pages

Wednesday, April 4, 2018

[MAKAN DADAH] Rizalman dakwa diperangkap kerana politik


KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar percaya beliau diperangkap atas motif politik berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Isnin.

Memetik laporan Astro Awani, Rizalman mendakwa, serbuan itu memang khusus disasarkan kepada beliau dan rakan-rakannya memandangkan pasukan polis hanya memeriksa biliknya tanpa membuat pemeriksaan di bilik-bilik lain di premis tersebut.

Beliau turut mempertikai keputusan saringan ujian air kencing yang dikatakan positif, sedangkan mereka tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.


Rizalman ketika sidang media sebentar tadi. - Foto Hiekal Rosli

"Saya mengaku bahawa saya merupakan individu yang ditahan berhubung kes penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara baru-baru ini.

"Tetapi saya menafikan saya terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti yang dilaporkan. Saya yakin ia adalah perangkap ke atas diri saya yang bertujuan merosakkan nama saya," katanya.

Sehubungan itu, Rizalman menegaskan akan menggunakan segala saluran perundangan yang ada untuk membersihkan nama beliau. - Sinar

6 comments:

  1. Dalam UMNO tak ada masalah. Berbaris pemimpin berkaliber peringkat Bahagian yang menunggu untuk ambil alih. Tak ada pemimpin tertinggi yang akan bela membabi buta dan tuduh konspirasi pihak lain. Yang pi kelab malam tu buat apa walaupun minum teh kopi. Dah boleh lupakan PRU 14 untuk bertanding.

    ReplyDelete
  2. Bro Rizalman Mokhtar lalok lagi ke.?

    ReplyDelete
  3. Apapa saje lah cuma nak tanya Buat apa pergi club malam kat situ,, dengar cerita tempat tu mahal untuk org kaya,, banyak duit,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang besar umno...rezeki melimpah ruah. Apa kesah !

      Delete
  4. Apalah ..minum nescafe pun salah ke. Rizal tak buat apa2 pun. GRO pun dia tak ambik. Syed mana tau. Lepas solat tahhajudlah dia pegi karaoke tu. Nak tunggu solat subuh. Hahaaahaaaa

    ReplyDelete
  5. Mcm mana umno nak bela n pertahan islam kalau pemimpin cenggini? Kelab mlm sah2 tempat maksiat..tak payah nak spin la tujuan asal berada di sana..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com