innity

pages

Tuesday, May 15, 2018

Dikala Ada Membilang-bilang Helai Wang, Mereka TERGAMAK Pakai Jam Harga Puluhan, Ratusan Ribu RInggit


Gambar-gambar hiasan


Apabila membaca kisah sesetengah kaum wanita, ataupun lelaki di dunia ini yang membeli beg atau jam tangan dengan harga ratusan ribu, bahkan sehingga hampir satu juta untuk setiap satu, kita menjadi hairan. 

Lebih hairan lagi apabila membaca berita mereka memiliki puluhan bahkan ratusan beg atau jam seperti itu. 

Tidak pernah puas. 

Bukan sahaja kita hairan dengan kekayaan yang maha luar biasa itu, kita juga hairan apakah kegilaan yang ada dalam fikiran mereka. 

Bukan ramai orang yang boleh tahu harga beg-beg atau jam-jam itu untuk dibanggakan. Kemudian, jika pun ada yang tahu, tidakkah itu satu pembaziran yang keterlaluan. 

Jika satu ataupun dua mungkin munasabah. Tapi jika sampai puluhan dan ratusan, amat menghairankan.

Di kala orang lain membilang-bilang helaian wang yang berbaki dalam poket mereka untuk membolehkan mereka terus hidup, tergamakkah kita membeli barangan seperti itu dengan harga yang membolehkan diberikan makanan kepada jutaan fakir miskin. 

Ini puncanya tidak lain hanyalah kerana nilai kesombongan dan sikap ingin menunjuk-nunjuk kemegahan diri dibandingkan oleh lain. 

Maka, dengan itu kita fahamlah mengapa Al-Quran menyatakan PEMBAZIR itu SAUDARA SYAITAN. 

Dosa-dosa lain disebut sebagai jalan atau langkah syaitan. 

Namun, pembazir dipersaudarakan dengan syaitan. 

Ini kerana ia memusnahkan nilai dalam diri kita, boleh memusnahkan masyarakat dan memusnahkan NEGARA keseluruhannya. 

Bulan Ramadhan elakkan pembaziran.

😥😭😭😭😭😭😭 Tulisan Oleh: 

11 comments:

  1. jijah jam omega abang mana haaahh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat dlm almari baju bini lu..

      Delete
    2. Kat dlm almari baju bini lu..

      Delete
  2. Jet peribadi lagi mahal

    ReplyDelete

  3. Apa ni DrMAZA, jet peribadi yang lagi besaq daripada gajah hang tak nampak ke??? Jangan jadikan ulamak ulam mamak.... Buat malu ulamak yang original saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jet peribadi? Chartered la bingai..
      Kecik2 tak nak pi sekolah..dah besar mcm ni la..well dah kalah kan..mcm tu la...

      Delete
  4. Mencari Ramli..ehhhh silap. Mencari BADAK

    ReplyDelete
  5. Oooiii..gst mana...gst mamaaa..minyakkk murahhj manaaa..tol free manaaa jngan devert...pemompin ph tk pakai jam mahal keee...gst gst gst gst gst gst
    Gst
    Gst
    Gst ki ki ki.looserrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kalah tu terima je laa..
      Pi baca laporan audit 1MDB dulu..sibuk ja melalak kat sini..syoh..syoh..

      Delete
  6. Bagi saya tak menghairankan jika Yg Pakai tu ahli perniagaan Yg mempunyai harga Yg melimpah ruah. Masa saya masih makan gaji, Lebih Kurang tahun 2007. Saya pernah berkawan dgn Satu anak tokey Yg mempunyai beberapa syarikat. Salah satunya syarikat pengangkutan. Saya sebagai supervisor, anak Dia manager.. Tapi tgk anak bapak tak beberapa baik. Menurut driver Yg Dah lama Dan diakui sendiri anak tokey ni. Puncanya bapa Dia pernah belikan jam Rolex Yg Dia tak nak cakap harga dia. Do Cuma Kata harga dia sama dgn 2 biji kereta proton baru. Tak taK tau la Yg model ape. Pagi bapak dia kasi, masa tu Di Kaki syabu.. Malam tu juga, Demi sahut cabaran Rakan2, dia boleh barai kan jam tu. Akibatnya bila Dia bangun pagi, Akibat terlalu khayal.. Dia tgk banyak part Yg hilang. Dia rasa Mungkin emas.. Sejak tu bapa Dia tak bagi ape pun. Nak Beli sendiri... Saya pun lama tak Jumpa Dia. Tapi bagi ahli politik boleh Pakai brg mahal2 tentu la banyak persoalan.. Mcm Tun cakap. Saya dulu PM. Saya tau gaji PM tak banyak.. Jadi point Dia. Selidik la Dari mana dtgnya .. Rakyat memerhati .. Kalau hadiah utk ape .. Sekadar berkongsi cerita...

    ReplyDelete
  7. Kalau duit banyak apa2 pun boleh, Sultan Brunei ada berbaris2 kereta mewah... Org Arab kereta sadur emas! Tapi eloklah jgn membazir...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com