pages

Saturday, April 14, 2018

Peguam gesa SPRM siasat Najib kerana rasuah pilihan raya

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla mendakwa Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak melakukan kesalahan rasuah apabila memberi kad bantuan teksi 1Malaysia kepada pemandu teksi dan menjanjikan kenaikan gaji kepada penjawat awam sekiranya BN memenangi pilihan raya umum ke-14.
Peguam itu merujuk beberapa laporan yang memetik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa sebagai berkata bahawa kerajaan sementara hanya boleh meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini sehingga hari mengundi.
Oleh itu, peguam itu berkata, melainkan jika ia diluluskan oleh kabinet atau diumumkan dalam belanjawan negara dan diluluskan parlimen, kerajaan sementara tidak mempunyai kuasa membuat janji atau memberi hadiah kepada sesiapa pun, sama ada orang awam atau sektor swasta.
Haniff, yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes berprofil tinggi, menjelaskan bahawa Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 6 April bagi memberi laluan kepada PRU14.
Haniff menjelaskan bahawa pemberian hadiah untuk mendapatkan undi bagi tempoh antara hari penamaan, 28 April hingga hari mengundi, 9 Mei merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Namun katanya jika perbuatan itu dilakukan sebelum hari penamaan, tindakan sedemikian mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Mengikut Seksyen 17 (b) akta itu, Haniff berkata adalah suatu kesalahan bagi seseorang memberi hadiah untuk tujuan mendapatkan sesuatu.
"Oleh itu, Najib tidak boleh berbuat sesuatu yang sama seperti rasuah dan SPRM harus memantau dan mencegah amalan sedemikian dengan segera," katanya dalam tulisan di blog.
Beliau berkata sejak parlimen dibubarkan, Najib terlibat dalam dua kesalahan rasuah apabila membuat dua pengumuman.
"Pada 4 April, dua hari sebelum pembubaran, beliau mengumumkan bonus dan kenaikan gaji untuk 1.6 juta penjawat awam.
"Semalam, seminggu selepas pengumuman pembubarkan Parlimen, 67,000 pemandu teksi menerima kad bantuan teksi 1Malaysia di bawah inisiatif Teksi 1Malaysia," katanya yang mendesak SPRM menyiasat perdana menteri sementara itu kerana kesalahan rasuah. - mk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews