innity

pages

Thursday, May 17, 2018

[INI BALASAN DUNIA] Tindakan polis tak wajar! - sumber rapat dengan Najib

Kehadiran polis dengan lebih 12 kereta dan sebuah lori Black Maria di rumah Datuk Seri Najib Razak menimbulkan kemarahan orang yang rapat dengan bekas perdana menteri itu.
Seorang sumber yang bercakap kepada Malaysiakini menyifatkan tindakan polis itu yang dibuat sehari sebelum umat Islam berpuasa adalah tidak wajar.
Sumber itu turut berkongsi gambar Najib yang kelihatan tertidur di sofa dengan masih memakai baju Melayu sama yang dipakai ketika berterawih semalam, sementara pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dikatakan menggeledah rumah bekas perdana menteri itu.
Menurut sumber itu lagi, sebagai bekas perdana menteri, Najib perlu dihormati dalam apa jua situasi.
"Ini sesuatu yang tidak wajar. Kenapa mereka (polis) tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) perlu bersiap untuk sahur," katanya.
Sumber itu juga mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung operasi polis itu yang dilakukan seminggu selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
"Nampak macam pembalasan dendam Mahathir sudah menang. Saya harap dia gembira di mana jua dia sedang tidur sekarang," tambahnya.
Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh Ishar Singh mengesahkan polis menjalankan 'pencarian' di kediaman Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur.
Amar Singh bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
Amar Singh juga dipetik sebagai berkata bahawa operasi serupa turut diadakan di lima lokasi lain, termasuk di Pavillion Residence di Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Operasi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.
Kira-kira pukul 10.30 malam, lebih 12 kereta polis dan sebuah lori Black Maria tiba di kawasan luar rumah Najib.
Susulan itu, timbul spekulasi mengatakan bekas pengerusi BN itu mungkin akan ditangkap.
Semalam, Dr mahathir berkata Najib mungkin akan didakwa dalam tempoh terdekat. Pengerusi HARAPAN itu juga menolak kemungkinan akan membuat tawaran dengan Najib.
Perdana menteri juga mendakwa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu beliau rancangannya untuk mendakwa Najib setelah bekas presiden Umno itu tidak lagi berkuasa.
Abdul gani sebelum ini mengetuai unit khas yang terdiri daripada bekas ketua polis dan pengarah Bank Negara serta SPRM bagi menjalankan siasatan berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib, selain isu berhubung SRC International.

8 comments:

  1. Yang bercakap tu mgkn dah terima dedak juga.

    Sebelum ni dia ada cakap wajar tak wajar ke menyonglap? Wajar tak wajar ke hidup mewah melampau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah mahathir tu hidop mewah bole pulak...

      Delete
    2. Hidup mewah islam tak larang..yg dilarang adalah hidup mewah hasil khianat dan pecah amanah mengambil hak org lain..

      Delete
  2. Tak payah nak marah sangat. Lakonan Najib je tu konon2 tertidur. Cuma yang ni KJ tak join je lakonan kali ni.

    ReplyDelete


  3. Tunggu apa lagi penyokong2 UMNO, 5 tahun lagi jom kita hijrah undi PAS pula, dan lihat berapa harmoni nya pemerintahan PAS...ternyata UMNO dan PH dua kali lima saja ....UMNO pun susah nak bangun...dan mungkin akan di haramkan...dan Tun M tak suka terima bekas ahli UMNO.... so pilihan yang ada cumm PAS saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkaitan PAS..Almarhum TGNA sendiri tidak meletakkan PAS mengatasi perjuangan.

      Menurut anak Almarhum tok guru, Nik Omar:
      “Tok Guru pernah sebut, kalau Umno tukar dasar, PAS terbubar dengan sendiri. Macam mana boleh terbubar kalau benda itu dasar? Maknanya ini (parti) hanya alat atau wadah, jadi bertukar tidak ada masalah."

      So dlm kondisi politik kita skrg ni, mana2 parti ok aja yg penting isi kandungan dan matlamat perjuangan mereka..PAS pon dah tak ketengahkan lg konsep negara Islam dan hudud pon tidak ada lg dlm manifesto mereka..

      malah setiap kali PRU manifesto PAS akan ditukar..dari Negara Islam..selepas tu Negara Berkebajikan..skrg pulak Malaysia Sejahtera..setiap 4 tahun bertukar..kalau nak buat negara Islam, kaji dan selidik kemudian buat roadmap dan kena konsisten perjuangan ni..

      Ramai org Melayu menganggap PAS itu ISLAM dan ISLAM itu PAS..sampai ada yg mengatakan tak sokong PAS tu bermaksud tak sokong@tolak ISLAM..salah ni..PAS hanya sekadar wadah sahaja..

      Bg saya PAS telah gagal dan terpesong dari perjuangan asal mereka..sejak pilihanraya pertama tahun 1955 hingga hari ini PAS masih gagal menubuhkan negara Islam..masih gagal menawan hati kelompok besar bukan Islam..bukan Islam hanya menyokong PAS buat seketika sewaktu mereka dlm pakatan rakyat sahaja..

      2 persoalan di sini:
      1)di mana silapnya perjuangan mereka?
      2)mengapa setelah sedar sistem skrg sukar utk menegakkan kerajaan Islam,namun masih terus menerus menggunakan sistem yg sama (demokrasi kafir) walaupun setelah gagal berpuluh tahun?

      Delete
  4. Pencuri tangkap pencuri apa bezanya?

    ReplyDelete
  5. Najib boleh cabar dimahkamah tak perlu la kita jadi hakim media sosial

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com