pages

Wednesday, April 4, 2018

[PANGLIMA BUGIS SUDAH JADI PENDEKAR BUGIS] Dr M : "Saya berasa amat takut"

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan dirinya sebagai 'pendekar Bugis'.
"Wah, panglima Bugis sudah jadi pendekar Bugis. Dia berani lawan dengan siapa saja.
"Sebab itu saya gentar, saya berasa amat takut," kata Mahathir dalam suatu hantaran video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Kelmarin, Najib seorang berketurunan Bugis, memberi amaran untuk 'tidak main-main' dengan pendekar Bugis ketika hadir majlis pengamal silat di Gombak, Selangor.
Bagaimanapun, Pengerusi BERSATU itu sanggup bertemu dengan 'pendekar Bugis' itu jika forum Nothing To Hide diadakan sekali lagi.
"Saya tak berani jumpa dengan orang ini, melainkan kalau dia sudi ada perbahasan dengan saya dalam satu lagi acara Nothing To Hide.
"Jadi pendekar, sila jumpa dengan orang yang takut pada kamu," kata beliau lagi.
Nothing To Hide asalnya adalah program dianjurkan untuk Najib bagi membolehkan beliau berinteraksi dengan orang ramai mengenai isu 1MDB pada 5 Jun 2015.
Bagaimanapun, sesi itu tidak berjalan seperti yang dirancang. Dr Mahathir kemudian membuat kemunculan di PWTC itu dan sempat menyampaikan ucapan ringkas sebelum diarah berhenti oleh polis. Najib pula tidak hadir atas arahan pihak berkuasa.
Kekecohan bermula ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta mengenai peristiwa Memali, apabila tiba-tiba kasut dan selipar dibaling ke arahnya.
Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi dan membawa keluar bekas perdana menteri itu dari Dewan Raja Muda Musa yang menjadi tempat acara itu berlangsung.
Tahun lalu, majlis Nothing To Hide 2.0 dengan tema yang sama berlangsung di Shah ALam. Majlis bertukar ganas apabila beberapa individu menimbulkan kekecohan di dewan tempat berlangsung acara itu.
Ini kali ketiga Mahathir mencadangkang Perdana Menteri hadir ke majlis dialog Nothing To Hide.

4 comments:

  1. Apa guna berkain batik
    Kalau tidak dengan sujinya

    Apa guna beristeri cantik
    Kalau tidak dengan budinya

    Apa guna menjadi pendekar
    Kalau tarinya di luar gelanggang

    Apa guna jadi menteri
    Kalau dipanggil tidak datang

    Apa guna jadi muda
    Kalau jalannya sudah tempang

    ReplyDelete
  2. Eeh...betul ke Pendekar tu?
    Ooh...Pendekar memang jalan terkepit ke?...ni soalan ye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com