innity

pages

Tuesday, April 3, 2018

[HANYA SEGELINTIR TALI BARUT, SELEBIHNYA JALANKAN TUGAS, UNDI PH] Bukan semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut Umno


ULASAN I Ada orang marah dan melemparkan berbagai-bagai tuduhan terhadap kakitangan awam khususnya anggota polis. Majoriti anggota polis sekadar menjalankan perintah.
Mereka marah kepada polis kerana menangkap penentang-penentang kerajaan dan menghalang kegiatan yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang.
Begitu juga dengan penjawat awam. Mereka turut dituduh berlaku tidak adil terhadap pembangkang.
Memang ada kakitangan awam khususnya yang berpangkat tinggi yang bermain politik dengan menjadi ejen dan kuda tunggangan Umno/Barisan Nasional (BN).
Malah kita tahu ada antara mereka yang dilantik khusus untuk melindungi Perdana Menteri, Najib Razak, anggota Kabinet dan para pembesar Umno/BN daripada pelbagai dakwaan jenayah.
Kita sudah lebih daripada maklum mengenai skandal pemecatan Peguam Negara, (Tan Sri) Gani Patail pada tahun 2015 atas alasan beliau tidak sihat semata-mata untuk menyekat tindakan mahkamah ke atas kes-kes berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
Beliau bukan setakat segar-bugar malah mampu kembali mengamalkan kerjaya guaman dengan membuka syarikat guaman sendiri pada tahun 2016. Dan kita tahu semua keputusan AG baru, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, bersangkutan 1MDB adalah bagi melindungi Najib.
Melindung Najib
Kita juga tahu pelantikan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Kehakiman dilakukan atas dasar politik.
Begitu juga dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan beberapa jawatan utama lain yang dibuat atas pertimbangan politik khususnya untuk melindungi Najib.
Adalah tidak adil dan tidak masuk akal kita membuat andaian dan menuduh bahawa kesemua 1.6 juta anggota perkhidmatan awam, polis dan tentera adalah tali barut Umno/BN.
Sebaliknya saya yakin ramai daripada mereka bersikap berkecuali dan profesional. Mereka tidak mencampuradukkan tugas mereka sebagai penjawat awam dengan politik kepartian.
Tetapi apabila pegawai-pegawai atasan mereka menjadi tali barut dan kuda tunggangan Umno/BN, sedikit sebanyak mereka turut terseret dan terpalit.
Saya amat yakin ramai anggota polis, pendakwa raya dan kakitangan penjara keberatan untuk bertindak terhadap penentang kerajaan. Mereka terpaksa bertindak kerana arahan daripada ketua-ketua mereka yang pro-Umno/BN atau yang tidak profesional.
Turut terasa beban GST
Kita tahu ada di kalangan penjawat awam yang mempunyai perkiraan lain selain daripada berkhidmat untuk rakyat jelata seperti kenaikan pangkat, anugerah dan gelaran.
Saya sendiri, melalui pembabitan saya dalam politik sejak dua tahun kebelakangan ini, mendapati ramai anggota polis bertindak secara profesional apabila ditugaskan untuk memantau dan melaporkan mengenai ceramah-ceramah politik.
Sebenarnya mereka tahu lebih daripada rakyat biasa mengenai apa yang sedang berlaku di tempat-tempat kerja mereka seperti pemotongan peruntukan, kekurangan, kelengkapan dan campur tangan orang politik.
Mereka juga pastinya mendengar keluhan rakyat jelata dan turut berasa beban GST, kejatuhan nilai mata wang dan kenaikan kos sara hidup.
Natijahnya, seperti rakyat lain mereka juga merasa kesempitan hidup dan pelbagai masalah yang timbul akibat pengurusan ekonomi dan kewangan yang lemah, rasuah dan menyeleweng.
Gula-gula pilihan raya dan ancaman bahawa undi mereka diketahui oleh kerajaan tidak akan memberi kesan sekiranya mereka faham yang gula-gula yang mereka terima itu adalah hasil keringat mereka sendiri dan undi tidak dapat dikesan kepada individu.
Mereka juga boleh membandingkan bagaimana rakan-rakan mereka di dua buah negeri yang diperintah oleh pembagkang iaitu Selangor dan Pulau Pinang menikmati ganjaran yang lebih baik.
Melainkan mereka memilih untuk menjadi pemakan dedak dan kuda tunggangan Umno/BN, kakitangan awam akan kekal profesional, berkecuali dan akan mengundi dengan bebas.
Wallahuaklam.

DATUK A KADIR JASINadalah bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai pimpinan pusat parti itu.
Rencana ini pertama kali dimuat naik di blog beliau dengan tajuk "Majoriti Kakitangan Awam Profesional dan Berkecuali". Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis  

11 comments:

  1. Kami rakyat marhaen percaya majoriti penjawat awam (berkemungkinan sehingga 90%) menyokong dan seterusnya mengundi Pakatan Harapan pada PRU14 menghapuskan kemungkaran seperti mana dituntut Allah.

    ReplyDelete
  2. Penjawat awam adalah berkecuali atau tidak, perlu diingat undi adalah rahsia tetapi bila ada pihak yang kalah penjawat awam dikatakan berpihak. Lain kali bila kalah jangan salahkan pihak lain tetapi salahkan diri sendiri untuk perbaiki diri dan parti agar khidmat dengan masyarakat dapat ditingkatkan.

    Mana-mana Parti baik BN mahupun PH ataupun PAS sekalipun apabila berkuasa pasti akan menyusun barisan pentadbiran dengan orang yang mereka percayai supaya perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jangan anggap apa yang BN buat sekarang ini tidak akan dibuat oleh PH atau PAS. Mungkin akan jadi lebih teruk lagi keadaannya jika tidak lebih baik atau lebih kurang sama aje selepas mendapat kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjawat awam Kerajaan negeri p.pinang dan selangor sudah pun merasai limpahan kemakmuran hasil pentadbiran bersih cekap amanah.

      Delete
  3. Pada hemat saya, penjawat awam yg tak kena buang kalau PH perintah, bolehlah undi pembangkang. Tapi mcm mana nak tau sesaper yg tak akan kena buang?

    ReplyDelete



  4. 1MDB tidak pernah di bailout Dan tidak pernah meminta bantuan kerajaan untuk membereskan kewangan nya berbanding dg Proton umpamanya yg terpaksa bailout hampir setiap tahun yang memakan jumlah sebanyak RM15 B, Mengapa AG dahulu tidak pernah terfikirkah perkara ini... ??? Atau ada dia kepentingan2 lain kah..??

    Rakyat sangat2 berharap supaya mana2 syarikat yg telah menerima bantuan kerajaan dahulu atau sekarang dlm bentuk bailout perlu di siasat segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1MDB pinjam duit rakyat berbilion. Bukan duit kerajaan. Tak pernah dpt persetujuan kerjaan pun. menteri kewangan yg bg restu. Patutnya kerajaan x salah pun. Tapi la ni kerajaan duk sibuk bela hat sorang tu, siap hutang pi pindah ke kementerian kewangan. Harta negara semua jadi kolateral. pasai tu lah depa pun harus dipersalahkan.

      Delete
    2. Kenapa la ada komen bodoh mcm ni..faham dulu isu..Beza bail out n songlap masuk akaun sendiri..sejak bila proton kena bail out ni? Proton pinjam duit ada laa..let say kau still nak ckp bail out..ok laaa but tu utk siapa?siapa yg dpt faedah?berapa ramai bapak n family yg ajan terkesan kalau proton tutup? kalau songlap tu pulak utk siapa?siapa yg dpt faedah frm songlap tu?pikir bro..jgn malas n bebal nak fikir sblm buat komen..bikin malu org melayu ja kau ni..

      Delete
  5. 1mdb tidak pernah dibail out? Wang siapakah digunakan untuk bayar hutang ipic?

    Proton memohon pinjaman grant bukan bailout dan sudahpun melangsaikan, sebagai timbal balas membayar setiap tahun dalam bentuk dividen keuntungan dan cukai kepada kerajaan disamping itu proton dan vendornya memberi pekerjaan beribu ribu pekerjaan kepada orang melayu. Apa pula perniagaan 1mdb?

    Alhamdulillah keuntungan proton semasa zaman Tun amat dirasai, sehinggalah apabila najib memerintah, bukan proton sahaja, 1mdb tidak nampak kemana perginya berbillion wang rakyat sehingga terjumpa di akaun peribadi najib.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Ko tak pernah baca sendiri blog cetdet,

      Mahathir sendiri mengaku sebanyak 14.6 B Wang negara telah di beri kepada Proton dlm masa pemerintahan nya.... Mengapa tidak di tutup sahaja terus kilang proton atau jual sahaja kpd swasta.... Supaya ia tidak menghidab darah rakyat untuk 'membayar' pekerja Proton. Bukan kah proton membuat kereta Dan menjualnya... habis siapa yang songlap wang jualan kereta proton itu.

      Pada awal tahun 2016...Najib pula mensedekahkan sebanyak 1.5 B. Kpd Proton apabila proton 'tiada' bajet untuk membayar gaji pekerja kerajaan pula bertnggongjawab untuk membayar nya....Kami nak tahu kemana hilangnya wang dari jualan kereta sehinggakan kerajaan terpaksa membayar gaji pekerja.


      Delete
    2. Zaman Tun, Proton membayar dan melangsaikan segala hutang dan grant diberikan oleh kerajaan.

      Segalanya berubah, apabila najib mengambil alih sebagai PM, sebagai contoh lihat apa terjadi kepada 1MDB, MARA, FELDA, KWAP, KWSP dan Tabung Haji.

      Proton adalah lambang kejayaan rakyat malaysia, dirobohkan oleh najib sebagaimana sentuhan beliau terhadap 1MDB, MARA, FELDA, KWAP, KWSP dan Tabung Haji.

      Apabila najib mensedekahkan 1.5 billion ianya adalah tanda aras penunjuk najib gagal,tidak mampu menjana dan tidak layak mentadbir proton akibat penipuan bersiri,rompakan,penyelewengan, salahgunakuasa, penanaiyaan najib terhadap rakyat.

      Sepertimana proton, najib gagal dan tidak layak sebagai PM, akibat akibat penipuan bersiri,rompakan,penyelewengan, salahgunakuasa, penanaiyaan dilakukan oleh beliau, kami rakyat nak tahu bagaimana 160 billion hilang seperti kenyataan rasmi Bank Negara?, 50 billion hilang akibat disalurkan kepada 1mdb?, kenapa pada tahun 2021, jumlah terkumpul hutang negara adalah 1 trillion?

      Rakyat nak tahu bagaimana 2.6 billion boleh masuk akaun peribadi?

      Rakyat nak tahu kenapa 2.6 billion jika derma tidak dimasuk ke dalam akaun parti umno?

      Delete
  6. Maaf saya mencelah. Saya rasa pembaca blog ni, ramai yg kurang cerdik dan less informed. Cubalah kasi komen yg cerdik dan sopan. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com