pages

Wednesday, May 30, 2018

[DENDAM KEJI PAS] Pas Mahu PH tidak dendam, TAPI Pas telah Lunaskan 2 Dendam


DENDAM 1 PAS


Nik Omar dilarang jadi imam Masjid Tok Guru


Anak bekas Musyhidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz berkata beliau tidak lagi dibenarkan menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru,  berikutan keputusannya menyertai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Katanya, selain menjadi imam, beliau sepatutnya menggalas tanggungjawab menyampaikan kuliah Maghrib setiap malam Rabu dan Khamis, serta waktu Subuh pada Jumaat, hasil pembahagian tugas adik beradiknya secara tidak rasmi selepas pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Cuma Subuh (pagi) tadi, adik ambo (saya), Nik Abduh terus menjadi Imam dan memberi kuliah. Selepas itu dia bersalam (dengan saya), cumo ambo kata tidak apakah bersalam, tidak najis ke ambo?
"Dia (Nik Abduh) kata ini keputusan keluarga. Jadi ambo tidak dibenar menjadi imam dan bagi kuliah di situ. Bermakna ini harga yang terpaksa ambo tanggung.
"(Apapun), apabila saya pergi (menyertai PH), tidak akan undur ke belakang," katanya ketika berucap pada Kuliah Pagi Jumaat di Wisma Tok Guru.
DENDAM 2 PAS 

Husam, Wan Abdul Rahim dilarang masuk premis kerajaan, istana


Kerajaan Kelantan mengesahkan mengedar pekeliling larangan terhadap Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Husam Musa dan Pengerusi Amanah negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, daripada memasuki semua Jabatan Kerajaan Negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhamad, berkata pekeliling itu diedarkan kepada lebih 2,000 kakitangan kerajaan negeri, semalam.
Katanya, kedua-dua individu itu turut tidak dibenarkan memasuki enam istana di negeri ini.
"Saya menerima arahan untuk menghalang mereka dari memasuki Kompleks Kota Darulnaim, semua jabatan negeri dan juga enam istana termasuk Istana Telipot, Istana Kota Lama dan Istana Balai Besar.
"Jika mereka ingin memasuki tempat ini kerana urusan penting, mereka mesti mendapatkan kebenaran," katanya ketika dihubungi NSTP.
Ketika ditanya mengenai punca pekeliling dikeluarkan, Nazran bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, Wan Abdul Rahim ketika dihubungi, berkata beliau sedih dengan keputusan itu namun menerimanya dengan hati terbuka.
"Sudah tentu perkara itu memeranjatkan saya dan sebagai rakyat yang setia, saya akan mematuhi arahan itu. Saya mengetahui perkara ini selepas ianya viral dalam media sosial sejak semalam.
"Saya percaya Husam juga mengetahui tentang larangan itu dan menerimanya," katanya.



2 comments:

  1. Parti PAS jangan bersalahan faham jika sekiranya parti PH yg memerintah hari ini memberikan kuasa dan tugas kepada Nik Omar, Husam Musa dan Wan Rahim untuk menyalurkan kewangan kerajaan pusat seperti gaji penjawat awam kepada mereka bertiga.

    Mu nak cakap apa?

    ReplyDelete
  2. Pas parti spesis cakap tak serupa bikin, kuat berdendam hati hitam gemar anggap org lain lekeh hanya 'Dia' saja yg suci konon.
    Ini sifat munafik yg paling nyata ada pada Pas mana dia nak mengalah cakap berdegar- degar kuat mengutuk, maki hamun malah berangan-angan gila babi macam negara ni tulin islam dan dia saja yg hidup dlm negara dan bumi ni...ini ke contoh islam yg syumul atau islam acuan PAS?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com