innity

pages

Saturday, April 14, 2018

Tulisan Terbaru Tun M : Tsunami HARAPAN


Tsunami HARAPAN

Oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad

Aku kini tidak lagi berdiri dan menapak sendirian
Bersamaku adalah teman yang sama pendirian walau sungguh, mereka mantan musuh perjuangan
Kini BERSATU menentang rasuah dan semua penipuan

KEPADA NAJIB DAN SEKUTUNYA DI KIRI DAN KANAN

Telah kau rompak berbilion dari peluh dan susah rakyat
Tanpa malu, hidup mewah antara gelumang semua rasuah
Bernyawa pada sokongan hulur dedak dan wang
Semuanya ditabur dengan apa yang kau ambil curi dan tinggalkan hutang untuk dibayar anak dan cucu generasi
#TsunamiHARAPAN

KEPADA AHLI UMNO DAN BARISAN NASIONAL

Tuhan telah memberi petanda yang jelas dan besar yang rasuah bukan hanya pada sebilangan dari pemimpinmu tetapi membarah tahap empat pada dari atas hingga ke bawah
Tinggalkan pimpinanmu untuk mereka hanyut dan tenggelam bersama-sama butanya hati mereka dan hilangnya maruah diri
#TsunamiHARAPAN

KEPADA AHLI PAS SAUDARAKU YANG SEAGAMA

Sudah kau lihat permainan pemimpinmu sendiri yang rabung berdegar bercakap tentang agama namun diam pada seleweng berbilion di hadapan mata bisu antara wang rakyat untuk arak, judi, berlian dan kapal mewah
Sunyi dan sepi hatta rasuah bermahligai di depan mata
Usahlah kau subahat mencuri undi untuk perasuah terus berkuasa
#TsunamiHARAPAN

KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA HARAPAN SEMUA

Padamu adalah amanah tulus dari Raja dan Rakyat untuk kau pelihara Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta
Jangan kau lupa darah dan air mata rakyat dan saudaramu kaulah sandaran kuasa untuk demokrasi bernyawa
Jangan kau bela dan biar mereka yang beRajakan rasuah
#TsunamiHARAPAN

KEPADA ANGGOTA POLIS AMANAH NEGARA

padamu rakyat menyandang jutaan HARAPAN 

pastinya kau mahu berlaku adil menentang jenayah 
jangan kau biar maruahmu dibeli oleh mereka pada kesungguhanmu menjaga undang-undang
Kau memiliki hormat dari anak dan cucumu sendiri
#TsunamiHARAPAN

KEPADA SEMUA PETUGAS SPR PEMELIHARA DEMOKRASI NEGARA

padamu rakyat bergantung sejuta ketelusan
jangan kau berikan ruang sedikitpun penipuan kau 

hidupkan nyawa demokrasi dan bukan kleptokrasi
usah kau biar pilihanraya ini dicuri oleh pencuri kuasa 

usah kau rela dijadikan alat atau boneka oleh mereka
#TsunamiHARAPAN

KEPADA SEMUA KAKITANGAN AWAM SEANTERO NEGARA

kami tahu, kau mahu bertugas pada tulus integriti
kami tahu, kau malu dipimpin oleh seorang perompak
kami tahu, kebolehanmu tidak mereka peduli
undilah tanpa ragu dan bimbang kerana kau amat berhak untuk hormat dunia bagi pimpinan yang BERSIH dan AMANAH
#TsunamiHARAPAN

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Sendirian, kita hanyalah setitis air dalam kesepian
Bersama dan BERSATU, kita berubah menjadi lautan
Kini ombak di pantai bersedia mengumpul kekuatan Tsunami Melayu, Bumiputera, Cina dan India datang mara
Dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak kita bersatu pada ombak lalu merempuh semua rasuah, angkuh kuasa dan jenayah mereka

Setiap seorang darimu adalah kuasa untuk KEADILAN jangan kau sia-siakan kuasa undimu di hujung tangan bersama kita bina MALAYSIA BARU yang bergemilangan mari semua kita selesaikan secara bergandingan dengan datangnya Tsunami HARAPAN

Tun Dr Mahathir Mohamad
11 April 2018

4 comments:

  1. boleh kah MO1 menulis seperti yang Tun tulis ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telah kau rompak berbilion dari peluh dan susah rakyat....

      J ko telah merompak lebih banyak dp Najib.


      Tinggalkan pimpinanmu ........

      Meninggal pemimpin ada satu pengkhianatan..... Tidak ada satu bukti pun yg Najib bersalah.


      KEPADA AHLI PAS SAUDARAKU YANG SEAGAMA

      Ko yg berkata Haji Hadi kafir dan mufti-mufti semua kafir..Org PAS kata mufti-mufti TAK kafir ...... So ko dan org2 PAS tidak lagi dalam SEAGAMA




      KEPADA ANGGOTA POLIS AMANAH NEGARA

      KEPADA SEMUA PETUGAS SPR PEMELIHARA DEMOKRASI NEGARA

      KEPADA SEMUA KAKITANGAN AWAM SEANTERO NEGARA

      Pembelotan dalam Islam hanya di benarkan jika arahan ketuanya bertentangan dengan Islam.


      Delete
    2. AnonymousApril 14, 2018 at 10:29 PM

      APA BENDA YANG KO TULIS NI?

      MENINGGALKAN PEMIMPIN ADALAH SATU PENGKHIANATAN?KO INGAT NI SISTEM KHALIFAH ISLAM KE?SEMUA ORANG BERHAK UNTUK MEMILIH.KITA BUKAN JATUHKAN KERAJAAN DENGAN CARA BUGHAH.KITA BUAT SECARA DEMOKRASI.NAJIB BELUM TERBUKTI SALAH,SAMA JUGA DGN TUN M JUGA, BELUM TERBUKTI SALAH..KO KATA TUN M KAFIRKAN TUAN GURU HJ. HADI DAN MUFTI2?BILA MASA DAN MANA BUKTI TUN M KATA CAMTU? X USAH LA NAK PESONGKAN SEJARAH. SEMUA ORANG TAHU SIAPA SEBENARNYA YANG SUKA MENGKAFIRKAN ORANG LAIN NI, X USAH LA BUAT2 X TAHU DAN TUDUH TUN M SEBAGAI KAMBING HITAM..BILA MASA PLAK TUN M SURUH BELOT?ADAKAH KITA MENGUNDI PARTI SELAIN BN, KITA DIHUKUM SEBAGAI PEMBELOT DALAM ISLAM?MANA ADA ULAMA YANG KELUAR FATWA CAMTU? JANGAN MEREPEK DAN JANGAN SPIN GUNA NAMA ISLAM.AGAMA BUKAN NILAINYA UNTUK KO PERALATKAN DEMI DEDAK.

      Delete
  2. Tahiah syukur amin..insyallah makbulkan menang pakatan harapan..pru14...amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com