SILA KLIK

pages

Saturday, May 26, 2018

Ismail Kassim dakwa KELEMAHAN ZAHID, HISHAM punca krisis MB Perlis


Dalam perkembangan terbaru, Datuk Ismail Kassim mendakwa krisis menteri besar Perlis berpunca daripada kelemahan Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan Naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambung Tulang itu mendakwa kedua-dua mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik meskipun BN hanya memenangi dua negeri sahaja pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Kelemahan ini berpunca pucuk pimpinan parti yang lemah selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak letak jawatan. Hishammuddin dan Zahid tak menepati kriteria memimpin parti setakat ini.
“Dan setakat ini, mereka buat keputusan ini, negeri yang sekecil ini... tak dapat diselesaikan dengan bijaksana,” katanya kepada Malaysiakini di luar Balai Polis Jalan Eusoff, semalam.
Malah Ismail turut melahirkan hilang keyakinan terhadap Zahid dan Hishammuddin.
“... mungkin dalam pemilihan agung Umno nanti saya dan rakan-rakan perwakilan akan memikirkan orang baru, yang ada nafas baru untuk memimpin Umno,” katanya.
Ismail turut memberi saranan kepada Zahid untuk mencari orang kanan di kalangan mereka yang menang dalam PRU14 supaya tidak mengulangi kesilapan Najib.
“Datuk Seri Zahid kalau ingin berkuasa, (jadi) pemimpin yang dihormati, pakailah orang di kiri kanan yang menang dalam PRU, jangan pakai orang kalah PRU,” katanya.
Khamis lalu kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis memulaukan istiadat angkat sumpah Menteri Besar Azlan Man kerana mahukan Ismail, adik pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan dilantik ke jawatan itu.
Menyifatkan Azlan tidak mempunyai sokongan majoriti ADUN dan tidak patuh pada keputusan BN negeri, Shahidan 'memecat' menteri besar dan mengisytiharkannya wakil bebas.
Pemulauan majlis itu juga menyebabkan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dan menegaskan tidak mahu seorang menteri besar boneka.
Ismail menafikan menjadi boneka sesiapa dan mencadangkan pihak lain dilantik selain beliau dan Azlan.

4 comments:

  1. Ki ki ki..idan - idan...cukup2 laa..mail..ko nk pilih sapa..tkder hal..tapi klu nk berpuak..pi lompat pbbm laa..ada alu kesah..ko semua mmg tali perut madey.

    ReplyDelete
  2. Tuu..rumah idan tu pi serbu....tngok.ada lagi tak saki baki yg najib bagi utk pru14..tkkan abis kot.

    ReplyDelete

  3. Apa pun nampaknya Raja Perlis tidak mengiktiraf kemenangan BN. Mungkin BN Perlis telah menjanjikan petrol di turunkan kepada 1.50 selitre, tetapi janji tersebut telah dicapatikan oleh BN.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com