SILA KLIK

pages

Tuesday, May 15, 2018

[CIS, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA] Khairy kesal tidak bercakap benar kepada Najib



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kesal kerana tidak berterus terang dengan bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tentang akar umbi yang menolak parti itu, selepas bekas timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipecat.

Menerusi satu temubual eksklusif yang dipetik oleh Channel News Asia, Khairy menjelaskan Umno tidak boleh membiarkan pemimpin terpisah dari realiti dan tidak menyoal soalan yang sukar.

Tambah Khairy lagi, jika Umno meneruskan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin dari daripada kebenaran, maka parti keramat melayu itu akan pupus.

Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie digugurkan dari barisan kabinet Najib selepas mereka lantang mengkritik secara terbuka skandal 1MDB.

Muhyiddin kemudian membuat kemunculan semula dengan menjadi Presiden BERSATU, yang menjadi komponen pakatan Pakatan Harapan, manakala Shafie pula menerajui Parti Warisan Sabah.

4 comments:

  1. Tapi pemimpin umno Masih dgn sikap bongkak walau pun dah tewas . Buat pemimpin umno yg menjahanam kan umno adalah korang semua.Bukan TS Muhyiddin,Dato ShaFie Afdal Dan D.Mukhriz yg sedaya upaya Cuba menyelamatkan umno ketika itu.Tapi korang lah yg jadi penghalang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. statemen paling bongkak yang aku tak leh angkat bila mak lembu ckp "jgn cuba memperlekehkan umno kelak terima la bala dari Allah"...nah kau sekarang masin mulut kau bala terbalik pada umno hehehe sampai lingkop dibuat NYA.

      Delete
  2. SATU PENYESALAN YANG X AKAN MENGUBAH APA2..SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN APALAH GUNANYA?KALAU LAH PERKARA INI DISUARAKAN DARI DULU, DAH TENTU UMNO XKAN JADI LAGU NI..KALAU DARI AWAL DSN UNDUR DIRI, DAH TENTU TUN MAHATHIR XKAN TUMBANGKAN UMNO..TAPI APA NAK DIKATA KAN LAGI?NASI DAH JADI BUBUR..KESIAN TUN MAHATHIR TERPAKSA TUMBANGKAN PARTI DIA SENDIRI DEMI SELAMATKAN NEGARA KITA.AKU YAKIN DIA SENDIRI X MAHU BUAT LAGU TU, TAPI APA NAK BUAT, KEPENTINGAN NEGARA ADALAH JAUH LEBIH UTAMA DARI KEPENTINGAN PARTI.SEMOGA ALLAH AZZAWAJAL PANJANGKAN UMUR TUN DAN MERAHMATI BELIAU SELALU, AMIIN..

    ReplyDelete
  3. Khairi ni masih tak sedar2. Bukan kerana tak berterusterang pada dsn tapi orang dah meluat, menyampah tenguk korang memimpin umno. penuh dgn pembodek,bongkak dan kesombongan. semua dalam MT mesti berambus. bagi orang baru, mungkin umno boleh pulih. selagi zahid, hisham dan korang semua kat situ, umno akan mampos.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com