pages

Tuesday, May 29, 2018

[AMARAN UNTUK RAFIZI] Tak payah tunjuk hero, boh


Tak payah tunjuk hero”. 

Itu reaksi Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Menurut Razali, kemenangan PH sebahagian besarnya berikutan percaturan bijak Dr Mahathir merangka strategi, bukannya hasil kajian Invoke Malaysia (INVOKE). 

Sambil menyifatkan kenyataan sensasi Rafizi itu bersifat peribadi dan boleh memecah-belahkan PH, beliau berkata sekarang bukan masa memperlekehkan sesiapa, sebaliknya mengambil peluang untuk membina semula negara. 

“Antara strategi ampuh yang disusun Tun M ialah bertanding menggunakan satu logo, mengumumkan Perdana Menteri dan timbalannya seandainya PH menang serta menyelesaikan isu pembahagian kerusi. 

“Kalau ikut kajian INVOKE, PAS tak dapat satu kerusi pun di Terengganu dan Kelantan tapi apa yang berlaku, PAS menang dua pertiga sekali gus membuktikan kajian itu tidak tepat,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Terengganu, hari ini. 

Semalam, Rafizi mengeluarkan kenyataan Dr Mahathir bukan faktor kemenangan PH pada PRU-14, sebaliknya isu kenaikan kos sara hidup dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebab utama PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN). 

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu dilaporkan berkata, perkara itu terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU-14 INVOKE yang mendapati pengundi lebih terkesan dengan dua isu itu berbanding taat setia kepada Dr Mahathir. 

Razali berkata, Dr Mahathir dan PPBM hanya mengambil masa setahun setengah untuk menjatuhkan BN sedangkan parti lain dalam PH tidak pernah berjaya walaupun berjuang puluhan tahun. 

DAP ambil masa 60 tahun, PKR (20 tahun) dan Mohamad Sabu menerusi PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) 40 tahun tetapi Tun M dan PPBM hanya ambil setahun setengah sahaja.


“Ini membuktikan pengaruh Tun M amat besar dan beliau mempunyai percaturan hebat,” katanya.

5 comments:


  1. Rafizi pun tak betul....harga barangan naik bukan di sebabkan oleh GST sahaja.....tetapi adalah di sebabkan oleh permintaan dan tawaran di pasaran.

    Harga barangan tetap naik dari setahun ke setahun sejak zaman belum ada GST lagi.


    Bandingan harga setelah di kenakan Cukai Jualan atau GST

    Katalah harga kapcai RM 5000. Katalah insuran RM 200 dan cukai jalan RM 30
    Dengan gst 6℅ harga motor akan menjadi 5300 insuran 212 dan cukai jalan RM 31.80, jumlah RM 5543.80

    Sekiranya cukai jualan 10℅ di kenakan.... Harga motor tersebut akan menjadi RM 5500 insuran 200 dan cukai jalan RM 30 jumlah RM 5730.

    Menggunakan cukai GST harga motor tersebut cuma RM 5553.80

    Siapa yang tipu siapa????

    ReplyDelete
  2. Radii oh rafizi. Sia sia perjuangan kamu kalau kamu cuba ambil kesempatan atas kemenangan ph dengan cuba memperkecilkan pengaruh tun Marathir.kecewa dengan rafizi

    ReplyDelete
  3. Rafizi diminta pertahankan orang melayu daripada meroyan macam mamat mati bini.tunjuk.la hero tentang paria paria ..aku rasa rafizi dh kena beli lepas tepas ru syok sendiri...lepas ni kita tolak anwar jadi calon pm sebab diaorang ni pkr bukan berjuang urk melayu tapi utk cina dgn india ..

    ReplyDelete
  4. Mamat rafizi ni arrogant. Itu pengalaman personal aku dgn dia. Belum sempat duduk dia dh perli constituent dia. Belum abis constituent dia cerita psl mslh dia dah jump the gun summarised everything. Org ckp psl nyawa dia ckp psl ringgit n sen. I hv no respect for him just as i dont hv any for his idol cum mentor.. bear in mind.. rafizi is going to be the death of ph jika dia x dikawal. Tipikal obersi educated who thinks org lain x setaraf dia... go fly kite la rafizi...

    ReplyDelete
  5. Negara mana tak de inflasi..harga akan tetap Naik..tak kisah sapa memerintah..cuma banyak atau sikit je..negara eropah/jepun Kos hidup tinggi..Ada BN ke kat Sana?..tohmahan dan fitnah pakatan harapan yang Di tujukn kepada kerajaan BN dulu akan kena pada diri sendiri balik..baru tahu langit tinggi ke rendah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews