SILA KLIK

pages

Tuesday, May 15, 2018

Disenarai hitam? Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan



Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kini dilarang keluar dari negara.

Selepas menyemak nombor kad pengenalan mereka di semakan status perjalanan Jabatan Imigresen, Malaysiakini mendapati keempat-empatnya tidak termasuk dalam kategori "tiada halangan".

Apandi didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB, walaupun dinafikannya. Apandi memulakan cuti 30 hari tanpa rekod hari ini.

Irwan Serigar adalah pengerusi 1MDB. Beliau merupakan saksi utama dalam kedua-dua siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) terhadap syarikat itu.

Dzulkifli pula menjadi ketua pesuruhjaya bermula 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Peranannya dalam siasatan 1MDB tidak dapat dipastikan secara jelas.

Selepas menjadi perdana menteri minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ramai individu yang terlibat dengan skandal 1MDB, termasuk pihak berkuasa yang menyembunyikan bukti, telah disenarai hitam daripada ke luar negara.

Mahathir juga mengesahkan beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk keluar dari negara. - MK

4 comments:

  1. masa buat fitnah keliling dunia kerajaan bn tidak pernah senarai hitsm sesiapa pun tapi sekarang belum lagi dibawa ke mahkamah tuduhan lun belum dibuat sudah disenaraihitamkan oleh tun. malaysia jadi negara polis semula seperti dizaman pemerintahanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa suruh kita semua bodoh pilih Najib Razak dulu. Dah mereka semua ada kes, kalau biarkan kau jugak yang bodoh nanti!!!

      Delete
    2. bang..nak komen tu biar ada ilmu..siasatan sedang dijalankan..haruslah larangan ke luar negara dikenakan ke atas mereka..once dah settle, kalau tak ada kes larangan akan ditarik balik..

      Negara polis tu time zaman pm kau yg lepas la..komen lebih sket kena dakwa kat mahkamah..kena sekat mcm2..tgk mcm mana air asia kena paksa sokong gomen sudah la..

      Terima la hakikat BN dah kalah..

      Delete
  2. tringat satu kes tu baru belon je da kena...bila baling C4 ok pulak..

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com