pages

Tuesday, April 3, 2018

Najib, Tun M turut komen isu Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup


Episod MasterChef UK mencetuskan sesuatu yang mustahil, apabila menyatukan dua pemimpin politik berlainan parti dalam mempertahankan peserta warga Malaysia yang tersingkir dari suku akhir program realiti televisyen itu pada Isnin.

Juri-juri mengkritik nasi lemak yang disajikan Zaleha Kadir Olpin apabila salah seorangnya, Gregg Wallace, mengatakan bahawa rendang ayam yang mengiringi hidangan utama itu kurang rangup.

Kritikan tersebut cukup membangkitkan kemarahan kebanyakan rakyat Malaysia, malah Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell, turut menegaskan di Twitter bahawa rendang ayam tidak pernah rangup.

Rendang ayam merupakan hidangan kari kering di mana ayam itu dimasak dalam santan dan rempah sehingga empuk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berpandangan yang sama mengenai rendang ayam.

"Mana ada orang makan rendang ayam rangup?," kata Najib di Twitter dan Instagram pada Selasa.

Sementara itu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir turut menyindir menerusi responnya kepada salah seorang chef berkenaan di Twitter, "Mungkin anda keliru antara ayam rendang dengan KFC," katanya yang merujuk kepada rangkaian restoran makanan segera berkonsepkan ayam goreng itu.

Malaysia dijangka mengadakan pilihan raya pada akhir April atau awal Mei, di mana Najib menerajui Barisan Nasional, manakala pihak pembangkang, Pakatan Harapan diketuai oleh Dr Mahathir.

www.mstar.com.my

5 comments:

  1. Persoalan dilontar admin amat jauh....

    ReplyDelete
  2. RAKYAT mesti tolak projek ECRL...kesan jangkapanjang kepada rakyat dan negara

    ReplyDelete
  3. Bila masa pulak rendang ayam menjadi rangup?

    Memalukan betul la juri tu.

    Kalau aku la contestant tu..aku cakap depan2 juri..excuse me sir..chicken rendang will never be crispy. I cooked it as perfect as it supposed to be..hehe

    ReplyDelete
  4. KIKIKIKI... FUYOOOOO

    MINGGU DEPAN KITA BERAYA
    BERAYA UNDI UNTUK 5 TAUN LAGI
    2/3 BARISAN SAH DAH MAJORITY
    PAKATON TUNGGU MASA NK MATI

    ECRL PULAK KUTTY NAK SABOTAJ KINJ
    INI BARUA SINGAPORK SABOTAJ NEGARA
    ADE KE RAKYAT NAK ADUN 93 TAUN INI
    DAH RENTA RENTUNG KASI MAMPOS SAJA

    ... LEPAS KITA MENANG 2/3 MAJORITY
    PENSABOTAJ SINGAPORK MUSUH KITA
    KITA SABOTAJ SPORK SUPER RASIS INI
    HASUT RAKYAT SPORK MEMBERONTAK PULA



    .... LEPAS MENANG 2/3 MAJORTIY NNTI MUSUH SEBENAR KITA PENSABOTAJ NEGARA S4LAMA INI SINGAPORK MELAUI BARUA DAP@SPORK KITA SABOTAJ DAN HASUT KAUM YG DITINDAS DI SPORK MELAYU...INDIA...CINA SPORK SECARA SISTEMATIK DAN KERAJAAN.PAP YG MEROMPAK KEKAYAAN.SPORK UTK.KRONI LEE KWAN YEW SECARA SISTEMATIK..


    INI KALI LAH....


    BERAMBOSSSS

    ReplyDelete
  5. aku pernah buat rendang ayam terkejut.aku beli ayam KFC lps tu masukkan kuah rendang paket segera Brahim's...kulit ayam tu rangup beb hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews