pages

Monday, May 14, 2018

APA ASAS AMPUNKAN ANWAR, dia disabit kesalahan jenayah: soal Bekas KETUA HAKIM NEGARA


13 Mei 2018
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoalkan prinsip dan asas diguna pakai bagi membolehkan Lembaga Pengampunan memberi pengampunan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Hamid berkata, hal ini kerana Anwar disabitkan de­ngan satu kesalahan jenayah dan kini mahu diampunkan semata-mata bagi membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya kecil dan menjadi ahli Parlimen.

Soalnya, adakah itu satu alasan yang mencukupi dan berpatutan bagi membolehkan Lembaga Pengampunan membe­ri pengampunan.

“Jika jawapannya ya, maka jika selepas itu ada pula seorang banduan lain yang meminta diberikan pengampunan untuk membolehkannya bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi ahli Parlimen. Adakah atas asas sama dia juga akan diampunkan? Jika tidak mengapa?

“Satu misalan lagi, jika seorang ahli Parlimen disabitkan kerana kesalahan jenayah, adakah dia akan diampunkan supaya boleh terus menjadi ahli Parlimen? Jika seorang (banduan) yang hendak bertanding diampun, dia (ahli Parlimen disabitkan kerana kesalahan jenayah) ten­tu lebih layak diampun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid menegaskan, beliau tidak mempersoalkan sama ada Anwar patut diampunkan ataupun tidak sebaliknya hanya menyoal tentang asasnya.

Berikutan itu, beliau mengingatkan Ahli Lembaga Pengampunan supaya memikirkan tentang aspek tersebut dan setiap jawapan perlu konsisten bagi mengelakkan daripada berlakunya ketidaktelusan.

Perlu diperingatkan terlebih dahulu bahawa dalam tahun 2004, sayalah yang menulis alasan penghakiman majoriti Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar daripada sabitan kes liwat pertamanya.

“Itu saya lakukan semata-mata berdasarkan keterangan yang dikemukakan di mahkamah dan undang-undang yang ber­kenaan,” katanya.

10 comments:

  1. Yg bg pengampunan YDP agong..bukan lembaga pengampunan..agong is above the lembaga..it his prerogative..apa mau kecoh?

    ReplyDelete
  2. baca betul betul atas asas apa pengampunan tu... tak kan nak bagi kat atok pulak... hadooiii iii..

    ReplyDelete
  3. Betul jangan tersilap membuat keputusan , undang2 harus adil pada semua
    Jangan jadi seperti UMNO BN undang2 jadi bahan mainan politik
    Raja sebenarnya tak ada kuasa apa pun cuma ada dalam perlembagaan.
    Raja pun tak pernah ambil tahu tentang keperitan rakyat atau kesusahan serta rintihan rakyat,,
    Belum pernah terjadi raja raja membuat mesyuarat tegempar memanggil menteri menteri agar memberi satu tindakan segera kepada keluahan rakyat,,
    Jika raja atau sultan mengabil berat kpd rakyat nescaya rakyat juga akan mengambil berat kp raja,,

    ReplyDelete
  4. korang yang bangang, Bekas hakim ni mahu kita buat semua perkara bepandu undang2, sebab apa saja yang kita buat hari ini akan jadi teladan dalam kes2 pada masa akan datang. Bukankah PH mahu jadi kerajaan lebih baik dari BN, Kenapa nak langgar awal2 lagi undang-undang? PH=BN sama haprak?

    ReplyDelete
  5. Najib mencuri tak pulak hakim ni cakap apa2.. Diam membatu

    ReplyDelete
  6. apa masalahnya seseorang itu diampun? sblm ini ramai banduan sudah diampun oleh Agung dan Sultan2. Knp bila tiba pd Anwar je semuanya nk tunjuk hero bg kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..lu punya nasib lu makan dia punya nasib dia makan apa salah ke makan sama sama..

      Delete
  7. Asas paling utama adalah, semasa perbicaraan itu dulu, hakim bicara telah menolak permintaan peguambela memanggil Najib setan itu menjadi saksi. Ini ketua hakim membuat pertanyaan seolah-olahnya baru lepas pekena air daun.....

    ReplyDelete
  8. Enter your comment...Bodohnyr hakim.Sebelum ni Agong x de bg pengampunan pd pesalah ke?

    ReplyDelete
  9. Bodo nye yg bg komen macam pandai..fungsi lembaga pengampunan ialah mengusulkan pada ydp memohon pekenan pengampunan seseorang banduan..tetapi ada peraturan sop dan alasan yg berasas sblum kemukakan permohonan pengampunan bagi seseorang banduan kepada YDP..betullah pertanyan bekas hakim ini hanya tanya apa asasnya,tak yah nk pertikai bagai nate bodo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com