pages

Thursday, April 19, 2018

[PARTI HARAM] Rais gesa MT ke mahkamah tentukan 'kesahihan' Umno

Tan Sri Rais Yatim menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.
Veteran Umno itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memohon pengisytiharan mahkamah mengenai perkara itu.
“Itu bukan kerja saya tapi saya fikir yang bertauliah dalam soal ini ialah (anggota) Majlis Tertinggi (Umno).
“Pemimpin-pemimpin besar Umno yang berjawatan sekarang tidak boleh berdiam diri. Mereka harus mendapatkan panduan perundangan yang tepat dan jitu.
“Saya beranggapan jika Umno Pusat tidak membuat pilihan ini, mereka akan akan dianggap sebagai mengambil remeh persoalan perlembagaan Umno.
“Perlembagaan sudah jelas, mati tempohnya April ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Rais, adalah jelas bahawa Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, hari ini, iaitu 19 April.
Pemilihan parti terakhir adalah pada 19 Oktober 2013.
Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan di bawah Fasal 10.16.
Najib, pada Jun 2015, mengumumkan bahawa pemilihan parti akan ditangguhkan, kerana Umno perlu bersiap sedia untuk pilihan raya umum.
ROS tidak ada kuasa
Sementara itu, Rais yang juga adalah seorang peguam, berkata bahawa lanjutan 18 bulan memang dibenarkan, tetapi menolak kesahihan untuk lanjutan kedua.
“Pada hemat saya memang tak boleh (lanjutan kedua) dibuat oleh Majlis Tertinggi. Harus dibuat setelah proses pemilihan dibuat.
Pendaftar tidak ada kuasa utk menghalalkan keberadaan Umno tanpa pemilihan lebih daripada yang dibenarkan (mengikut) Fasal 10.
“Ini penting dibuat sebab pilihan raya umum dah nak datang. Kalau boleh sebaik-baiknya perkiraan di mahkamah perlu dibuat oleh Umno sendiri, jangan dibuat pihak lain sebab soal locus standi akan ditimbulkan
“Apabila dapat penghakiman, barulah mudah untuk Umno buat tugas hariannya, jika tidak, memang ramai ahli akan mempersoalkan kesahihan di sisi undang-undang kewujudan Umno itu,” katanya.
Rais juga menegaskan bahawa adalah paling afdal bagi anggota Majlis Tertinggi Umno tu sendiri yang memohon pengisytiharan mahkamah.
"Ahli biasa pun boleh buat, (tapi) nampak tak cantik (apabila) ahli biasa (berbuat demikian).
“Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan, supaya kuasa pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya yang sahih.
“Pada hemat saya, melihat peruntukan ini, beliau (pendaftar ROS) tak boleh.
“Beliau hanya boleh membenarkan lanjutan sekali, selebih tu tak boleh beliau membenarkan tidak ada pemilihan,” katanya.
Parti haram?
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor pada Februari lalu berkata bahawa pemilihan parti akan diadakan pada 19 April, 2019, selepas mendapat kelulusan daripada ROS.
Pada Selasa lalu, bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menulis di Facebook untuk berkongsi pandangan undang-undang seorang rakannya, yang berkata bahawa Umno tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana parti itu dianggap tidak sah selepas April 19.
Beliau juga berkata, bahawa ROS tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan lanjutan kedua dan Tengku Adnan merujuk peruntukan yang salah dalam mewajarkan penangguhan itu.
Bagaimanapun, Tengku Adnan menegaskan semalam bahawa Umno bukan parti yang haram, dan memberi jaminan kepada ahli-ahlinya bahawa mereka akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

18 comments:

  1. kalau betul haram...aamiin ya rabul 'alamiin

    karma untuk umno and najib

    ReplyDelete
  2. could someone report to the ROS and or police and or court?

    pray hard umno getd deregisteted

    ReplyDelete
  3. rais yatim is still a member of umno n so is rafidah. what if these 2 members lodge report to ROS n bring umno to court?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bringggg lahhh...apa takutt... haaaiiyyaaa kaninaa tueeeww...

      Delete
  4. Kalau report pun buat merugikan air liur sahaja....jangan haraplah ROS bangang tu nak bertindak!!...sokong lagi umno adalah.Kalau tak silap ari tu ROS dah cakap yang pendaftaran umno tu masih sah....sah kot atas kepala bapak mana tak tahulah.....percayalah wahai saudara2 semua selagi seluruh rakyat buat dek dan tidak berminat untuk ambik kesah dengan apa yang sedang berlaku didalam negara sekarang maka selagi itulah segala kejahatan dan kezaliman Najib dan kuncu2nya akan berterusan sehingga negara kita ini akan menjadi hancur.Dan yang akan menerima akibatnya adalah kita dan anak cucu kita.Menyesal kemudian sudah tidak ada gunanya saudara2 semua!!??...

    ReplyDelete
  5. Runtuh sesesuatu bangsa adalah disebabkan bangsa itu sentiasa bergaduh sesama sendiri.. bnyk sejarah telah membuktikan

    ReplyDelete
  6. Tak payah dok pi reportla.. .membazir masa aja....jawabnya umno dah perjelaskan semua dah sejak lama dulu!!....tiada kes!@??...

    ReplyDelete
  7. TAK PAYAH NAK MENYIBUK PASAL UMNO
    BELA JER CAP MUNGA KOMBANG TAK JADI
    DOLU KAT SITU LA BARUA KAYO2 BELAKO
    POKOK2 TUO NI BIAR KAN SAJO SUMO MATI
    ARAK DAH REPUT NNTI TUMBANG SENDIRI

    ... SYOOHHH DAH BERAMBOS BUAT CARA BERAMBOSSSSS.. TAK PAYAH MERENYEH2 NGAN UMNO...

    TAK YAH NAK AMIK BEBONA PASAL UMNO
    DAH BERAMBOSS MOHON BRAMBOS SAJA
    LU APA HAL.? BIAR ORANG UMNO YG JAGO
    YG RENTA TAK PAYAH LAYAN... TGU MASA AJA


    ...MOHON BERAMBOSSS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau la berambus..setakat komen bodoh mcm ni tak payah la..better duduk diam..terserlah kebangang ngannya..

      Delete

  8. Salam CAHAYA Cinta-NYA..

    Satu demi satu pemimpin2 yg korup, ygGELAP, yg 'barbaric' yg mnzalimi rkyat tlh pun jatuh tersungkur, ada yg mati dan ada yg lari mmbawa diri..

    Cahaya cahaya cahaya n CAHAYA drp TUHAN sedang menyuloh terang menyinari planet bumi ini, kearah anak2 cucu Adam agar hidup penuh dgn 'INTEGRITY' bukan n bukan lg dgn tipu helah '"sandiwara" yg brgelumang dgn ilusi2 karut marut disulami smangat bangsa dan agama yg sengaja diapi2kan utk mnuju kdlm GELAP,kegelapan yg pekat yg sgt2 dlm!


    CAHAYA Cinta-NYA..Indah Menerangi
    Menerangi yg Korup...Barbaric dan Usang
    Cahaya INTEGRITY...Ber Cahaya di HATI
    Menyuloh sandiwaraGELAP, Yg Khianat dan Curang

    Cahaya INTEGRITY...Kudus MemBERI
    MemBERI Khidmat...LURUS Ber Bakti
    SelfLESS n selfLESS...Tiada pentingDIRI
    Kaseh memBERI itu....Seindah SYURGAWI

    SelfLESS n selfLESS...Tiada pentingDIRI
    Tak Perlukan Pangkat...Darjat n GLAMOR
    Tak Minta Dipandang, Tak Minta Dihargai
    CAHAYA Cinta-NYA, SegarSUBUR Berganda2

    Lets dLIGHT ofLUV in u, in ur HEART shine tru ur smiles ur words n ur actions my dearestONE ha ha..

    Only n ONLY dLIGHT ofLUV in its purest state in ur HEART could easily "CONQURE" all d darkness s wel s d "barbaric" ones on this planet hu hu..

    Simply n firmly BELIEVE tht u hv d absolute power of dLIGHT ofLUV in ur HEART tht owez shines n owez sure to b d WINNER hi hi..

    Remmber s what u SAY-intently u shall b, n what u BELIEVE u'll c, myLV my dearestONE!








    ReplyDelete
  9. andai katalah BN menang pd PRU 14 ini, adakah suami rosmah ini sah mengangkat sumpah sbg PM? otherwise, presiden parti komponen [yg sah] selain umngok boleh mengintai2 menjadi MO1.. what a great opportunity!!

    ReplyDelete
  10. Sikit pun tak reran lah.... Hari di haramkan besuk daftar semula.... Macam Mahathir buat dulu. Mangkok betul.le dua ekor tuh.

    ReplyDelete
  11. Saya rasa eloklah Rafidah Aziz dan Rais Yatim keluar dari Parti yg mereka sifatkan sebagai haram ni. Malulah jadi anggota kepada persatuan haram ni...Betul tak...? Lebih baik mereka berdua ni menganggotai PPBM yang menurut mereka sebagai halal... Apa kata Tun M pujuk mereka menganggotai Parti Halal beliau....?

    ReplyDelete

  12. Kalo korang boleh cadangkan apa yang perlu UMNO buat maka aku pun nak cadangkan apa yg perlu hangpa buat.... Iaitu mendaftar semula PPBM sebagai PPBM BARU.

    ReplyDelete
  13. mimpi syok malam tadi....UMNO DIBATALKAN PENDAFTARAN.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun mimpi syok juga... UMNO telah di daftar semula sebagai UMNO BARU-1M.

      Delete
    2. eh....betul ke 16 orang ahli umno memfail ke mahkamah tentang umno?

      so tak salah lah mimpi saya malam tadi...alhamdulillah

      Delete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com