pages

Monday, May 14, 2018

GST Tidak Perlu Dimansuh, CUKUP meng"ZERO RATED"


Jika GST itu merugikan rakyat, ia tidak perlu dimansuhkan, CUMA CUKUP dengan meng 'zero rated' semuanya kerana setiap peniaga dan syarikat yang telah terpaksa mengaplikasi sistem gst dalam sistem akaun dan POS masing-masing ( semua itu dengan kos), jika pemansuhan dilakukan mereka bakal menanggung kos tambahan untuk mengemaskini sistem dan akaun. Justeru, mengosongkan kadar adalah lebih mesra peniaga dan pengguna sekaligus.

Kemudian, jangan biarkan SST pada kadar 5 atau10 % tetapi perlu lebih rendah dari 5 %. Jika tidak SST bakal menjadikan harga meningkat juga akhirnya kerana peniaga bakal menjadikannya alasan untuk menaikkan harga dengan SST dikira sebagai kos mereka. Akhirnya nanti menjadi formula yang rosak. 

Selain itu, kerajaan perlu dengan segera membuat kira-kira unjuran kehilangan hasil negara dari sumber GST dan cara bagaimana pemotongan kos operasi kerajaan agar tidak negatif kelak.

Atau mungkin, boleh kekalkan GST pada servis dan barangan mewah terlebih dahulu buat sementara waktu menstabilkan pendapatn kerajaan dan perbelanjaan. Ini kerana orang berstatus T20 mungkin jarang melihat resit pun ketika membeli. Ertinya, mereka tidak kisah sangat dan sanggup menanggungnya berbanding kumpulan M40 dan B40.

Sekadar pandangan umum selaku peniaga.

#DrZaharuddinAbdRahman

5 comments:

  1. Dah mansuh GST tunai kan saja janji PRU tak payah berdolak dalih lagi.

    ReplyDelete
  2. Mansuhkan saja..memang meniaga cmtu..kalo tak mau risiko baik takyah niaga..masa untung tak pulak merungut..kalo letak zero je senang je sesiapa nk tambah angka kedian hari

    ReplyDelete
  3. Dua tiga hari ni ramai betul ahli-ahli/pakar ekonomi dan kewangan yang tidak terpilih masuk dalam Council of Elders memberikan idea/desakan tentang apa yang kerajaan perlu buat.

    Kalau tak silap saya, PH membentuk kerajaan yang sah pada 10hb Mei 2018. Ari ni 14hb. Maknanya baru masuk hari ke 4.

    Agaknya mereka rasa Council of Elders yang baru dibentuk 2 hari lepas TERLALU PERLAHAN buat kerja dan mereka mampu melakukan semua kerja pembaikan ekonomi negara dengan lebih cepat.

    Adoiii.... kata peribahasa omputeh, too many cooks will spoil the food. (ramai sangat tukang masak akan merosakkan masakan).

    Kut yer pun ... sabar laa... orang tua buat kerja mmg nampak slow sebab mereka pikir panjang, utk hasilkan yg terbaik.

    Orang muda nak semuanya cepat.... hmm..hmm..

    ReplyDelete
  4. Orang cakap pasal perlaksanaan pemansuhan gst kaedah yang terbaik. Yang kau bodoh sangat apahal???

    ReplyDelete
  5. Ini Dr pun tak faham apapa,, baik duduk diam,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com