pages

Monday, April 2, 2018

Sudah boleh pasang pelita ‘raya’ - Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir tiba masanya.
Sehubungan itu, katanya, rakyat kini boleh bersedia sepenuhnya untuk menyambut ‘perayaan’ tersebut.
“Semalam saya jumpa pelbagai kumpulan seperti orang muda Cina dan sebelah petang bertemu para pesilat dari seluruh negara. Rabu ini saya jumpa dengan penjawat awam, selepas itu ke Miri, Sarawak.
“7 April ini insya-Allah pelancaran Manifesto BN, bererti bahawa dah dekat dah tu hendak ‘raya’.
“Kita sudah boleh pasang pelita raya, di luar bandar biasanya pasang pelita pada malam tujuh likur,” katanya yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia, pada sebuah majlis di Pekan, hari ini.
Semalam, akhbar Berita Harian membuat laporan spekulasi bahawa tarikh membuang undi adalah pada awal bulan Mei.
Menurut akhbar itu, Parlimen mungkin dibubarkan seawal akhir minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, berakhir pada 5 April.
Pembubaran Parlimen boleh diadakan seawal 6 April, sehari sebelum Najib mengumumkan Manifesto BN yang bakal menjadi akujanji partinya untuk lima tahun akan datang.
Sebelum ini, Najib berkata BN memilih 7 April ini sebagai tarikh mengumumkan manifesto pilihan raya pada perhimpunan besar-besaran di Bukit Jalil, di Kuala Lumpur.
Mengikut tradisi, BN mengumumkan manifesto selepas tarikh pilihan raya diketahui. - mk

4 comments:

  1. PRU? Tak srmudah itu...Tertakluk kepada persetujuan semah dan tilikan, jampi serapah 6 bomoh india, 3 bomoh indonesia dan 3 bomoh thailand.

    ReplyDelete
  2. najib has exhausted all strategies to blunt the agrressive moves by mahathir including the latest viz the police and the armed forces.

    there is one more.....wud there be a possibility of a decree by the Rulers and King to keep the regime in the name of bangsa, agama dan negara???????????

    wallahuaklam. your guess is as good as everyone else's.

    ReplyDelete

  3. Awal2 lagi Mahathir telah menunjuk kebenciannya kpd org2 di pantai timur Semenanjung dengan memansuhkan ECRL jika PH menang... Apa dosa mereka yg ko benci sangat tu??...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan benci kat mereka. Benci hutang negara dah dekat trillion aki ooiiiii. Kalau sapa tak nampak nujum pak belalang kata dia dekat nak mampossss

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews