pages

Tuesday, May 29, 2018

(DEMOCRAZY) HALANG Husam Musa, Wan Rahim Masuk Pejabat Kerajaan TIDAK Munasabah


KOTA BHARU: Larangan terhadap dua pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) dari memasuki semua jabatan kerajaan negeri dan enam istana di Kelantan dianggap pelik serta tidak pernah berlaku dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, berkata larangan yang dikeluarkan menerusi edaran pekeliling kepada kakitangan kerajaan negeri kelmarin terhadap Naib Presiden AMANAH, Husam Musa dan Pengerusi AMANAH negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang dianggap tidak wajar dan tidak munasabah dengan menghalang mana-mana individu untuk berurusan dengan agensi kerajaan.
"Kami tidak tahu punca arahan itu dikeluarkan sebab setakat ini tidak menampakkan sebarang krisis dengan kerajaan negeri mahupun pihak istana.
"Kita menghormati larangan dari memasuki istana kerana ia adalah kawasan peribadi tapi premis kerajaan adalah tempat awam.
"Pekeliling ini amat tidak wajar lebih-lebih lagi apabila membabitkan larangan kepada pimpinan parti yang memerintah Kerajaan Persekutuan sekarang untuk memasuki mana-mana premis kerajaan untuk menjalankan urusan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
NSTP hari ini melaporkan dalam pekeliling yang dikeluarkan pada 27 Mei lalu, dua pemimpin AMANAH terbabit disenaraikan antara yang dilarang memasuki Kompleks Pejabat Kerajaan di Kota Darulnaim, semua pejabat Kerajaan Negeri Kelantan dan enam istana di negeri ini.
Pekeliling itu turut memberi amaran mana-mana pegawai kerajaan yang ingkar arahan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Kelantan (Kelakuan dan Tatatertib) Tahun 1996 atau mana-mana peraturan yang berkuat kuasa serta merta.
"Kita tidak melihat dari sudut dendam tapi daripada segi pentadbiran ia amat tidak wajar sebab tiada dalam sebarang peraturan dan akta malah hukum Islam sendiri yang boleh menghalang seseorang individu untuk berurusan dengan jabatan kerajaan kecuali ada sekatan dari mahkamah.
"Kita serah kepada rakyat untuk menilai sebab ini adalah satu sikap yang ditunjukkan oleh sebuah kerajaan yang mendakwa menjadikan Islam sebagai dasar pentadbiran malah melihat ini adalah satu percubaan untuk mewujudkan satu hubungan tidak harmoni antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri," katanya.

7 comments:

  1. Tengok dari sudut perlembagaan samada berlawanan atau tidak. Kalau jelas ambil je tindakan undang-undang. Tak guna bertekak dengan puak tu melalui sosial media.

    ReplyDelete
  2. Mana ahli politik yg bersuara bila paria hindraf mintak mcam2 ...mana rafizi mana anwar..aku dh agak dh dua ekor ni sebenarnya bacol...dgn paria pun takot...yg kali korang dok diamdiam la dari metapu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan PAS pasca ATGNA adalah kerajaan laknat dipacu oleh puak khawarij. Kalau ditakdirkan PAS memerintah Malaysia dengan cara kamu berhujah, habis punah ranah negara.

      Delete
  3. Ini undang2 kera.Inilah keRAJAan yang bodoh.

    ReplyDelete
  4. Guano nnarak ggitu moh nah tuuu...?

    Bulae bulae poso ni nok bbaloh doh ko? Tokde okk tunggu rrayo dulu ko?
    Tok malu ko Jibril Alaihissalam ko?
    Jibril nok turun ke bumi tok lamo lagi tuu...

    Kita ppakat ppakat peringat la deh adik kakok belako..

    ReplyDelete
  5. Kerajaan Isle ??
    Ini Islam mazhab baru ke ?

    ReplyDelete
  6. Mabuk kuasa orang PAS ni, Mohon kepada kerajaan PH,

    Mulai hari ini,untuk berlaku adil, segala kewangan, perbelanjaan urus tadbir, bantuan kerajaan negeri kelantan dan terengganu disalurkan kepada, melalui Husam Musa dan Wan Rahim untuk diagih agihkan, bermakna kerajaan negeri kelantan dan terengganu perlu berjumpa dengan Husam Musa dan Wan Rahim.

    Kenapa? tak masuk akal? undang2 boleh digubal untuk kedua mereka diberi mandat; InsyaAllah PH boleh lakukan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com