pages

Saturday, April 7, 2018

sepakat Harapan guna simbol PKR untuk PRU14

PASIR GUDANG - Kesemua parti komponen pakatan pembangkang akan menggunakan logo PKR pada PRU akan datang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad di hadapan lebih 5,000 penyokong dalam Jelajah Harapan Malaysia di Taman Bukit Dahlia, di sini, sebentar tadi.

Mahathir berkata, tidak mudah untuk semua parti dalam Harapan bertanding tanpa menggunakan simbol dan logo parti masing-masing.

“Bukan mudah hendak suruh setiap parti yang ada dalam Harapan ini menggugurkan simbol mereka. DAP telah guna simbol roketnya selama hampir 60 tahun. Yang lain juga sayang kepada simbol masing-masing.

Tetapi kerana kita ingin bersatu padu, maka kita bersetuju bahawa keempat-empat parti ini akan guna hanya satu simbol. Saya amat gembira sesuatu yang tidak mungkin dilakukan dahulu, sudah dilakukan oleh kita semua,” katanya.

Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong kerana menerima keputusan Harapan untuk menggunakan bendera, logo dan simbol PKR dalam PRU akan datang.

“Sampaikan maklumat ini kepada semua rakyat di Malaysia, bahawa dalam pilihan raya ini empat parti yang tidak dibenarkan bergabung akan berjuang bersama dan menuju simbol yang sama.

“Sesiapa yang mengundi, undilah Harapan, undilah simbol PKR ini sebagai keyakinan akan Harapan,” katanya.

Turut hadir, Presiden Harapan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu selain beberapa pimpinan tertinggi lain termasuklah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

11 comments:

  1. Letak le ape2 logo pun.. waima logo ape2 logo pun...undi ph tidak sekali. Muktamat!

    ReplyDelete
    Replies

    1. Letaklah apa-apa logo atau simbol, aku tak kisah, pasti aku pangkah. Asalkan bukan dacing atau bulan.



      Delete
    2. Inilah diantara Melayu jenis Bangsar plus bonggok tahap gaban nauZubillah

      Delete
  2. Psst....psst....psst..... jangan cakap kuat2.... nak tanya jer ni.... kenapa bagi satu gambar jer?.... atas pentas pllak tu..... selalunya ada kurang lebih ada 5-6 gambau macam kat kedah perlis ngan air higam johor tu.... bagilahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah spesis Melayu bangsat plus bonggok tahap gaban,,Ada ke MO1 mencuri & merompak justru seluruh dunia pun dah tahu masih Ada bangang2 Yang membela....!!

      Delete
  3. Keempat-empat parti dalam PH sebenarnya saling melakukan pengorbanan demi perjuangan menumbangkan UMNO/BN yang korup.

    1) PKR berkorban apabila ramai pemimpin macam DSAI dan Rafizi hilang kelayakkan bertanding

    2) AMANAH berkorban dengan mengambil kerusi Parlimen paling sedikit untuk memuktamadkan pembahagian kerusi

    3) DAP berkorban besar apabila dengan rela mengabaikan logo parti mereka sebaliknya menggunakan logo PKR/PH

    4) PPBM berkorban paling besar dengan mengorbankan keseluruhan parti itu sendiri demi mengelakkan kesatuan 4 buah parti dalam PH musnah akibat kekejaman rejim Kleptokrat.

    Jadik, kalau para ahli bawahan dan penyokong tak menghayati pengorbanan mereka di atas ini, jangan mimpilah nak bentuk kerajaan.. Sebab itulah kena faham apa maksud 'BINA SEMULA NEGARA'.

    credit kepada : Akmar Farwiz
    (FB : Mahathir the legend)

    ........

    TERBAIK!!!!

    Ternyata taktikal najib dan kroni2nya gagal apabila cuba "memancing" ppbm menyertai PRU dengan lambang parti Ppbm seterusnya mengisytiharkan kemenangan Pakatan Harapan tidak sah! Walaupun majoriti rakyat memberi mandat kepada pakatan harapan!

    Pakatan bercadang menggunakan logo baru, untuk kempen PRU14, sebaliknya hasil dari permuafakatan, bermesyuarah, pengorbanan, bertolak ansur antara parti pembangkang menjadi kunci kemenangan pakatan pada PRU akan datang.

    Kepada parti PAS,apabila mereka memikirkan gila kuasa, tamak haloba, hati yg gelap,tiada sifat tolak ansur, maka Allah SWT tunjukkan, inilah yg ditekankan dalam islam, dituntut!!!

    ReplyDelete
  4. Rasuah bn berlambaklambak

    ReplyDelete


  5. Mahathir dah sujud di depan Anwar.

    Teringat aku akan kisah Nabi Yusuf, dimana abang2 yang dulu membuangnya kedalam telaga buruk, sekarang terpaksa menghormati adiknya yg sekarangnya menjadi menteri di Negara Masir purba. (Dari sumber All Quran)



    ReplyDelete
    Replies


    1. 10.38
      Manusia hanya sujud kepada Tuhannya.
      Kau ni manusia atau jin jenis apa ni?





      Delete
  6. remember, days ago I throw a question on the possibilty of unseen hand "directing and approving the thieveries" by najib and his band of thieves. all enforcement agencies are rendered tame, allegience misdirected etc etc.

    last nite news of the attack on the aged ex premier seemed to shed some lights and a proof of question and fear. I wud expect one or two more unseen hands to make such attacks to expose the grand conspiracy.....

    wallahuaklam

    ReplyDelete
  7. YAKIN fokus pakatan harapan menang pru14 insyallah ..tadbir Malaysia..amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews