pages

Monday, May 21, 2018

Anwar Mahu HAPUSKAN Keistemewaan Orang Melayu


BANGI, 4 Ramadan 1439H, Ahad – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya dasar tindakan afirmatif terutama Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di negara ini dihapuskan.
Beliau dalam satu wawancara bersama akhbar antarabangsa, AP berkata, satu program baharu perlu diwujudkan untuk membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum.
Anwar berkata, orang Melayu yang kurang kemampuan akan menerima manfaat lebih banyak daripada dasar berkenaan.
Katanya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimulakan pada tahun 1971 berikutan rusuhan kaum sewaktu peristiwa 13 Mei 1969 yang tercetus akibat perasaan prejudis dan tidak puas hati antara kaum, lantaran ketidakseimbangan ketara dalam ekonomi dan status sosial.
Dasar afirmatif seperti DEB merupakan satu dasar yang memberi sedikit keistimewaan kepada kaum peribumi dengan menyediakan peluang dan ruang kepada mereka untuk menyertai sektor ekonomi secara lebih efektif.
Matlamat DEB hanyalah untuk mengurangkan jurang ekonomi di kalangan masyarakat terutamanya di antara bumiputera dan bukan bumiputera.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, dasar itu adalah isu sensitif, di mana ramai orang Melayu berasa takut akan kehilangan hak keistimewaan mereka di bawah kerajaan baharu.
“Saya telah mengatakan bahawa DEB perlu dibongkar, tetapi tindakan afirmatif mestilah lebih berkesan.
“Saya percaya bahawa orang Melayu yang kurang bernasib baik akan mendapat lebih banyak manfaat melalui dasar tindakan afirmatif yang telu dan berkesan daripada DEB yang dirampas untuk memperkayakan kroni,” katanya. - ismaweb

32 comments:

  1. Memang sasaran para pendesak dari kalangan PH mmg nak ubah polisi berkaitan hak keistimewaan org Melayu dan Agama Islam.

    Sekarang DS anwar terang lagi bersuluh menyatakan hasrat tersebut. Maka tidak syak lagi.

    Hak Melayu Islam Adalah Racist, Jumud, Kolot tak ikut arus semasa.

    Kalau Hak chauvinis bgsa lain, agama lain, siap nak masukkan dalam silibus sekolah lagi. Itu semua Hak asasi kata mereka.

    Ini lah hasil Tsunami Melayu untuk Malaysia Baru. Keluar mulut buaya, masuk mulut Naga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selama ini apa yg melayu ada?
      yg kaya melalui rasuah memang ramai.

      Alhamdulillah tak masuk mulut kamu.masuk mulut kamu habis lingkup melayu yg tinggal hanya PATI yg dapat bermacam faedah dan layanan.

      Delete
    2. mmg bn tak boleh pakai. tapi PH bukan pilihan yang baik. banyak agenda DAP dibelakang tu. puppet je tu

      Delete
    3. at least ada hak keistimewaan masih termaktub. Kamu ni banyak sangat makan dedak PH sebab tu akal pendek. orang -orang melayu kaya lupa diri seperti Anwar dan kroni2 yang kaya raya ni lah perosak bangsa Melayu sebenarnya..tak tau ke..

      Delete
    4. Kamu ni memang tak sedar diuntung, mudah dibuai dgn janji2 manis.Pada adat kalau tak ada DEB engkau ni pun entah dimana agaknya.Tentang PATI yg dikatakan dapat bermacam faedah dan layanan,elok benar kerajaan baru bertindak sekat kegiatan PATI. Jgn berlaku lagi sbg contoh kes pemberian KP kpd pendatang asing sprt yg terjadi diera 1980'an...dibawah pemerentahan PM ke 4/7. Cakap lebih senang dpd buat.

      Delete
    5. Kamu ni memang tak sedar diuntung, mudah dibuai dgn janji2 manis.Pada adat kalau tak ada DEB engkau ni pun entah dimana agaknya.Tentang PATI yg dikatakan dapat bermacam faedah dan layanan,elok benar kerajaan baru bertindak sekat kegiatan PATI. Jgn berlaku lagi sbg contoh kes pemberian KP kpd pendatang asing sprt yg terjadi diera 1980'an...dibawah pemerentahan PM ke 4/7. Cakap lebih senang dpd buat.

      Delete
    6. simpan sikit bebal tu anon 11.47 am...

      Delete
    7. Anon 11:38 yang bonggok,,sila baca articles di atas 17 kali dan cuba fahamkan baru boleh komen.....!!

      Delete
  2. Ye. . Tepat sekali saudara.... Kenalah jaga kaum lain yg telah menyumbang kepada kemenangan pakatan harapan... Tanpa cina dan india dan kaum lain yg bukan islam jgn harap pkr boleh menang... Nanti akhirnya jadi dongeng pak kadok... Ayam menang bersabung tanah pulak tergadai...

    ReplyDelete
  3. Anon 11:38, saudara ini faham atau tidak apa-apa yang DSAI kata? Terang lagi bersuluh apa? Buanglah kebencian itu. Ini, cuba baca petikan ini elok-elok dan tolong hadamkannya, ya:

    “Saya telah mengatakan bahawa DEB perlu dibongkar,
    tetapi tindakan afirmatif mestilah lebih berkesan."
    -(Petikan ungkapan DSAI).

    Kalau saudara tak faham juga, entahlah.

    ReplyDelete
  4. to PH leaders....please ask anwar to shut his mouth. let tun and his cabinet wotk out the best for malaysia.

    anwar nak steal the thunder....what..? a pardoned sodomist trying to hasten his position as dpm n pm?

    anwar...be realistic. yr time will come. I fear the country will return to pre najib reign....

    mahathir and ph members....be on alert for subversion by yhis hungry for power anwar. mahathir bersusah payah nak assemble new government, hang nak kuasa begitu saja without sweating for it......I hv many reservations on his sincerity

    ReplyDelete
  5. Hantar lah pati semua balik... sembang jer kencang...

    ReplyDelete
  6. Anwar ni siapa eh...??? Nak kata PM bukan PM tapi lagak macam PM..!!! Saya undi PKR bukan kerana menyokong parti tersebut tetapi hanya karena PPBM Tun Dr Mahathir telah dibubar sementara. Makanya logo Pakatan Harapan juga tidak dibenar gunapakai dalam PRU14. Jadi Anwar janganlah perasan dan syok sendiri kononnya PKR mendapat 100% mandat orang Melayu... Perlu diingat, hanya karena Tun Dr Mahathirlah dan BUKAN PKR, Pakatan Harapan menang PRU14. Tanpa Tun Dr Mahathir, masing-masing parti akan kekal menjadi pembangkang...Sadarlah...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal, da macam king pulak aku tengok, macam nak pecah belahkan pakatan je.. Duk diam lagi baik.. Sejak aritu pngikut setia dsai bersiara, rafizi,nurulizah,kenapa eh?apa perancangan mereka,atau betul ke apa yg aku dengar dr orang lama

      Delete
    2. otai reformasi tetap akan pertahankan saudara DSAI jangan harap tanpa parti PKR Tun dapat merampas kerajaan.

      Delete
    3. Samala saya sokong Pakatan sebab TUN M, selagi beliau ada saya akan sokong.

      Delete
  7. JANGAN risau.. inshaallah..Anwar Ibrahim tidak akan jadi PM.Dia bolih rancangkan tapi Tun Dah kepong niat songsang tu.

    ReplyDelete
  8. Baca...fahamkan...betul betul apa DSAI tu cakap jgn otak letak kat lutut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. I hv read more than 20 times of each statements anwar made since given pardon. he insisted nak biat roadshow...for what?

      tdm dah elok2 susun kerajaan nak kembalikan maruah negara, dia sibuk throwing his words everywhere..stfu.

      wait for your turn. nanti lingkup balik negara yang dipulihkan...menyesal balik undi untuk orang tak kenang hasrat majority.

      Delete
  9. baru baca tadi seorang pemimpin cina minta tun m mengubah sistem pendidikan dan pentadbiran didalam negara diubah kepada kelayakan dan bukan kouta, semua kemasukan ke universiti, hanya yang mempunyai keputusan yang baik sahaja yang layak untuk memegang jawatan dlm pentadbiran kerajaan dan kemasukan ke universiti dan tidak mengikut bangsa. aku suka cara ini baru lah orang melayu akan sedar langit tu tinggi atau pun rendah dan berusaha untuk berjaya kalau tidak jadi melukut ditepi gantang.

    ReplyDelete
  10. Bg faham skit, aku tak fahamla, ko otak kat ataskan cita skit

    ReplyDelete
  11. Jadi anwar akan dihalang untuk jadi pm..kita dh jatuhkan perompak kini skali lagi kita akan jatuhkan golongan liberal yg syok sendiri...

    ReplyDelete
  12. Kalau begini lah sikap anwar,teruskanlah robek hati dan perasaan org melayu..sila..

    Sentuhlah lagi ttg sensitiviti melayu..
    Ini semua akan disimpan dibenak org melayu..

    Dia ini dilihat begitu lunak sekali ttg peranan kaum lain seolah2 membenarkan hak org melayu perlu disamaratakan..

    Walau apa pun cerita dan alasan nya setiap butir perkataan si anwar,lidahnya berbelit2..dan ayat hujung sekali ayat memujuk..

    Ayat formal ttp mcm disembunyikan kebenaran..mcm ada muslihat..perasan dia ni kalau ditanya media ttg soalan sensitif,tergagap2 dia ni menjawab..boleh tgk temubual dia ni di youtube..

    Jgn nak auta,terus terang saja apa agenda sebenar kau pd org melayu..

    Kalau anda terus begini anwar,tak mustahil kamu bakal menerima nasib yg lebih buruk..

    Jgn bermain api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DS Anwar, tolong lah jgn hampakan kami kaum melayu yg dah undi Pakatan...

      Delete
  13. Last word memperkayakan "KRONI" lain macam jer bunyi selepas brbas dari penjara sekarang ni.

    Jam Omega aku mana jijahhh..!!

    ReplyDelete
  14. Ki ki ki.anuar tu ijazah dalam aperyer..klu kpop nk tau.ki ki ki..nk ckp psal ekonomi..pi check dulu..apa ijazah dier...puuii

    ReplyDelete
  15. Sekiranya Kita baca dan faham Akan tulisan DSAI, is tertumpu pada DEB sahaja, tidak pada dasar perlembagaan keistimewaan bangsa melayu, Sekiranya Ada dasar yang lebih baik dari DEB Kita bulih Terima pakai Apa salahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar ni seaumpah...

      Delete
  16. Haha Anwar dah berkokok,tapi ekor bergelumang tahi, bagus dok diam2 tak payah la nak buat REFORMASI yg merugikan melayu...nampak tak cerdik bro

    ReplyDelete
  17. kelulusan DSAI hampir sama dendan mat sabu orang yg menberi helaran aljuboori satu kem skg ini...
    Aljuboori tu fakta mat sabu yg beri gelaran.

    ReplyDelete
  18. Anwar tgh try tikam tu.. tapi takpa... dia kena lepas Tun dulu..n knowing Tun, Anwar takkan bleh tikam Tun... In shaa Allah, Tun akan bleh handle manusia sorg ni... mmg lebehh si Anwar ni...hehe

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com