pages

Saturday, May 12, 2018

Imigresen: Najib Rosmah DISENARAIHITAM, dari Keluar Negara


Jabatan Imigresen Malaysia memberi pengesahan mereka kini menyenarai hitam nama Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
Dengan keputusan itu bekas perdana menteri terbabit serta isterinya tidak boleh meninggalkan negara ini untuk apa-apa urusan pun, termasuk bercuti.
Kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia itu dibuat sejurus sebelum Najib mengeluarkan kenyataan mengenai rancangannya berehat seketika selepas mengharungi pilihan raya umum ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei lalu.
Dalam kenyataannya Najib yang juga pengerusi BN berkatabeliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas keputusan PRU ke-14 yang menyaksikan Pakatan Harapan (HARAPAN) menguasai Putrajaya.
Ia adalah kekalahan pertama BN - yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan - dalam sejarah negara.
Selain gagal mendapat majoriti di Dewan Rakyat, BN juga kehilangan sebahagian besar negeri di seluruh Malaysia.
Setakat ini BN hanya menguasai Dewan Undangan Negeri Perlis dan Pahang di Semenanjung Malaysia. Kelantan dan Terengganu pula ditadbir oleh PAS.
Semakan melalui proksi luar
Malam tadi orang ramai tertanya-tanya mengenai langkah masa depan Najib ekoran pelbagai perkembangan semasa negara.
Bermula dengan desakan beberapa ketua Pemuda Umno negeri supaya Najib meletakkan jawatan, spekulasi semakin menjadi panas apabila satu imej tangkap layar tersebar di media sosial.
Melalui gambar itu didapati ada dua nama bakal menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di Jakarta, Indonesia.
Nama itu ialah Mr Najib Razak dan Mrs Rosmah Mansor.
Bagaimanapun sumber yang rapat dengan anak bekas perdana menteri kedua Malaysia itu menegaskan pasangan terbabit berkunjung ke Jakarta untuk bercuti.
Sumber itu menegaskan Najib dan Rosmah akan kembali semula ke negara ini selepas percutian mereka selesai.
Pagi tadi pula Malaysiakini melaporkan nama kedua-dua tokoh berprofil tinggi itu didapati disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Maklumat itu diperolehi melalui semakan menggunakan proksi luar negara.
Semakan melalui nombor kad pengenalan Najib (530723-06-XXXX) dan Rosmah (511210-05-XXXX) menunjukkan paparan keputusan cariah tertera ayat: "Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat".
Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali beberapa jam kemudian berkata nama Najib dan Rosmah tidak ada dalam senarai hitam pihaknya.
"Tidak ada sekatan pun setakat ini," katanya ringkas dalam pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.


Sementara itu dalam reaksi segeranya Najib berkata beliau menghormati arahan Jabatan Imigresen berkenaan.
"Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara.
"Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara," katanya.

4 comments:


  1. Saya mmerhatikan btp sgt2 SYIOKnya pnyokong2 PAS trhdp kemenangan mrk dKelantan n Terengganu.

    Saya menulis dgn harapan, tuan2 yg membaca tulisan saya ini boleh memanjangkan tulisan ini sehingga sampai ke telinga penyokong Pas.

    Mrk bersorak gembira, krn Kelantan n Terengganu tlh kembali ke tangan Pas, mereka juga bersorak brtakbir HISTIRIA dgn menyatakan Pas boleh mnjd Kingmaker di Perak.

    Mrk bertakbir sekuat2 ati trhdp kedudukan Dun di Kedah, dgn harapan BN akan ‘join’ mrk @ terwujudnya kerajaan campuran.

    Saya ada bayangan trhdp apa yang akan berlaku, berikut ini bayangan saya.

    KES 2.6B KE POKET NAJIB

    Seperti kata Tun M, “kami tidak ingin untuk membalas dendam, ttpi kami akan memartabatkan undang2”.

    Tun M Dan seluruh MP yang Menyokong PH, setelah mengangkat sumpah sebagai PM ke-7 di Malaysia, setelah mengisytiharkan barisan Kabinet Menteri, pertama2 sekali akan membuka siasatan trhdp 1MDB.

    Satu public inquiry akan dibentuk diketuai oleh kolenel bebas, akan diberikan mandat diRaja, akan menyiasat habis2an semua angka2 yang terseleweng dlm 1MDB.

    Semua angka2 ini akan dijejaki sehingga ke titisan akaun yg terakhir, sampailah ke akaun Najib bgmn 2.6 bilion boleh msuk ke akaun peribadinya.

    Dari akaun Najib,dijejaki duit rakyat berkenaan tentang siapa yg tlh menerimanya, trmsuklah pemimpin Pas yang dituduh menerima RM90 juta.

    Semua ini pasti akan diketuai oleh Sdr Rafizi Ramli, dan dlm Public Inquiry DiRaja ini semua yg terlibat akan dipanggil utk mendedahkan akaun dan transaksi masing2.

    Hasil daripada Public Inquiry DiRaja ini, akan dirumuskan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk dibuka kes di Mahkamah Persekutuan, atau secara terus kpd Mahkamah Persekutuan Malaysia.

    KES DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

    Sekiranya kes berada di Mahkamah Persekutuan, maka yang dituduh berkenaan akan didakwa.

    Semua duit 1MDB yang masuk ke akaun peribadi masing2, termasuk ke dlm akaun peribadi pemimpin Pas atau akaun Pas sendiri, akan diaudit pergi ke manakah duit rakyat ini.

    Jika duit rakyat ini dijejaki dan disahkan digunakan untuk kempen pilihan raya ke14, sama ada oleh BN, atau Pas, satu permohonan rasmi akan dibuat oleh Suruhanjaya Pendengaran Awam DiRaja untuk MEMBATALKAN kemenangan wakil2 Pas n BN, sama ada utk kerusi Dun mahupun Parlimen.

    JIKA ITU BERLAKU

    Akan berlakulah pilihan raya baharu trhdp semua kerusi2 Dun n Parlimen baik dimenangi Pas atau Umno. Kerajaan negeri Kelantan n Terengganu akan diisytiharkan tidak sah.

    Kali ini, penyokong Pas akan mengetahui bgmn rupanya hati ulama2 Pas, n BEJATnya sandiwara ulama2 Pas.

    Kali ini mrk akan menelan sesuatu yg terlalu pahit, semua ludah mrk trhdp Parti AMANAH Negara akan mnjd satu igauan ngeri. TerBOGEL habis semua yg selama ini disembunyikan oleh ulama2 Pas melalui hadis2 ayat al-Quran yg digunakan utk mmperbodohkan penyokong tegar mrk.

    JIKA BERLAKU PILIHAN RAYA SEMULA

    SPR akan diganti dengan kepimpinan baru, barangkali Datuk Ambiga akan diangkat mnjd pengerusi.

    Pada waktu tersebut, pilihan raya tidak lagi mnjd pilihanraya blackout, ttpi pilihan raya paling telus.

    Dahulu sebelum PRU ke-14, kita dimasukkan kdlmm neraka oleh pendokong2 PAS.

    Kali ini, mereka berdepan dengan “neraka” yg mrk cipta. Pemimpin Pas yang terlibat dlm mengambil 90 juta akan diadili sebaik2nya melalui lunas undang2 Msia.

    Kali ini Kelantan n Terengganu akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan, Kelantan kembali dikemudi oleh Nik Omar manakala Terengganu, well, nanti pilihlah antara mrk.

    Semua kerusi2 Pas n Umno yg dimenangi, akan bertukar kpd PH.

    Kali ini penyokong Pas akan mempelajari sesuatu yg sgt penting dlm siasah Islam, iaitu Islam diperjuangkan melalui Integrity/amanah, akhlak trlebih dulu.

    Itulah bayangan yg saya rasa akan trjd.

    Sbb itu Husam Musa tak mengomel berkenaan kekalahan mrk, sbb tahu, inilah yg akan berlaku kelak slps 6 bulan PH memerintah Persekutuan.

    Sesungguhnya inilah bayangan yg bakal trjd.

    Penyokong tegar Pas, berdoalah ini akan trjd, n anda akan lihat sendiri, akhlak ulama2 Pas yg anda puja2, melambong tinggi!

    ReplyDelete
  2. saya pun mempunyai pandangan hampir sama dgn tuan, kita tunggu dan lihat pergerakan sistem perundangan Malaysia yg telus membongkar keseluruhan kisah 1MDB bersama rakan2 kongsi wang curi sampai kepenghujungnya.

    ReplyDelete
  3. Rizal mansor yang jadi barua rosmah tu mana. dia tu pun patut masuk lokap awal2. spesis mangkuk hayun

    ReplyDelete
  4. Harap dato najib terima la Ape pun. Terutama ape Yg tak terjawab isu2 panas Dan Seolah senyap begitu saja. Tapi bila tengok gambar Yg mereka menunggu disubang Dan menyekat kereta Yg keluar masuk, bagi saya la, Itu agak keterlaluan. .. Ada juga masa Sebelum pru lalu, org BN kata kT saya, cara mereka serang Tun agak melampau.. Tapi Ini Mungkin Kata org hukum karma. Biar pihak berwajib jlnkan tugas mereka... Insyaalah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com