pages

Friday, May 11, 2018

[JANGAN BERSAMA PENCURI] Tewas ditangan muka baharu


Sembilan nama besar pemimpin parti di Selangor dan Wilayah Persekutuan kecundang ditangan muka baharu.
Kekalahan mengejut mereka membuktikan bahawa rakyat memilih bukan kerana populariti calon sebaliknya mereka mahu perubahan menyeluruh dalam membentuk pemerintahan negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan mengetuai senarai tersebut apabila tewas di tangan calon Harapan, Leow Hsiad Hui dengan majoriti besar 13,391 undi.

Bekas penyandang Parlimen Kuala Selangor yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tewas kepada calon Harapan, Dr Dzulkefli Ahmad dengan majoriti 8,498 undi.

Bekas penyandang Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zuhdi yang mempunyai rekod baik sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut tewas kepada calon Harapan, Muslimin Yahya dengan majoriti 714 undi.

Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Mohd Satim Diman yang juga bekas Ketua Pembangkang di Selangor tewas kepada calon Harapan, Dr Mariah Mahmud di Dun Seri Serdang dengan majoriti 14,363 undi.

Sementara itu, bekas Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mewakili PAS tewas kepada calon Harapan, Ir Izham Hashim di DUN Pandan Indah dengan majoriti 16,386 undi.

Di Kuala Lumpur, beberapa penyandang kerusi parlimen dari BN turut mengalami nasib yang sama apabila tewas kepada calon muka baharu di kawasan sendiri.

Bekas Menteri Kewangan II yang juga penyandang Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani, tewas kepada calon muka baharu Rina Mohd Harun dengan majoriti 4,139 undi.

Bekas menteri Kabinet dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Zulhasnan Rafique yang membuat kemunculan semula di Parlimen Setiawangsa turut tewas kepada Nik Nazmi Nik Ahmad dengan majoriti besar 14,372 undi.

Percaturan BN mengekalkan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Parlimen Lembah Pantai yang sebelum ini tewas kepada Nurul Izzah Anwar di parlimen sama pada PRU13 turut gagal, apabila beliau tewas kepada calon muka baharu harapan, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dengan majoriti 5,598 undi.

Perkara yang sama berlaku di Parlimen Batu apabila calon BN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tewas kepada calon yang bertanding atas tiket Bebas berusia 22 tahun, P Prabakaran dengan majoriti 24,438 undi. - Sinar Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com