SILA KLIK

pages

Sunday, May 13, 2018

Isu menteri kanan: Khairuddin : Apa motif Rafizi bercakap kepada media, JAHANAMKAN PH??

Sepatutnya Rafizi serah saja kepada Ketua yang memutuskan, Tun M bukan sehari dua jadi Perdana Menteri
APA MOTIF RAFIZI RAMLI CAKAP PADA MEDIA MENGENAI PERLANTIKAN 3 MENTERI KABINET BARU?!
Rafizi ramli adalah naib presiden parti PKR!! Apa saja yang beliau tidak puashati; tolong bercakap melalui saluran parti atau Pakatan Harapan secara professional!!
Mengapa rafizi ramli harus meluahkan perasaan tidak puashatinya melalui media?! Apa motif sebenar rafizi ramli?!

Nak kata tak cerdik; dia naib presiden parti PKR!! Nak kata dia tak bijak; beliau banyak mendedahkan isu-isu negara secara berkesan?!

Tetapi dalam isu menzahirkan perasaan tidak puas hatinya mengenai perlantikan tiga jawatan kabinet; beliau pilih untuk bercakap pada media!!
Apakah rafizi ramli sengaja nak jahanamkan struktur perpaduan Pakatan Harapan?! Adakah rafizi ramli hendak bagi rakyat hilang keyakinan pada Pakatan Harapan?!
Sesungguhnya, rafizi ramli ini budak pandai tetapi kurang bijaksana!! Tindakan rafizi ramli amat merugikan Pakatan Harapan kerana ini satu contoh teladan yang tidak baik kepada masyarakat umum!!
Kita ada platform dan saluran dalaman parti yang beliau boleh luahkan apa saja pandangannya secara tertutup!!
Jangan suka buka pekung di dada!!
Saya hendak tanya rafizi ramli apa untungnya beliau suka bercakap mengenai dasar, keputusan serta pendirian Pakatan Harapan melalui saluran media?!
Bagi saya rafizi ramli kena berhenti bersikap buruk seperti ini!! Beliau berhak bercakap mengenai apa saja tetapi jangan sampai boleh membinasakan keyakinan rakyat pada Pakatan Harapan itu sendiri!!
Pakatan Harapan baru menang pru14 dan tolonglah jangan lakukan sesuatu tindakan yang boleh merugikan kita semua!!
Sepatutnya kita kena bijak bersuara melalui saluran yang betul demi menjaga imej perpaduan Pakatan Harapan!!
Jangan hendak ikut selera sendiri yang boleh merugikan Pakatan Harapan!!
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan harus ambil tindakan disiplin keatas sesiapa saja yang suka menegur tanpa guna saluran dalaman yang betul tetapi lebih gemar menggunakan platform media!!
Seikhlasnya, saya amat mencurigai serta kecewa dengan tindakan kurang bijaksana rafizi ramli ini kerana ianya boleh mengundang padah pada Pakatan Harapan secara menyeluruh!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
13 mei 2018

9 comments:

  1. Tahniah dan Syabas Khairuddin idea yang cukup bernas......!!

    ReplyDelete
  2. Sejak 10hb Mei lagi, beliau asyik bercakap dengan media dengan mengatakan "kami akan membentuk kabinet berasaskan...."

    Apa ni???
    Dia cuma seorang Naib Presiden. Nurul, Tian Chua juga naib presiden malah Azmin yg merupakan Timbalan Presiden pun takde cakap apa-apa, kenapa dia lebih sudu dari kuah?

    Katanya, sebaik PH diumumkan menang, beliau telah bersama DSAI utk merangka 'pembentukan kerajaan'.
    Apa ni???

    Siapa sebenarnya Presiden PKR???

    Sebelum menang, asyik cakap soal kesaksamaan, ketelusan... nak bina semula negara, fighting for the nation, for rakyat.... tapi yg kelihatan sekarang hanyalah perangai fighting for jawatan, kuasa, kedudukan... (just like UBN)

    ReplyDelete
  3. Well said boss

    ReplyDelete
  4. terbaik dari khairuddin ... jangan rasa awesome sangat..

    ReplyDelete
  5. Terbaik rafizi..amalan demokrasi tulin..bebas berkata2..bukan ada masalah mcm umno bn..sorpk bawah karpet..itu fesyen lama..terus kan berjuang rafizi..kabinet yg dilantik tu biar la cerdik pandai..melambangkan ketelusah..yg dilaungkan..

    ReplyDelete
  6. Terus ln rafizi..kami pengundi muda dibelakang mu..akan mempertahan kn mu..sepatut nya menteri kabinet letak yg berwawasan,terpelajar..

    ReplyDelete
  7. Ntah..siapa rafizi ni..??ni ke statement seorang naib presiden??dah mcm menteri umno dlu je dia pny statement..mcm mat maselan..menyampah pulak aku tgk si rafizi ni..nak jadi popular sgt ke..??nak popular pegi jd artis la..ni hal pentadbiran negara..tau lah tun m nak buat apa..mcm bagus pulak mamat ni..hormat sikit otai buat keje,selidik dulu betol2..jgn sibuk nk dedahkan sana,dedahkan sini..bangang tu simpan sikit brader..
    Elok gak ko ni ddk jail..

    ReplyDelete
  8. Pasal dia imo sikit tu. Abaikanlah

    ReplyDelete
  9. Kenyataan yang dibuat oleh Rafizi telah dipetik tidak mengikut konteks maksudnya dan dengan itu sesiapa sahaja yang menghentam Rafizi dalam isu ini,termasuklah Khairuddin itulah yang bodohnya bukan kepalang. Sila buka http://rafiziramli.com/2018/05/rundingan-jemaah-menteri-masih-berjalan-dan-belum-dimuktamadkan-2/, baca baik-baik dan fahamilah apa yang telah dikatakannya itu. Ni aku nak tanya, apakah dengan melantik 3 orang menteri kanan tersebut, maka itu adalah merupakan keputusan muktamad? Bukankah akan ada lagi lantikan lain sebelum semuanya menjadi muktamad? Korang gunakanlah otak dengan betul, sebelum menghentam rakan seperjuangan.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com