pages

Sila Klik

Tuesday, April 17, 2018

[LAHANAT, SI MISKIN KENA GST] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China

Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan sijil pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC), yang tular di media sosial semalam.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.
Menjelaskan sebab pelepasan, beliau berkata ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.
"Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya lagi, pelepasan dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.
"Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST," katanya lagi.
Semalam, Naib Presiden AMANAH Husam Musa memuat naik sijil pelepasan GST yang menyatakan ia diberikan bawah Seksyen 56(3)(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Seksyen itu menyatakan kuasa menteri kewangan untuk memberikan pelepasan berkenaan.
Turut disertakan kepala surat CCCC yang memberitahu pembekalnya bahawa ia diberikan pelepasan GST berdasarkan surat oleh Kementerian Kewangan bertarikh 7 Feb tahun ini.
Ia menambah bahawa pelepasan GST itu berkuat kuasa pada 26 September 2016.
Subromaniam berkata lagi, sistem GST memang mempunyai mekanisme untuk mengurangkan impak cukai itu kepada golongan yang disasarkan.
"Kastam dari semasa ke semasa akan akan mempertimbangkan permohonan pelepasan kepada syarikat yang memohon serta layak," katanya lagi.
Kerajaan sedang membiayai projek kira-kira RM60 bilion itu menerusi pinjaman mudah dari Bank Eksport-Import China dan hutang yang diperolehi dalam pasaran bon.
Dibina sepanjang 600km, ECRL akan menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia termasuk Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu. - MK

4 comments:

  1. Ini adalah projek kerajaan antara kerajaan China dan Malaysia. .. projek yg melobatkan pelaburan awam.... Projek G to G untuk kepentingan awam bukan anak beranak dan kroni... China dah lama kenakan cukai GST tentunya ada pengecualian GST untuk Malaysia di negara China yg melibatkan kepentingan bersama antara Malaysia dan China...

    ... Ramai pemimpin utama banyak dropout from school... klu dah kaki bangkang tetap nak bangkang..

    ReplyDelete
  2. Itu kerja bangang nama dia.... Takkan kontraktor yang buat sekolah, hospital, jalan2 raya dan kemudahan lain nak di kenakan gst??

    ReplyDelete
  3. Org bodoh ekonomi bila cakap pasal ekonomi lagi jelas kebangangan nya....


    telan dan hadam jer la pemimpin bangan mcm ni.. ego lebih tebal dari cerdik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terutamanya dua anon 6:32pm dan 7:10pm di atas tu, memang sah bangangnya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com