pages

Sunday, April 1, 2018

"Nazri cetek', saya cakap wang rakyat 'kena sapu'

Tan Sri Rafidah Aziz menempelak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai 'myopic' atau berfikiran cetek.
Bekas menteri kanan itu juga turut memberikan penjelasan mengenai maksud 'myopic'sebagai penegasan terhadap Nazri.
Perkataan 'myopic' dalam bahasa Inggeris bermaksud rabun dekat, juga sinonim dengan erti tiada imaginasi, tidak kreatif, kurang cabaran, kurang wawasan, berfikiran sempit, cetek, dan bersifat kedaerahan.
Rafidah merujuk artikel The Malaysian Insight bertarikh 8 Mac bertajuk "NFC masih berhutang dengan kerajaan RM248 juta, kata Kementerian Kewangan."
"Inilah apa yang saya sedang cakap. Wang rakyat 'kena sapu'. Nazri 'politik cetek'.
"Tak ada kena mengena dengan politik peribadi. Saya dah bersara 10 tahun. Tapi wang rakyat masih belum dilangsaikan, masih sekitar RM 200 juta untuk dibayar.
"Hutang is still hutang, terutamanya duit rakyat. Nazri tolong fokus kepada isu-isu kebimbangan rakyat dan tidak cuba alih perhatian kepada 'mak cik tua' ini. Hentikan politik kotor.
"Boleh cetak (kenyataan) ini sebagai respon bersama penjelasan mengenai myopic'," tambah beliau.
Rafidah memberikan respon terhadap kenyataan Nazri yang mendakwa beliau "dengkidan cemburu" terhadap Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana pernah tewas kepadanya dalam merebut jawatan ketua wanita Umno.
Minggu lepas, Rafidah yang pernah menerima julukan "iron lady", menegur Nazri kerana membuat serangan peribadi mengenai umurnya berbanding menumpukan isu yang beliau timbulkan.
Ini selepas Nazri mengelarnya sebagai 'mak cik tua yang meroyan" selepas mengkritik Perdana Menteri Datuk Seru Najib Razak dan 1MDB.
Dalam laporan Harian Sinar hari ini, Nazri mendakwa kritikan Rafidah terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) menunjukkan bekas menteri kanan itu masih tidak dapat menerima kekalahannya sembilan tahun lepas.
Kes NFC mula didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara pada 2011.
Nazri berkata Shahrizat telah dibersihkan selepas itu dan Rafidah sepatutnya menghormati keputusan pihak berkuasa.
Sementara itu, artikel TMI memetik jawapan Kementerian Kewangan di parlimen bahawa NFC masih berhutang dengan kerajaan lebih RM248 juta daripada RM250 juta pinjaman mudah yang diterimanya.
Kementerian itu berkata NFC masih belum membayar sejumlah RM248,193,737.81 mulai 31 Jan tahun ini. - mk

11 comments:



  1. Yang RM 250 M hutang tak bayar bising

    Yang RM 15000 M bailout Proton bisu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah contoh bangang namanya..bailout dgn hutang pn x tau nk beza

      Delete
    2. Bail out selamatkan ramai org melayu..kalau proton tutup berapa ramai keluarga yg akan hilang punca pendapatan...?nfc tu nak selamatkan sapa? Jgn bebal..

      Delete


    3. Itu dua kali lima saja... Pi mai pi mai, proton yg beghutang... Ada faham ke?... Ada dua tiga ekor kroni yang banyak telan Wang rakyat.... Yang lebih2 baru bagi gaji pekerja.

      Delete
  2. Melayu buat busines tapi melayu juga yg sabotaj bagi lingkup, bangsa lain happy giller sebab busines maju tak kena sabotaj kan, last2 ekonomi dan kuasa politik melayu lingkop kan, kik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!

      bisnes melayu menipu dan menyamun dlm umno dilingkopkan oleh melayu dlm ppbm,amanah, pkr dan dap.

      Delete
  3. Report polis dan agung najib hasut kata binary RAMD

    ReplyDelete
  4. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga!

    ReplyDelete
  5. Nak meniaga, NIAT MESTI BETUL.
    Contoh: pinjam duit rm250 juta untuk meniaga lembu,
    apasal pergi beli kondo di LONDON......?????
    Satu lagi: Pinjam duit KWSP/Tabung pencen 4 BILLION
    untuk modal 1MDB. Apasal songlap masuk dalam akaun sendiri
    2.67 billion....?????
    Jadi, jangan salahkanMELYU dengki, itu sebab perniagaan gagal.
    Orang yang nak meniaga tu, NAWITUNYA mesti betul

    CIKMINAH

    ReplyDelete
  6. Sibuk cakap pasal duit rakyat kena sapu.... 'berina tua' ni bila tak pihak Tun tak nak pulak komen apa2..... benda yang tak pasti gak jadi ratib hari2... sebagai makcik tua janganlah bertindak macam 'betina tua'.... selaku orang veteren dalam UMNO... apa kata dia pun komen jugak yang Tun tu tak patut bekerjasama dengan DAP yang terang2 pemimpinnya songlap duit rakyat ... barulah orang respek.... ni tidak.... namoak benor perangai ampu Tun.... dah biasa dah kan sejak dulu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul atau tidak shahrizat gagal dan masih belum bayar pinjaman nfc?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com