pages

Thursday, May 31, 2018

[AKAN JALANKAN GERAK GEMPUR PATI] Program Rehiring Pati ditamatkan 30 Jun


Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) atau Rehiring dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia akan ditamatkan pada 30 Jun 2018 ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi program Rehiring yang dimulakan sejak 15 Februari 2016, Pati diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan iaitu sektor perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.

Menurutnya, setakat 28 Mei 2018, sebanyak 744,942 Pati dan 83,919 majikan telah berdaftar dalam Program Rehiring ini, namun program berkenaan tidak akan diteruskan selepas 30 Jun ini.

"Selepas 30 Jun, semua urusan dengan vendor dilantik sebelum ini akan ditamatkan. Tiada lanjutan tempoh dibenarkan. Orang ramai dan majikan boleh berurusan terus dengan Jabatan Imigresen bagi semua jenis perkhidmatan untuk penggajian pekerja asing.

"Selain itu, program serah diri secara sukarela atau lebih dikenali dengan nama Program 3+1 akan diteruskan sehingga 30 Ogos 2018 bagi membolehkan semua Pati yang berada dalam negara ini dan Pati yang tidak layak untuk meneruskan proses Program Rehiring supaya dapat pulang ke negara asal secara sukarela," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Muhyiddin menegaskan, selepas tarikh 30 Jun, Jabatan Inigresen akan menjalankan gerak gempur operasi penguatkuasaan secara menyeluruh bagi memburu Pati yang gagal berbuat demikian.

Menurutnya, operasi berkenaan termasuklah terhadap majikan yang masih berdegil dan tidak mengambil peluang untuk mengambil pekerja asing secara sah.

"Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan majikan dan pekerja asing mematuhi undang-undang negara.

"Langkah tegas ini perlu diambil untuk mengatasi masalah lambakan pekerja asing tanpa izin di negara ini," katanya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews