SILA KLIK

pages

Sunday, May 13, 2018

ALAHAI RAFIZI: Baru Nak Memerintah Dah Gaduh Di MEDIA, "Rakyat Memilih PH BUKAN PKR semata-mata"

Tun M berjiwa besar sanggup pergi bertemu Anwar, Rafizi tolong jangan jadi bodoh hingga merosakkan pakatan yang dua hari memerintah

Walau apa pun hujah dan alasannya, apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli ini  di saat-saat Pakatan Harapan baru saja mengambil alih kuasa dan rakyat sedang bergembira dengan tumbangnya BN, adalah tidak wajar serta tidak kena sama sekali.

Rafizi tidak seharusnya merosakkan mood rakyat dalam hal ini. Jika pun ada isu-isu yang tidak selesai, ia harus dibincangkan secara dalaman dan tertutup melalui saluran yang betul, bukannya melalui media.

Mempertikaikan perlantikan yang baru dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri secara terbuka tidak ubah seperti perlakuan "membasuh kain kotor di khalayak ramai".
Ingatlah bahawa Pakatan Harapan kini bukan lagi gabungan pembangkang, sebaliknya sudah menjadi kerajaan.

Hormati kedudukan itu dan jangan lukakan hati rakyat yang membuat pilihan.

Adab sebagai kerajaan adalah berbeza dan tidak sama dengan ketika belum ada kuasa dahulu.

Tidak perlu diungkit tentang kelebihan kerusi yang dimiliki PKR untuk mewajarkan tindakan Rafizi itu kerana kemenangan Pakatan Harapan pada pilihanraya baru-baru ini adalah diperolehi melalui kerjasama serta kesepakatan antara semua parti dalam gabungan itu.

Semua pihak ada peranan dan sumbangan masing-masing yang perlu dihargai dan dihormati.
Episod ini harus dihentikan segera di mana Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR dan baru saja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri wajar berbuat sesuatu agar isu ini tidak terus berpanjangan.

Seperti kata S Ambiga, bekas Pengerusi Bersih - tolong hentikan karut-marut ini - ia adalah ungkapan yang barangkali paling tepat dan wajar difikirkan secara waras oleh PKR. (ShahbudinHusin 13/05/2018)

p/s: Ingatlah semua orang yakin dan percaya, jika tiada penglibatan Tun M dan PPBM, PKR tidak akan menang sama sekali. Jentera parti PKR pada PRU13 hanya semata-mata bergantung kepada jentera PAS dan pada PRU14 hanya bertambah sedikit sahaja akar umbi PKR. Sokogan rakyat sepenuhnya kepada Pakatan Harapan dan bukan PKR secara individu. Ingatlah kumpulan reformasi pon sudah tidak menyokong PKR disebabkan Pakatan dipimpin oleh Tun M.

28 comments:

  1. jijah jam omega abang mana daa..?
    sekarang jambatan bengkok bila mau buat la...?
    jangan mudah lupa dan tak ingat lagi...

    ReplyDelete
  2. aku agak terkejut dengan Rafizi dan PKR mula bergaduh mcm berrebut harta rampasan perang. Rakyat undi Pakatan Harapan lah

    ReplyDelete
  3. ingat sejaarh la PKR, ko dapat perintah Selangor pon hanya kerana bersama PAS suatu ketika dahulu

    ReplyDelete
  4. Tuan rafizi mungkin terkeliru atau buat2 tak paham.... Utk pembentukan dasar pembahagian kerusi dan portfolio dan lain2 perkara yang memerlulan kesepakatan dan keputusan bersama... Bincanglah diantara parti2 komponen.. Untuk lantikan menteri dah tentu perkara tersebut dibincangkan.. Maksudnya parti mana mendapat portfolio masing2... Utk calon menteri dari pkr rasanya pkr belum beri nama calon2 nya... Kerana itulah Tun M lantik dulu dari Amanah dan Dap... Sbb lantikan itu mmg kuasa perdana Menteri....

    Rakyat melihat dan memerhatikan tingkah laku PH skrg in dan kalau inilah cara perangai tuan rafizi... Gunalah saluran betul... Jgn jd cerdik sblm ini dan rasa rakyat mahi sebelahkan semua tindakan kamu...

    ReplyDelete
  5. kerusi kepada PPBM diberi ditempat2 yg tipis kemenangan

    ReplyDelete
  6. UDAH GADUH RIBUT2, USAH KIRA PARTI PKR KE DAP KE PPBM KE AMANAH KE, KITA SUDAH JADI PAKATAN HARAPAN, ITU LEBIH UTAMA BERBANDING PARTI MASING2, RAKYAT BERKORBAN UNTUK KEMENANGAN PH , TAKKAN KAMU PKR TIDAK BOLEH BERKORBAN UNTUK RAKYAT, JANGAN KIRA PERUT KO SAJA PKR

    ReplyDelete
  7. Betul apa rafizi cakap tu. Rafizi do something.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi berhak melontar ketidakpuasan pihak pkr kerana kerajaan sekarang adalah kerajaan pkr.bukan kerajaan ph.itu yg termaktub dlm perundangan.walaupun di dlm pkr itu ada pandap dan ppbm.tetapi kerajaan sekarang bukan ph bukan bn dan bukan pas tetapi kerajaan pkr. Sebab itu pkr perlu dihormati terutama dlm mementukan dasar dan melantik menteri2. Jika mp2 pkr bertindak keluar dari kerajaan sekarang sudah tentu akan runtuh kerajaan yg ada ini.ahli mp dr parti pkr jika bergabung dgn bn sudah pasti kerajaan yg ada akan bertukar menjadi pembangkang....

      Delete
    2. Ko buat lawak ke binawe..anon 0124..hebat sgt ke ko pny parti..ko tau x undi majoriti sape..?laku ke PKR dimata pengundi melayu..nasib ade tun m tau..matalamat utama nk jatuhkan najib jd ko jgn nk perasan bajet ko pny parti hebat..

      Xde double standard,no big brother la bro..

      Delete
  8. Rasa Nya betul cakap rafizi

    ReplyDelete
  9. Berikan Rafizi satu jawatan dalam kerajaan supaya mulutnya diam dan berhenti dari mencari kebencian orang..........!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSU MOF...amacam ?

      Delete
    2. Org mcm rafizi elok jd pegawai kesenian dan kebudayaan supaya phm sikit seni budaya adab melayu agar dpt menjadi org yg beradab dgn tak menyampuk bila org2 tua bercakap..
      Nk buat teguran buat saluran yg betol..jgn nak acah2 bagus..

      Delete
  10. BN kekal memerintah kerana UMNO dominan dan parti lain tidak akan guna media untuk melahirkan rasa tidak puas hati. Hnaya di zaman pak lah dan najib , parti komponen menggunakan media secara terbuka menyerang UMNO dan pimpinannya. Sejak itu BN menajdi lemah, dilihat tidak bersatu, suka bercakaran, akhirya mereka tumbang.. begitu juga kah kita mahu melihat Pakatan Harapan??????

    ReplyDelete
  11. adakah dengan menggunakan media selesai masalah? ku rasa lg bertambah masalah, rakyat dah mula terkesima dan mula nak meluat

    ReplyDelete
  12. Tanpa Tun Mahathir dalam PRU 14, tak mungkin Pakatan Harapan jadi Kerajaan. Apalah bebal punya Rafizi....!!!

    ReplyDelete
  13. Macamana DNA berasas air mani boleh ada di pintu belakang saiful? Rafizi bukan bijak sangat kalau ini dia kata konspirasi. Ya mungkin konspirasi menjerat anwar tapi hakikat nya anwar telah masuk jerat yang dipasang. Bukti DNA tidak bohong. Disuruh bersumpah tidak mahu pula. Seronok ke rakyat Msia mendapat pemimpin sebegini? Jawab rafizi dan jijah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilek Yg simen.. Kalau Aku jadi Anwar,, lepas keluar ni Aku akan Buka gelanggang. Aku ajak sepul bertumbuk. Tgk Sape menang. Tak pun Aku Buka kes balik. Ko pun Tetap tunjuk bodoh. DNA dgn air Mani tu lain la. DNA Dari mane2 sumber boleh dtg. Dr Peluh, air liur. Tu Pasal anwar tak nak bagi DNA Dia. Sumpah ni budak2 je. Kalau main sumpah je tutup mahkamah la. Dr Sia tak cakap DNA tu Dari mane. Pasal dia tak test. Ko Dengar ceramah Dia sampai habis ke. Sorok sikit bodoh tu. Pegi Cari kerja la. Aku tak ambik bangla.. Pegi tempat la. Org bodoh pun Aku tak nak.

      Delete
  14. Sebenarnya ini kerja anwar ibrahim.

    Ianya bermula, berpunca dari arahan anwar ibrahim kepada rafizi untuk menyatakan "pkr tidak di bawa berbincang" begitu juga dengan beberapa isu sebelum ini seperti pencalonan anwar sebagai perdana menteri.

    Rafizi di kambing hitamkan, begitu juga terjadi dengan azmin ali

    ReplyDelete
  15. Suharli masrop..pergi join majlis talkin untuk umno. Jangan sibuk bagi komen batu api.

    ReplyDelete
  16. Rafizi, cubalah jgn suka mengomplen. Ini kerajaan baru yg anda sendiri bina bersama yg lain. Saya mengundi utk Tun, bukan utk Parti Keadilan atau untuk DSAI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu kena ingat ini kerajaan pkr. Wan azizah presiden dn rafizi naib presiden.merk berhak bercakap.klu tk mahu pkr tegur bertandinglah atas simbol dap.

      Delete
    2. Kamu kena ingat ini kerajaan pkr. Wan azizah presiden dn rafizi naib presiden.merk berhak bercakap.klu tk mahu pkr tegur bertandinglah atas simbol dap.

      Delete
    3. Setuju! Saya pangkah PH kerana PH. Bukan kerana PKR atau DSAI.

      Delete
  17. Bila la agaknya puak- puak Parti Keadilan ni nak sedar diri dan nak berubah. Bila?

    ReplyDelete
  18. Rafizi dan Wong Cheng, ANDA BERDUA TOLONG BERHENTI MENGARUT!!!!!!

    ReplyDelete
  19. Betul kata rafizi tu...

    ReplyDelete
  20. Da menang giler kuasa pulak.. Politik melayu memang cmni ke

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com