pages

Sunday, April 15, 2018

[TERBAIK] Patriot tawar diri jadi ejen, pantau undian awal PRU14


Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) membuat keputusan untuk terlibat secara aktif dalam acara pengundian awal pada 5 Mei.
Atas permintaan popular daripada rakyat Malaysia yang tidak terhitung jumlahnya di seluruh negara, Patriot menawarkan diri menjadi ejen tempat mengundi (polling agent) pada 5 Mei, dan pada masa yang sama membantu memantau pelaksanaan kaedah pengundian.
Patriot ingin melihat acara ini dijalankan secara adil untuk semua parti politik dan calon yang bertanding.
Pada 5 Mei ahli-ahli kami akan hadir di sejumlah kem tentera dan polis di seluruh negara untuk tujuan pemantauan.
Patriot sekali lagi ingin meyakinkan semua pengundi khususnya penjawat awam, tentera dan anggota polis, undi anda adalah rahsia.
Hak anda termaktub dalam perlembagaan untuk mengundi mana-mana parti atau calon yang anda suka.
Peraturan pengundian dan proses mengeluarkan slip pengundian kepada setiap pengundi membuatkan ia mustahil untuk undian anda dikesan.
Bagi anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat serta pasangan anda, tiada siapa yang boleh mengundi bagi pihak anda.
Sesiapa sahaja yang mengundi bagi pihak anda bermakna ia melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Bagi semua rakyat Malaysia yang telah mendaftar untuk mengundi, jadilah patriot Malaysia yang sebenar.
Laksanakan tanggungjawab patriotik anda dan keluarlah mengundi. Malaysia memerlukan anda.
Banyak yang perlu kita dilakukan selepas pilihan raya umum ini. Kita perlu menyatukan semula masyarakat, membina semula negara dan menjadikan Malaysia unggul sekali lagi.
Setiap rakyat Malaysia, setiap suku kaum, setiap orang, mesti berasa diri mereka dihargai dan memiliki semangat kekitaan terhadap negara ini.
Patriot mengajak semua rakyat Malaysia untuk berkongsi visi kami, untuk membina sebuah negara yang harmoni, makmur dan progresif.

DATUK MOHAMED ARSHAD RAJI ialah presiden Persatuan Patriot Kebangsaan.

2 comments:

  1. I really hope PATRIOT could convince its members and current servicemen to go for a chang in government.

    are we too blind, too dumb and deaf to ignore the total destruction of our once a proud nation?

    dah lah melayu muslim ditakuti dengan cina dap tetapi ajak rakyat peluk cium china komunis tanah besar. dah lah negara dipaksa meminjam dari China Komunis dan bercumbu rayu berpeluk cium untuk selamatkan ketua penyamun dan ahli2nya

    ReplyDelete
  2. Patriot members, Sirs

    my belief is there is a TRIO not DUO in executing thievery acts. The triune identities are Najib, Jho Low and an "unseen higher up/ups).

    senang sangat kemungkaran berlaku tanpa ada yang tampil untuk menghentikan perlakuan penipuan dan penyamunan ini...wallahuaklam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews