pages

Tuesday, May 29, 2018

1MDB: RAKUSNYA MELAMPAU, Ustaz Cerita Kisah Isteri Pemimpin Isu 1MDB Penaung Rumah Anak Yatim


KISAH 1MDB #3

“Pening… pening betul saya dibuatnya. Banyaknya wang yang dicuri. Kalaulah wang itu dibahagi atau diguna secara betul, negara kita akan lebih makmur. Hutang sedikit saja. Bukan macam sekarang,” kata kawan saya.

“Betul tu… dan saya ada cerita sedikit lagi… kamu ok?” “OK ustaz… Insya Allah. Saya dah rasa lali dengan cerita-cerita begini. Tak sangka keadaan begitu teruk sekali. Teruskan ustaz…”

Sebenarnya kerakusan mereka tidak terhad kepada 1MDB saja. Kadang-kadang kita hairan bagaimana tergamak mereka berbuat demikian. Tiadakah ada sedikit kesedaran di hati mereka langsung?

Itulah Allah SWT beri nama keadaan pada mereka ini sebagai istidraj. Iaitu Allah SWT beri kemewahan kepada mereka untuk musnahkan mereka. Sebab kemewahan itu diperoleh secara tidak halal atau dengan menzalimi hak orang lain. Kita minta doa banyak-banyak kepada Allah SWT supaya suatu hari apabila diberi kemewahan kepada kita, Allah SWT akan jauhi kita daripada terkena istidraj. Takut kan?

“Ya saya benar-benar takut…” kata kawan saya. “Allah lindunglah saya dari istidraj”

Ceritanya begini…

Isteri pemimpin yang terkenal dengan masalah 1MDB ini suatu ketika dilantik sebagai penaung sebuah rumah anak yatim. Kita beri nama isteri pemimpin ini Mawar ya… senang nak sebut.

Kebetulan isteri pengerusi rumah anak yatim ini adalah saudara isteri saya, seorang Puan Sri. Kebetulan pula pengurus rumah anak yatim yang sama adalah rakan sekolah saya dulu.

Puan Sri pernah menceritakan ada suatu masa rumah anak yatim menjemput Mawar, kalau tak salah saya, untuk merasmikan malam amal rumah anak yatim itu. Yalah… malam amal untuk kutip derma bagi menampung kos operasi dan pembangunan rumah anak yatim itu. Sebab Mawar ini akrab dengan Puan Sri, maka beliau bersetuju untuk hadir.

Selesai majlis amal itu, selang beberapa minggu, pejabat suami Puan Sri menerima satu invois dari sebuah kedai barang kemas, kalau tak silap saya, berjumlah lebih RM300,000.

“Ai? Invois untuk apa tu? Rumah anak yatim nak beli apa kat kedai barang kemas tu?” tanya kawan saya hairan.

Setelah diselidik, rupa-rupanya si Mawar ini telah mengambil beberapa barang kemas dari kedai barang kemas itu sebagai “upah” merasmikan majlis malam amal rumah anak yatim itu dan disuruh hantar invois pembelian tersebut kepada pejabat suami Puan Sri.Tersandar juga mereka nak bayar. Antara pengarah pun berselisih pendapat samada nak bayar atau tidak. Akhirnya dibayar juga demi menjaga nama baik syarikat dan rumah anak yatim itu.

“Alamak… teruknya…” kata kawan saya sambal menghentak kakinya, mungkin kerana kecewa.

Ya… sekarang baru kamu tahu betapa teruknya penangan corruption dan pecah amanah di negara kita ini.

Sebenarnya ada banyak cerita lagi. Ada yang lebih teruk. Tapi yang saya cerita ialah cerita yang boleh disahkan saja.

Contohnya, ada sebuah university swasta pun terpalit dalam keadaan yang sama. Saya tak ingat samada sebelum atau selepas perasmian suatu event di university tersebut, si Mawar telah minta supaya mereka belikan satu pasu mewah di UK. Kerana takut pasu itu dicuri atau rosak dalam perjalanan, maka university tersebut menghantar seorang wakil ke UK untuk mengambilnya.

“Berapa harga pasu tu ustaz” tanya kawan saya. “Kalau tak silap saya lebih serratus ribu…” jawab saya.

“Ustaz… saya dah nak pengsan ni…” kata kawan saya.

“Ok ok minum air cepat… haha…” kata saya.

Sekarang baru kamu sedar bahawa berbillion-billion sudah dibayar melalui jenayah sebegini dan dinikmati secara haram oleh beberapa kerat orang sahaja.

Semoga Allah SWT merahmati kita dan membantu kita untuk mensucikan negara kita daripada anasir-anasir sebegini. Dan kembalikan wang ini supaya boleh dinikmati oleh rakyat yang berhak. Insya Allah.

Insya Allah ustaz. Amin…
Wallahu’alam.

7 comments:

  1. Ki ki ki
    .korang nii.ini cakap dengar..boleh timbul fitnah..di bulansuci ni..puasa dapat penat.lapar.dahaga..termasuk yg dikata kan ustaz tuu..istofar bebanyak..mudah2an terlepas azab api neraka..

    ReplyDelete
  2. Klu nk jaja cerita..jaja la yg benar..melainkan yg benar..atau korang ni..islam liberal..halal haram sama rasa.

    ReplyDelete
  3. Ki ki ki

    kalau kisah tu benar, di dalam bulan suci ni, puasa dapat pahala, selain istifar, kena bercakap benar, mudah2an terlepas azab api neraka!!!! Jangan bersekongkol dengan kaki maksiat perompak duit rakyat!!!

    ReplyDelete
  4. Dr Mazlee Menteri Pendidikan pun dituduh Islam liberal. Sedangkan ada petisyen daripada golongan liberal diketuai Siti Kassim menolak Dr MAzlee. Kalau Dr Mazlee Islam Liberal, mesti golongan liberal ni gembira!!!

    Jadi, kalau kau tu bodoh agama, jangan semudah menuduh orang Islam liberal. Kau tunjukkan diri kau tu taksub bodoh!!!

    ReplyDelete
  5. Kalau benar ada kes.. tampillah buat report polis, apa nak takut lagi kalau segala bukti ada..

    ReplyDelete
  6. Bagaimana pula dengan penulis dan cybertrooper siang malam bersubahat dengan pemimpin yg mencuri dan menganaiya rakyat?

    ReplyDelete
  7. Get free limitless Musically - - followers and Fans.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews