pertumbuhan Ekonomi Negara telah disusun berdasarkan rangkakerja “International Best Practice” dan menepati piawaian antarabangsa. Pengiraannya dilakukan secara professional dan dengan intergriti yang sangat tinggi.

    Tun seharusnya berlapang dada dan menerima hakikat bahawa Tun mewarisi Kerajaan yang mempunyai ekonomi yang kukuh hasil pentadbiran baik Dato Sri Najib Razak. Sungguhpun rakyat kini sedar bahawa penipuan Tun selama ini bahawa Negara ini menuju kearah kebankrapan adalah tidak benar, adalah sangat tidak bertanggungjawab sekiranya Tun menafikan KDNK Malaysia tahun lalu 5.9% adalah antara yang tertinggi didunia.

    Dalam masa yang sama, Tun juga perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan bahawa negara ini terbeban dengan kadar hutang yang tinggi adalah tidak benar sama sekali. Kadar hutang Malaysia bagi tahun 2017 sebanyak 50.8% berbanding KDNK adalah sihat berbanding kadar hutang zaman Tun memerintah tahun 1986 iaitu 103.4% berbanding KDNK. Saya sedar Tun kini tertekan kerana apa yang Tun fitnah terhadap ekonomi Negara sebelum ini akhirnya dinafikan oleh Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Zeti yang mengumumkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan rezab Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu RM 438 Billion.

    Pada pandangan saya, Tun sepatutnya menumpukan perhatian menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya umum ke 14 daripada mengalih perhatian rakyat kepada sandiwara memikul bag-bag yang kononnya berisi duit yang dimiliki oleh Dato Sri Najib dan barang kemas serta beg yang kononnya dimilik isteri beliau. Sebagai cucu kepada Jutawan Melayu, Tan Sri Noah, tidak mustahil jika cucunya kaya raya.

    Tapi Tun kena ingat, esok lusa jika DAP sudah tidak mahu mengunakan Tun yang hanya punyai 12 kerusi Parlimen, satu negara akan tonton keluarga Tun diaibkan pula. Berapa beg dan berapa trak pula agaknya yang bakal digunakan untuk angkut duit, barang kemas serta kereta-kereta mewah milik anak-anak Tun. Masa tu baru rakyat akan bertanya macamana anak seorang Perdana Menteri yang datuknya hanya seorang guru, mampu memiliki harta yang berbillion ringit nilainya.

    #prayfornajibrazak #mogaAllahselamatkanMalaysia #hentikankezalimanregimmahathirdap #manusiamestipegangpadajanji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kaitan serbuan polis dgn Tun pulak?
      Bulan Ramadan ni tak payah la nak buat fitnah..bykkan muhasabah..br Allah akan tlg..

      jika kamu menenangkan Allah maka Allah akan memenangkan kamu..siapa yg telah dimenangkan Allah dlm PRU 14 lalu? Fukir2 kan..

      Delete
    2. Macao kn cerdik..persepsi saja fh cukup peecaya..otak udang semua..mati tun..korang tau la..apa jadi..

      Delete
  11. Kan Anwar dah ckp..ini bukan UMNO..ahli bole menyuarakan pendapat mereka..takda masalah..bila mesyuarat mereka akan bincang dah buat keputusan..

    Ramai org masih kekok dgn budaya politik sebegini kerana ketika zaman UMNO memerintah mana2 ahli parti sendiri/komponen sukar menyuarakan pendapat mereka..jika suarakan pendapat mungkin dikenakan tindakan disiplin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caap anuar tu 10..1 belum tau betul..klu nk tngok anuar..tngok rapiji..itu acuan dia
      .sama dr muda dok klentong..jngan tk tau caiii..

      Delete
  12. Tun sedang sibuk kemas rumah, repair rumah yg sudah hampir roboh angkara najib, anwar dan isteri masuk rumah semua sudah tersedia dan cantik, permintaan Tun hanyalah jangan anaiya dan menzalimi rakyat, itu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.najib roboh kn rumah
      ..1.najib jual negara pada china..fitnah - tun kata mari china datang bangun kn m'sia.
      2-brim dikata dedak -tun kata sambung derma bukan dedak.
      3- minyak mahal...taraf hidup jatuh - tun kata tkpa kita sambung dedak..dedak bukan rasuah..
      4- tol menyusah kan
      - dolu2 tun yg buat tol.najib yg kna jawab..skrg tk mansuh plk.
      5- ptptn tk mansuh.
      6- harap gst ja la..
      Cai cai tolong jawab..apa cer nii..apa yg ko perjuang kn..ap yg ko fitnah .pi cari cincin berlian..klu tkder
      .pi sembak kaki rosmah..ki ki ki
      Harap gst jw lew..itu pn harga turun 6% je..sardin turin dr 5.00 ke4.70 woww dasyat..murah nyeww..boleh makan sadin hari2..sampai kwnyang...burrbb

      Delete
  13. kalau serbuan nk kena bg tau suspek..jd bodoh sgt lah polis...mesti lah serbuan dlm keadaan ada elemn suprise

    ReplyDelete
  14. Kerana Tun bersama Pakatan dan di janjikan akan menerajui negara maka ramai rakyat menyokong Pakatan. Tak sangka pula Pakatan hanya ingin menggunakan Tun utk meraih kepercayaan rakyat tetapi dgn gelojoh nya dah tunjuk warna sebenar pemimpin mereka...

    ReplyDelete
  15. ko tk faham ke...tun m jd menteri pelajaran tu bukan dia putus sorang2.. PKR ada dlm mesyuarat tu.. pemimpin PKR sendiri maklumkan tiada bantahan emasa mesyuarat

    ReplyDelete
  16. kita susah payah berjuang masa PRU14.. anwar keluar je terus nak jd hero.. lahanat hawau

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju pendapat ni..

      Delete
    2. Juga sangat setuju dengan pendapat ini.

      Delete
  17. aku rasa tk lama PH ni terutama kalau PKR asyik buat gila

    ReplyDelete
  18. Baru je pru, da nak melingkup aku tgk.. Ini bkn umno 2.0 ke apa.. Ini la perangai melayu, tak abis 2 nak pelingkup melayu, cina tengok je diam, cukup time kena terkam, tolongla ubah mentaliti, berlapang dada.. Da korang naikan tun, biarla dia buat kerja, bkn lama pun.. Kesian bangsaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Talpa..tklama kera jaan ni
      .1 pengal berantakan la..lin guana eng cari pengaruh..klu tkkna penjara la...asimin cari penggaruh..midin cari pengaruh..berantakan...nk lantik menteri pn tkder yg berkaliber.yg ada kaliber pun yg dh tua2..bercakap suara pn dh tk berapa dengar..semua patut bermasjid je..bebanyal dengar kuliah subuh...

      Delete
  19. PH kalau lingkup bukan sebab mahathir. sebab anwar gila kuasa. anwar cuba nak rampas kuasa subtly from mahathir.

    anwar ini lebih sudu dari kuah....

    kalau anwar leads ph in pru14, sure kalah. it was tdm's leadership that led to the big win.

    ReplyDelete
  20. Betul tu biarkan Mahathir yg punyai 22 tahun pengalaman establishkan betul mana2 struktur yg perlu diperbetulkan, mantapkan apa yg perlu demi rakyat. 1 2 tahun bukanya lama mana? Ianya nanti memudahkan proses handover to successor...

    ReplyDelete
  21. Tun pelingkup negara.tun pelingkup negara..tun pelingkup negaea..tk caya .tungu dia meninggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon.8:51,...kau pun pelingkup juga.

      Delete
  22. lokman adam bleh pegi meninggal....ikut skali najib ngan kak semah kedalam...kalo bleh semah ngan najis bawak skali macai2 dierang dlm penjara tu...puihhhh

    ReplyDelete
  23. Lokman Adam si pelahap.Hujah dia tak perlu.Apa sumbangan dia pada bangsa?Dia adalah spesis Ku Nan raja pelahap.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com