SILA KLIK

pages

Friday, May 11, 2018

BUKTIKAN! Sultan Perak bagi Tempoh hingga Esok

Kenyataan Media yang tersebar yang dikatakan dikeluarkan oleh Presiden Pas. Walau bagaimanapun, ia masih belum dapat disahkan kebenarannya.


IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberikan tempoh sehingga esok (Sabtu) kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Anggota Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata BN diberi masa sehingga pagi esok manakala PH sehingga 2 petang esok untuk membuktikan kedua-dua parti mempunyai 30 kerusi DUN.

"Mengikut laporan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pakatan Harapan mempunyai 29 kerusi jadi Sultan Nazrin menawarkan pilihan pertama untuk pakatan itu menubuhkan kerajaan dengan syarat ada majoriti mudah 30 kerusi.

"Bagaimanapun, pagi tadi pejabat Sultan menerima surat daripada BN memaklumkan mereka ada majoriti mudah iaitu 27 kerusi DUN BN dan tiga kerusi DUN PAS.

"Daripada surat itu dinyatakan setuju tubuh satu kerajaan bersama BN. Bagaimanapun Sultan mahu kesahihan kandungan surat itu dan meminta BN membawa bukti dan sokongan 30 Adun pagi esok," katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta di sini Sabtu.

Untuk menubuhkan kerajaan negeri sesebuah parti memerlukan majoriti mudah sebanyak 30 kerusi daripada 59 kerusi DUN yang ada.

Mengulas lanjut, Mohd Annuar berkata sekiranya PH tidak dapat membuktikan mereka mempunyai majoriti mudah, Sultan Nazrin tidak akan menangguhkan pembentukan kerajaan petang esok.

"Sultan perlu berpandukan perlembagaan,” katanya.

Terdahulu, kepimpinan Pakatan Harapan negeri terdiri daripada Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming; Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi; Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nor Manuty dan Pengerusi Pakatan Harapan Perak Ahmad Faizal Azumu mengadakan pertemuan dengan Sultan Nazrin.

Kesemua mereka memasuki perkarangan istana kira-kira 3.25 petang tadi dan keluar setengah jam kemudian.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu lalu, PH yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah berjaya memenangi 29 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri, sementara Barisan Nasional 27 dan PAS (tiga).
-Bernama

7 comments:

  1. Saranan terbaik, tanpa pembangkang, semua bekerjasamas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saranan yang bodoh oleh orang tua yang bodoh. Kau hina Anwar, kau hina Tun M, kau bela pencuri duit rakyat, sekarang kau ingat kami nak gadai prinsip???

      Delete
  2. Jika terlepas peluang kali ini.

    Peluang kedua adalah apabila umno diistihar bubar.

    Bersandarkan keputusan Sultan Kedah, MB adalah dari kalangan parti8 yg mendapat majoriti dan pembentukan kerajaan campuran menjadi faktor pengurusan kemudiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika UMNO diisytihar bubar maka pesaing yang mendapat undi kedua terbanyaklah yang layak menjadi ADUN atau AP, tanpa perlu diadakan PRK. PRK hanya perlu diadakan jika wakil rakyat meninggal dunia, melepaskan kerusi wakil rakyat, dijatuhi hukuman oleh mahkamah atau jatuh muflis. Konarlah ikut mana pun, UMNO/BN sedang menghadapi risiko itu.

      Delete
  3. Suburkan demokrasi dengan politik yang matang.Hakikat bahawa parti pakatan adalah yang terbaik harus diterima oleh semua pehak.Jadi sebaik nya menteri besar adalah dari pakatan

    ReplyDelete
  4. Entah la. Idea tu pun mcm emmm... Takpe la. Kita serah je Kat kebijakkan sultan. Harap tak perlu la sampai nak diadakan pilihanraya negeri.. Jadi membazir... Bincang la elok2 . Tapi kalau pas nak join Umno, ape Kate pengundi mereka. Mungkin ramai Yg tak setuju... Kalau ph tak bleh ke, Pasal ikut walaupun takde 30. Tapi mereka paling banyak Setakat ni . Dan ape cerita Yg Umno ni akan diharamkan.. Cuma Tanya....

    ReplyDelete
  5. SARANAN TERBAIK? TERBAIK APA? RUJUK KENYATAAN HADI SELAMA INI TERHADAP PAKATAN HARAPAN.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com