Setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, istiadat pelantikan dan angkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pukul 3 petang esok. 
Katanya, Mohamed Azmin telah menghadap Sultan Selangor hari ini pada pukul 12 tengah hari tadi untuk menyembah maklum kepada baginda mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 bagi negeri Selangor dan situasi semasa di dalam pimpinan Pakatan Harapan (PH). 
"Beliau (Mohamed Azmin) juga menyembah maklumkan kepada baginda bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor bagi parti PH untuk dilantik sebagai Menteri Besar. 
"Sultan Selangor juga berkenan untuk pentadbiran kerajaan negeri dibentuk secapat mungkin selepas mendapat mandat daripada rakyat demi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri, keharmonian dan kesejahteraan rakyat,"katanya.