Sultan Brunei yang memandu sendiri kenderaan tiba di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini tepat pukul 11.45 pagi tadi bersama dengan anakanda Baginda, Putera Abdul Mateen.
Ketibaan Sultan Brunei disambut oleh Dr. Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan butiran lanjut mengenai pertemuan antara kedua-dua pemimpin negara jiran itu. - K! ONLINE