pages

Monday, April 16, 2018

Rafidah Aziz letak jawatan Pengerusi Supermax, selepas Pengarah Urusan Minta Maaf kepada Najib

Tan Sri Rafidah Aziz meletakkan jawatan sebagai pengerusi Supermax Corporation Berhad selepas pengarah urusan syarikat itu Datuk Seri Stanley Thai memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyokong pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) 2013.
Thai berdepan hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan bersalah kerana berkongsi maklumat bukan awam berkaitan saham sebuah syarikat dan kini sedang dalam proses membuat rayuan.
"Susulan permohonan maaf oleh Stanley Thai kepada perdana menteri atas apa jua yang dia lakukan pada PRU13, saya meletakkan jawatan sebagai pengarah pengarah dan pengerusi Supermax Corporation, berkuatkuasa 14 April.
"Meskipun dia berhak buat apa saja yang dia rasa perlu, saya tidak berkongsi sentimen sama," katanya kepada Malaysiakini.
Rafidah berkata, tindakan menyokong mana-mana parti politik adalah hak demokratik.
"Saya pegang teguh nilai dan prinsip integriti, kejujuran dan menjalankan hak saya untuk menyokong mana-mana parti politik dan bersuara berkenaan apa-apa isu kepentingan awam dan tidak gentar dengan ugutan daripada sesiapa sekiranya saya bercakap benar," katanya.
Dalam satu kenyataan pada Bursa Malaysia hari ini, Supermax berkata Rafidah meletakkan jawatan pada 14 April atas "sebab-sebab peribadi".
Sabtu lalu, Thai membuat sidang media untuk memohon maaf secara rasmi kepada Najib.
"Saya menyesal pada PRU13, saya percaya saya dipengaruhi pembangkang. Sebagai ahli perniagaan saya tidak seharusnya terlibat dalam politik dalam apa jua keadaan, dan saya menyesal," katanya.
Selepas keputusan PRU13, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual kepentingannya dalam Supermax.
Dalam wawancara bersama Bloomberg pada 2014, Thai berkata dia menyokong pembangkang "untuk melindungi masa depan anak-anak saya".
Katanya, orang Cina sudah tidak takut melawan BN selepas pakatan itu terjejas teruk pada PRU 2008.
Rafidah, bekas menteri, sebelum ini mengecam Najib secara terbuka berhubung skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi pengerusi BN itu.
Najib mendakwa wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya merupakan "derma" dari penderma Arab dan wang itu telah dipulangkan.
Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk kepentingan sendiri.
Peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini membersihkan nama Najib dari salah laku. - mk

14 comments:

  1. Hahahaha... ternyatalah sekarang Rafidah adalah talibarut yang memecahkan dari dalam.... baikalah kau merambus.... ada sorang lagi tu.... kalau rasa Tun adalah benar sebenar2nya.... sila angkat kaki.... jangan jadi gunting dalam lipatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. APA BENDA KO MENGARUT NI SUHARLI?TS RAFIDAH LETAK JAWATAN TU MENUNJUKKAN DIA TEGAS DENGAN PENDIRIAN DIA,APA PASAL KO KATA DIA JADI TALI BARUT PULA?TALI BARUT KEPADA SIAPA?DAN APA PLAK KAITAN DENGAN TUN?KO NI X PANDAI2 LAGI NAK SPIN.TAMBAHKAN ILMU DENGAN MEMBACA,JANGAN ASYIK KEJAR DEDAK SAMPAI JADI BODOH X TAHU APA2..

      Delete
  2. Tabek hormat saya kepada TS Rafidah Aziz.....seorang pemimpin yang tegas dan digeruni.Pemimpin seperti inilah yang sepatutnya berada didalam kabinet Malaysia....bukan yang bongok dan pengampu.

    ReplyDelete
  3. Zaman Nabi para sahabat mendermakan seluruh wang dan harta mereka untuk pembangunan atau kepentingan Islam, jadi apalah nak hairankan sangat bilamana org Arab yg dermakan sedikit dari harta mereka yg untuk kepentingan Islam. Ketahuilah raja Arab generate bebillion dollar setiap bulan dari hasil minyak yg tidak pernah berhenti mengalir setiap second... their oil reserves billion time higher than us.... so apa nak hairan dgn derma tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hairan..kalau ikut saluran yg betul. Bukan masuk akaun peribadi..

      Selama ni depa derma kepada negara2 lain ada kitorang peduli? Masuk paper segala bagai..kitorang siap puji lagi.

      Ni yg masuk akaun peribadi ni yg org pertikai...lepas tu..siasatan luar negara pulak dah buktikan itu bukan derma tapi wang yg disonglap!

      Do you think we all here as imbecile as you? Go ahead support the thieves because we know brainless idiots like you bring no good to the country at all!

      Kah kah kah



      Delete
    2. 3:21 mencuba guna-pakai sentiment jaman nabi....???? Silakan terus bodoh sendiri daripada hendak bodohkan lain orang k?

      Pertama mula DONGENG DERMA nih jer sudah kantoi apabila sang PENIPU-PENYAMUN told the biggest lie that he won't be so stupid to SONGLAP and banked into his own account within the country....bulan puasa wei!!!! Tipu dan kelentong dia tak kira temberang dia jalan ker kantoi dia buat buat muka lanun-seposen jerrrrr!!!!!

      Tuh belum lagi buka cerita IPIC, Aabar, Jho Lo, Equanimity, Kes 1MDB Singapore, Ghani Patail, sacking DPM-TSMY....dan lagi dan lagi dan lagi.....

      Kalau Najib sanggup berbohong dibulan yang mulai....apalagi barisan pak menteri? So, tukang sorak tukang bunyi yang kena kencing apa lah sangat....kan?

      Delete
    3. ISU DERMA NI MUDAH SAJA,SI PENERIMA DERMA CUMA PERLU DEDAHKAN SIAPA YG MENDERMA KEPADA DIA DAN APA TUJUAN DERMA TERSEBUT, ITU SAJA.X PERLU LA JADI MACAM FILEM HINDUSTAN SANGAT BERIYA IYA NAK SEMBUNYIKAN IDENTITI PENDERMA YANG BAIK HATI ITU KONONNYA XNAK DIKENALI..SI PENDERMA TU PUN PATUTNYA TAMPIL SEBAB GARA2 DERMA DIA LAH YANG MENJERUMUSKAN DIRI SI PENERIMA DERMA KE JURANG MASALAH YANG BESAR JADI DIA SEPATUTNYA BERTANGGUNG JAWAB DAN PERLU BERTINDAK DARI MEMBIARKAN SI PENERIMA DERMA DALAM KESUSAHAN.BUKAN KAH ITU TINDAKAN YANG PATUT DILAKUKAN DALAM AGAMA ISLAM?

      Delete
  4. Main2 tuduh najib bersalah tanpa melalui proses perbicaraan mana boleh kan, baik belah je, kik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen paling lancau di dunia, ko buang pgw sprm, ko buang Peguam Negara, ko halang pertuduhan di bawa ke mahkamah Malaysia walu mahkamah negara2 dunia dok dakwa dan dah jatuh hukuman pon pada terlibat 1MDB, di singapura dah jatuh hukum, negara2 lain semua ambik tindakan, hanya Mlaysia tidak. ko ni gila ke apa

      Delete

    2. Yang paling tak lancau adalah, tokdet telah menghasilkan secara segera tiga orang anak yang bertaraf bilionair. Satu rekod dunia. Tahniah tokdet dan keluarga.



      Delete
    3. andai tak gila....komen tahap gila-babi....Audit Report pun jadi OSA, nak temberang apa lagi huh????

      Delete
  5. Keluar saja Rafidah, saham Supermax dah melambung naik dari 2.60 ke 2.68. sepatutnya dulu lagi kau belah agar pelabur tak le rugi sangat.

    ReplyDelete
  6. Proses perbicaraan? Bercakap macam orang paidai.

    ReplyDelete
  7. Saham Supermax naik selepas Rafidah letak jawatan. Ini menguntungkan pemegang saham. Who cares she resign or not. She probably sudah kenyang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com